Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Mothers Who Are Breastfeeding : Influenza A(H1N1) and Feeding your Baby: What Parents Should Know

What is this new influenza A(H1N1) virus?

This influenza A(H1N1) virus (previously known as “swine flu”) was first detected in people in April 2009 in the United States. This virus is spreading from person-to-person, probably in much the same way that regular seasonal influenza viruses spread.

What can I do to protect my baby?

Take everyday precautions. In addition, take extra care to wash your hands often with soap and not to cough or sneeze in the baby’s face while feeding your baby, or any other time you and your baby are close. If you are ill, or coughing and sneezing, consider wearing a mask.

Does breastfeeding protect babies from this new flu virus?

There are many ways that breastfeeding and breast milk protect babies’ health. Since this is a new virus, we don’t know yet about specific protection against it. Mothers pass on protective antibodies to their baby during breastfeeding. Antibodies are a type of protein made by the immune system in the body. Antibodies help fight off infection.

Flu can be very serious in young babies. Babies who are not breastfed get sick from infections like the flu more often and more severely than babies who are breastfed.

Should I stop breastfeeding my baby if I think I have come in contact with the flu?

No. Because mothers make antibodies to fight diseases they come in contact with, their milk is custom-made to fight the diseases their babies are exposed to as well. This is really important in young babies when their immune system is still developing. Breastfeeding also helps the baby to develop his own ability to fight off diseases.

Is it ok to breastfeed my baby if I am sick?

Yes. This is really important.

  • Do not stop breastfeeding if you are ill. Ideally babies less than about 6 months of age should get their feedings from breast milk. Breastfeed early and often. Limit formula feeds as much as possible. This will help protect your baby from infection.
  • If you are too sick to breastfeed, pump and have someone give the expressed milk to your baby.

If my baby is sick, is it okay to breastfeed?

Yes. One of the best things you can do for your sick baby is keep breastfeeding.

  • Do not stop breastfeeding if your baby is ill. Give your baby many chances to breastfeed throughout the illness. Babies who are sick need more fluids than when they are well. The fluid babies get from breast milk is better than anything else, even better than water or juice because it also helps protect your baby’s immune system.
  • If your baby is too sick to breastfeed, he or she can drink your milk from a cup, bottle, syringe, or eye-dropper.

Is it okay to take medicine to treat or prevent influenza A(H1N1) while breastfeeding?

Yes. Mothers who are breastfeeding should continue to nurse their babies while being treated for the flu.

** Adapted from CDC Atlanta

Fiesta Floral di Putrajaya




Meh beramai-ramai kita pergi ke Fiesta Floral di Putrajaya memang mengadap betul kat office aku dah rumah haku. Best wOOOOOO itu pasallah aku malas nak pergi Hari Susu Ibu kah kah kah!! Mari kawan2 kita meriahkan Putrajaya pastu boleh mai datang jumpak haku.

Tapak Parkir di MOF

Ini memang aku sangat saket hati sebab aper GUARD(10x sebut aa) suka taruk kon MOF tu ateh kete staff sesuka hati depa. Ehhhh ko ingat ni kete bapak hengko?? Kalau orang buat salah tu lekat ler amaran tu ditempat yang proper bukan lekat keliling kete, tampal depan belakang betul2 tang orang nak memandu dengan niat "padan muka ko lain kali parking sini lagi". Oitttt mangkuk hayon kalau nak buat kerja tu biarlah berlandaskan hendak mengajar bukan kurang ajar. Kalau aku report sama itu ketua seksyan PSM dengar citer yang tukang repot kene tukar keje. Aku memang ada hamek gambar sebab nak bagi email kat officer bersiap dengan bukti(disarankan oleh staff yg pernah terkena) tapi aku diamkan dulu. Tak berani? Siapa cakap aku tak berani berapa banyak aku telah membongkarkan kes2 jenayah hahahaha. Hape laa dorang ni nak tegor buat le cara elok ini tampal nota amaran depan belakang dengan buh gam banyak-banyak pastu buh kon atas kete orang tak ke kurang ajar namanya. Pastu aku tak paham langsung sistem pemberian lot parkit kat MOF ni...semua pegawai 52 ke atas dapat parking, hape dorang sorang je pergi keje yang kuli batak ni takyah pergi keje? Aku paling hangin bekas tapak parkir kat Rok, sian akak tu Menteri arahkan kad kerja dia di blok gara2 dia parking tmpt lama dia....budos betul le orang bila duk ateh ni lupa nak pandang bawah...dia naik orang bawah yang sokong dia tengok ler....di izinkan Allah pembangkang naik tahulah ko...wkakaka

Campur-Campur

Tadi pengasuh Aisyah call aku mintak tambah EBM..uwaaa!! Tak cukup!! Pengasuh dia pesan bawak 9 botol X 4oz, ada brani ka? Ni bukan brani ni ngepam bagai nak gilak ni. Hari ini aku setat mengepam 2 jam sekali, tak cukup gak 1 jam sekali tak cukup gak sejam sekali...mmg GILAK hahahaha. Lama lagi ke Growth Spurt Aisyah ni nak habes.....sehabes stok frozen EBM ku gak huhuhu.

Hehehehehe....nageh campor sedih campur suka campur gembira. Tadi Pn Jurida datang tempat aku bagi surat...dia tanya aku...Azrina ada mintak tukar ker? Terkuzat haku....baru nak mintak tukar takkan dah dapat surat tukar *muka aku dah sedih* nampak sgt ckp jer nak tukar tapi cam tak rela pon nak bertukar. Aku pon kelam kabut bukak surat tgk dpt tukar kat mana....mak aiiii....._*R(EIR_)#$*(_ASU*S$)A+(*E897*^%* hampass betul Pn Jurida ni. Hehehehehehhe..alhamdulillah aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...majlis APC itu akan di adakan pada 27/8/2009 bertemakan baju batik..adoi tak pernah seumur idop ada baju batik..ckp kat suami dia ckp nak sponsor hhuhuu..poyos le suami haku tu..ape mimpi nak belikan ku baju hahahaha.


Apa nak jadi dengan SUSUIBU.com?

Sebab ini blog aku so aku boleh tulis apa yang aku suka kan as long takde lagi orang yang saman aku hehehehe. Apa yang aku perasan ler trend forumer di SI ialah suka meluahkan masalah rumahtangga di dalam website yang ku sanjungi tu. Aku tak kesah kalau orang kata aku gila kuasa, gila posting, gila title, gila gile, gila nak jadi MOD, gila nak jadi webmaster ke hape ker tapi aku memang gila ILMU kat SI.com tu. Mama aka Puan Kamariah pon takde suruh aku jaga SUSUIBU atau bagi aku elaun/royalti/upah kalau aku jaga SUSUIBU tapi ianya datang daripada kesedaran diri sendiri untuk meletakkan SUSUIBU.com ke tempat yang teratas agar menjadi pusat rujukan terbaik, terkini, terlengkap, termoden dan segala TER lagi. Apa nak jadi kalau kita biarkan sahaja thread-thread itu dibuka tanpa membaca MOTIF/MISI/OBJEKTIF SUSUIBU.com. Aku dulu pon bodoh gak masuk2 jer SI terus bukak thread meluahkan masalah aku tanpa aku membaca polisi di situ. Kalau kita tengok ada satu FORUM untuk iaitu FORUM UNTUK KUMPULAN IBU-IBU masyaallah merapu meraban semua campak kat situ. Walaupon di situ tempat untuk IBU-IBU berforum APA APA AJELAH tapi kene INGAT....ia maseh berkisarkan SUSU IBU bukan citer pasal buang anak, citer suami curang (ya allah jauhkanlah tapi kalau terjadi juga renung2kanlah diri sendiri ini), pasal nak masuk keje gomen, pasal ayam berlaga dan sebagainya udah jadi caca-marba. Kini ku memahami apa perasaan orang lama bila tengok SI jadi camtu.....sedey taww. Sebab itu aku suka UPkan tajuk2 lama sebab pengisiannya ada, tidak merepek-tepek, kurang shortform dan straight to the point dan yang paling penting aku suka baca posting kak Shiha our moderator dan juga mama aka our WEBMASTER SI.com.

Wahai kawan-kawan yang sayangkan SI marilah kita bersama-sama menjaga kesucian SI daripada dicemari citer merepek-tepek. Kalau setuju angkat KEYBOARD!!

p/s: ku tahu pasni aku pasti ditembak di ruangan KOMEN hehehe.

Penjelasan Kaedah Campur EBM

Kelakar pula fikir bila dikatakan ku membuat ibu2 huru-hara, terkasima, tergamam, terkejut dan terkedu bila ku postkan "penemuan terbaru" kaedah campur EBM. Ku dah berulang(10x) taip dalam posting ku ku "maseh menggunakan kaedah campur EBM kerana ku tidak dapat membuat amount yang secukupnya untuk anak aku menum". Tapi dengan rasa jujur dan ikhlasnya aku juz nak "sharing, caring and loving" (ini yang selalu di taip2 oleh mereka le) dengan ilmu dari kursus "murah" yang ku pergi itu. Ku tahu ramai dari ibu2 mempunyai kursus LC yang memang mahal dan sememangnya ku tak mampu nak pergi. Bukan aku nak membantah, membangkang ilmu yang ku dapati dari senior2 di situ walau aku dah beranak 2(tapi ilmu maseh cetek) berbanding mereka yang anak 1 tapi ilmu mereka sangatlah tinggi dan aku amat berterima kasih kepada mereka yang sudi melayan panggilan, pertanyaan ala ala bodoh ku suatu ketika dahulu. CUMAnya....ilmu yang ku dapat buat apalah aku nak simpan, itulah dinamakan FORUM tapi sejujurnya ku katakan TIDAK ADA seorang manusia pun tidak akan terasa mana2 posting di situ kerana kita tidak nampak rupa paras penulis yang menulis, betul tak??

Sebelum aku pergi ke kursus yang "murah" ini ku sering membaca risalah2, poster2 atau apa2 saja maklumat apabila aku membawa anak ku check up bulanannya di Klinik Kerajaan Putrajaya ataupun di Hospital Putrajaya dan aku tidak pernah terbaca memana pon daripadanya yang mengatakan kaedah campur EBM itu ada...semua tertulis di situ tidak boleh dicampur (ingin aku tunjukkan bukti tapi benda tu semua terlekat di dinding klinik dan hospital dan insyaallah aku akan cuba minta daripada nurse di situ). Ini adalah kaedah di Malaysia. Yaa aku tahu di Barat mereka banyak membuat kajian sebab ilmu mengenai SUSU IBU tidak akan terhenti di situ saja, banyak lagi yang kita tidak ketahui apa kandungan di dalam SUSU IBU yang ALLAH jadikan untuk kita kaum HAWA. Aku tidak pernah terniat untuk membuat semangat para ibu dan mereka yang EXCLUSIVE PUMPING ini jadi down, tidak bersemangat, ragu-ragu dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Cuba fahami ayat yang aku taip, ku ulang(10x) cakap ku maseh menggunakan kaedah campur EBM dan ku berharap apa yang ku lakukan dahulu anak aku Aisyah mendapat khasiatnya.

Aku tidak mahu pertikaikan lagi kaedah campur EBM ini kerana setiap orang ada pendapat, pandangan dan semuanya berpengalaman berbanding aku. Aku mohon maaf jikalau posting aku itu agak membuat semangat ibu2 di situ tergoyah, ragu2 dan segalanya. Itulah yang dinamakan berFORUM kita dapat berdiskus, mengeluarkan pendapat dan kita jadikan guideline untuk teruskan perjuangan penyusuan susu ibu itu. Sesungguhnya ilmu tidak pernah terberhenti dan kalau boleh share-sharekanlah apa yang anda tahu bagi kami yang maseh dahagakan ilmu ini.

Double Pumping Semasa Di Pejabat



Jangan gelak2 yer...double pumping terbukti berkesan untuk meningkatkan pengeluaran susu serta dapat menjimatkan masa terutama bila kita berada di pejabat. Tapi sampai sekarang aku tak mampu nak buat double pumping dengan tenang di pejabat sebab kejap-kejap bos panggil. Kadang2 nak cepat aku cabut tiub berlari terbawak botol....kes nak cepat sampai terlupa nak cabut botol le. Pernah ler aku terlupa nak tutup balik bra (yang guna nursing bra tu depan tu boleh bukak tutup kan) siap aku boleh pi jalan2 sana sini tapi ku rasa apsal sejuk je depan rupanya terlupa kancing balik hahahahahah.

Aisyah lagi

Lupa nak tambah...masa jiran ada ku tengah 'melihat' pergerakan syaitan dalam rumah ku itu, dia sempat bertanya....'anak-anak takde ape ke, tak meragam ke?' Ku jawab tidak...alhamdulillah. Adik terus berkata pada jiran dia itu sambil tunjuk ke arah Aisyah....Aisyah ni saya tengok kuat semangat...dia jenis takde masalah....ku tersenyum dalam hati. Mengapa? Tapi aku tak tahu adakah jawapan ku ini RELEVEN atau tidak atau kalau ada sesapa yang tahu tolonglah beritahu citer karut ku ini. Dengan riaknya ku jawab...sebab Aisyah minum susu badan, tiap kali minum Kak mesti selawat dulu sambil berdoa agar membesar dengan sehat, dijauhkan dari malapetaka, jadi anak yang solehah dan aku rasalah...berkat susu yang diminum ini Aisyah terjaga dari segala gangguan, dipelihara kesihatannya (even kene cucuk tak demam) dan sekarang Aisyah dan tidak ada selsema atau batuk2 bahkan kuat menum sampai aku sempot nak mengepam. Adakah betul andaian aku? Kalau BONDING yess..memang betul tapi Aisyah memang kuat semangat dan memang semangat kalau orang tengok even umur dia baru nak cecah 6 bulan. Kalau ku lihat wajah Aisyah nampak bersinar2 dan bercahaya....dan aku berharap agar dia dapat menjadi orang yang bijak pandai dan berguna termasuklah Anis Syahida. Apa pun SUSU IBU tetap yang terbaik!!

Penunggu di rumah ku

Semalam hari yang penuh ketakutan bagi aku hingga aku menulis entri inipun, rasa meremang bulu roma ku. Lain yang ku cari lain yang ku dapat. Berulang kali aku dimarahi suami ku kerana ku lemah pada makhluk syaitan itu. Memang, benda-benda macam ini ku memang lemah, ku takut!! Tapi aku harus lawan sebab aku itulah rumah aku dan syaitan itu menumpang di rumah kami. Semalam ku berjumpa dengan jiran adikku yang dikatakan boleh membantu kami mencari dokumen yang hilang. Sebelum aku pergi aku dah berpesan pada adikku jangan 'scan' yang tidak berkaitan sebab jiran adik ku ini mempunyai kelebihan yang orang lain tidak ada TETAPI dia tidak menggunakan jin syaitan untuk membantu tapi berserah kepada ALLAH. Ku tidak mengatakan dia dapat mencari dengan tepat...tidak tapi dia cuma bagi klu untuk mencari dan apa yang kami hilang dia masih tidak dapat kerana dokumen itu telah terlalu lama menghilang dan klu yang kami dapat pula tidak berapa jelas. Cara terbaik yang dia sarankan ialah berselawat dan membaca ALAM NASYRAH (melapangkan) banyak kali dan dengan izin ALLAH dan YAKIN pasti dokumen itu akan dijumpai.

Yang kelakarnya...dalam takut ada kelakar..lain yang kami minta carik lain pula yang dia dapat. Kalau kalians biasa berjumpa dengan orang-orang sebegini selalunya dia tahu tanpa kita beritahu tapi dia takkan bercerita kalau kita tak bercerita dahulu. Dia tahu masalah kita tapi dia tidak akan bertanya kalau kita tidak menceritakan masalah kita TETAPI dia akan memberitahu sekiranya kita berada di dalam keadaan yang tidak selamat dan itulah yang berlaku kepada aku. Dia ternampak ada makhluk jahat menghuni rumah aku dan semalam setelah dia membuat sedikit air penawar dan mengajar kami beberapa potong ayat suci untuk menghalau makhluk itu daripada mendiami rumah kami. Al kisahnya sebelum aku duduk di situ penghuninya adalah India yang memang bersembahyang di dalam rumah itu dan yang paling aku marah sangat bila dia berpindah keluar satu apa pon dia tak bersihkan. Bila aku masuk ke rumah sekarang ni bersepah-sepah segala kemenyan colok sami buddha terutama di kawasan dapur aku. Dalam bilik aku bersepah bekas tapak tangan di dinding macam di cop2. Orang yang melihat keadaan rumah aku siap menggambarkan rupa parasnya. Ya Allah....patutlah bila aku dan anak-anak di rumah aku selalu terbayang-bayangkan ada orang melihat pergerakan aku dan gambaran yang jiran aku bagi hampir sama apa yang aku terbayang-bayang. Nauzubillah...!! Semalam aku tidur dalam ketakutan, tidak mengepam, tidak tukar baju dan segalanya...sebab aku terlalu takut tapi aku harus gagahkan juga sebab itu rumah aku. Yang aku risau sekarang tidak lama lagi suami aku akan outstation selama seminggu. Ya Allah...lindungilah kami sekeluarga....amin!


Sebenarnya banyak lagi nak ku cerita tapi aku dalam ketakutan even masa menaip ni meremang bulu romaku...

SUSU FORMULA vs SUSU IBU

Di sini ku attachkan contoh-contoh soalan yang biasa terdapat di thread susu ibu yang agak tidak releven, sila baca....

campur susu..
ada sesape tak yg bleh kongsi idea or cara mcamana nk galakkan anak minum susu formula dgan bottle?

Dugro untuk di jual
Hai.....saya nak let go dugro 1 plus ( 1-3 years ) Perisa asli, 1 kg! Nak let go dgn harga RM 15 jer per packet!ada 2 packets! Reason, Anak x sesuai minum dugro...dah 2 bulan try...tp dia asik berak keras jer.....
so...sesiap yg berminat bleh emel kat
noor_zinu@yahoo.com

Susu untuk dijual
Hi all mommies,

saya ingin menjual
Brand susu:Dutch Lady 123, Original Flavour 1.8 kg
Unit:1
Price:RM 25 (Retail Price RM 40)
Reason to sell: Anak tak serasi dengan susu ni..
Baru beli satu minggu dekat Carrefour

Self collection @ Menara Celcom atau Taman Dato' Senu Sentul

Anyone interested, do contact me.

Ini adalah contoh-contoh pertanyaan yang kurang releven bila kita berada di dalam forum Penyusuan Susu Ibu.

Di sini juga ku attachkan respons daripada our moderator di dalam susu ibu. Ku rasa inilah jawapan yang terbaik untuk segala soalan yang tidak releven itu.

Re: campur susu..
Salam..

Ye betul, tak salahkan mana2 ibu yg membuat pilihan masing - masing utk memberi susu apa. Bergantung kepada maklumat yg ibu ada, situasi sekeliling, masalah dan support yg seseorang ibu itu terima.

Namun, adab orang melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk rumah kucing mengiau
Bila nama website tu, SUSUIBU, secara automatik kita sepatutnya faham matlamat dan pendapat para pembaca mengenai method penyusuan yang diingini (secara umum), regardless pengalaman & pilihan kita sendiri.

Tak salah kalau nak bertanya, tapi at least bagi la background sikit. Kenapa nak bagi susu lain? Apakah masalah yang dihadapi sampai buat keputusan begitu? etc. Pembaca2 di sini mostly very understanding dan sedaya upaya cuba utk menolong. Tolong bersembang pun jadilah. Tapi, mcm mana nak tolong, and macam mana tak timbul persepsi negatif, bila baca ayat sekeping macam tu? Yang ruginya, siempunya badan yang bertanya, betul tak?

Kepada neyha, eloklah awak explain sikit lagi tujuan awak tanya cam tu & apa problem yg sebenarnya kay

Ini semua ku copy paste untuk tatapan kalians dan fikir2kanlah yerk...
Ku adalah orang baru
Sedang belajar dan belajar
Mohon ampun dan maaf kiranya teguran agak kasar
Ku amat sanjungi rakan2 SI kerana aku belajar banyak perkara
Tapi ini semua ada hikmahnya...
Dapatlah ku memperbaiki diri ku sendiri

Sesungguhnya YANG BURUK adalah dari kita sendiri sebagai MANUSIA dan YANG BAIK itu semuanya adalah daripada ALLAH hendaknya...

Sharing is caring and loving





Beralih Bulan atau Growth Spurt

Selepas sesi ditegor oleh BOS sebab masuk lewat ada pulak sesi ke-2, ohhh AZRINA hari ini ko kenapa yeekkkk???
Migrane tetap migrane tapi still boleh bertahan lagi ni
Boleh tak aku faks penyertaan bos aku ke satu TALK di Marriot Putrajaya tapi aku buh nama aku
Muerhahahahahahhahaah bos sudah tegur maaaa
Aku konfem bos aku pasti berkata sesuatu di dalam hatinya, PA aku cuai, lembab, pelupa, pemalas, kuat bangkang, kaki melawan ke melawak??
Aku nak buat surat tukar ahh...aku nak mintak tukar....
Hati aku dah takde kat office tu lagi...aku dah bosan bosan bosan
Tadi cikgu Aisyah suh aku tambah lagi EBM huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mama bagi 3 botol frozen ni haaaa...seb baik buat stok
Konfem Aisyah tgh melalui GROWTH SPURT dan mama dia pon SEMPOT huhu
Hari ni aku bagi 4ozX6botol, cikgu dia cakap Akak dah tinggal 3 botol je ni itupon
saya amek sikit2....uwaaa....cikgu dia buat catuan EBM
Tadi aku singgah ke nursery antar 1botol berisi 4oz itupon cikgu dia cakap akak kalau boleh tambah le lagi huahuahua...ni nak ngepam le ni....
BUBAIIIII

p/s: pengasuh bagi EBM pada Aisyah bukan 2 jam sekali dah asal melalak je dorang bagi, dalam masa sejam je Aisyah boleh minum 2 botol X 3oz

Boleh lihat di SINI

Growth Spurt terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun.
Biasa berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan (berbeza mengikut baby anda – more and less).
Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers.

Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang kadang sehingga seminggu.
Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa.
Dan biasanya bila ‘orang lama’ nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang kenyang minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula.

Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat,membebel berbual dan tersenyum)
Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk sikecil :D Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya.
Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang faham “oh oh, anakku sedang mengalami Growth Spurtnya..”

Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).
Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..:loveliness


Ini ku petik dari penerangan Puan Suraya dari blog beliau.

Wasiat kepada Anakku ihsan dari Norhafiza Wahab


Sungguh tersentuh bila ku baca pesanan ibu kepada anaknya....
Untuk Norhafiza semoga anak mu menjadi anak yang soleh....
Maaf ku copy paste kat blog mu hihi


Anakku Ahmad,

Kerana mati itu tidak mengenal usia...dan mati itu PASTI...di sini ingin sekali umi titipkan beberapa pesan untuk ahmad...


  • Sentiasalah bersikap lemah lembut pada semua orang...berbuat baiklah pada mereka yang mengasarimu kerana di situ terdapat rahsia pembukaan yang sangat besar kepada sesiapa yang ingin merasai kasih sayang ILLAHI...
  • Sentiasalah memaafkan kesalahan semua orang...halalkan setiap yang meminjam @ berhutang @ yang merosakkan apa2 yg menjadi milikmu...kerana tuan empilik yang haqiqi hanyalah DIA semata-mata...
  • Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH...juga sentiasalah bersangka baik pada makhluk-NYA...haruslah dirimu sentiasa redho dengan setiap takdir yang telah ditentukan-NYA itu...kerana DIA lagi mengetahui apa yang terbaik buatmu wahai anakku...
  • Sentiasalah ikhlaskan niat melakukan setiap dari perbuatan yang dirimu lakukan di dunia ini semata-mata kerana ALLAH...jangan sesekali engkau mencari pahala, apatah lagi apa-apa ganjaran dunia, tetapi carilah redho-NYA semata-mata...
  • Kerana ketahuilah anakku...apakah beradab seorang hamba yang baru sahaja melakukan amalan sebesar zarah beriya-iya ingin memohon ganjaran dari TUANnya yang telah memberikan jutaan nikmat yang takkan mungkin terhitung padanya itu...? Moga diberikan-NYA pencerahan buatmu untuk memahami "hakikat" ini....
  • Anakku...jauhilah 'ujub (hairan pada diri sendiri), riyak, takabbur, inginkan kemasyuran, cinta dunia dan segala macam sifat-sifat mazmumah yang lain kerana sifat-sifat inilah yang akan membawa seorang alim ke dalam neraka...
  • Lakukanlah sesuatu ibadah itu dengan hati yang hadir...dengan jiwa yang khusyuk...istiqamahlah dalam melakukan setiap ibadah...jangan dikejar pada banyaknya ibadahmu...tapi kejarlah pada sejauh mana engkau dapat merasai "kemanisan" yang benar dalam setiap ibadah itu...satu kali Al-Fatihah yang engkau baca dengan hati yang hidup adalah lebih baik dari seratus kali Al-Fatihah yang engkau baca dengan hati yang lalai...
  • Cintailah ALLAH dan Rasulullah SAW lebih dari kecintaanmu kepada diri sendiri dan seluruh makhluk lainnya...moga diberikan-NYA pencerahan buatmu untuk merasai rahsia dan hakikat yang benar di sebalik kecintaan itu...
Andai umi punya kesempatan lagi, akan umi titipkan lagi beberapa pesan untukmu...

Cuma jika engkau tanyakan umi, apakah harapan umi padamu?

Maka jawabnya, umi cuma harapkan agar engkau mendapat redho ALLAH dalam setiap gerak dan perbuatanmu...tidak penting pada umi apa dan siapa dirimu bila engkau besar kelak (jika dipanjangkan umur)...tetapi yang sangat umi dambakan cumalah redho ALLAH semata-mata padamu nak.....

Lewat

Aku cuba tumpukan perhatian pada pekerjaan dan rumahtangga. Aku nak elakkan diri mengingati perkara yang melukakan hati di SI. Boleh ke aku berhenti mencari ilmu di situ? Jawapannya TIDAK BOLEH. Pasti juga aku akan log in dalam SI itu untuk menghupdatekan ilmu penyusuan aku. Sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan dunia sekarang. Ia banyak mengajar aku tentang bagaimana menjadi seorang ibu dan isteri. 5 orang anak pun kalau kita tidak mencari ilmu tentang keibubapaan dan penyusuan, kita akan duduk je dalam tempurung tu. Anak seorang tak beerti ilmunya sedikit. Ibubapa sekarang tak sama dengan ibubapa dahulu. Dunia penuh dengan cabaran, aku suka baca posting salah seorang rakan SI iaitu Norhafiza Wahab, penuh berhemah, fakta, pengalaman dan mesti ada keratan dalil-dalil, pendapat alim ulama atau ayat-ayat Al-Quran yang terang lagi jelas. Betul, sekarang ramai ibubapa lebih menumpukan anak-anak mereka kepada ilmu duniawi berbanding ilmu akhirat. Maka di dunia di akhir zaman ini ramailah anak-anak menjadi tuan kepada ibubapanya(kalau salah tolong perbetulkan sebab ingat2 lupa ayatnya). Pagi-pagi dah kene tegur dengan BOS sebab lewat. Kebelakangan ini aku selalu sangat migrane, bila migrane memang aku tak mampu nak bangun, mengepam even nak menyusukan sekalipun. Tapi aku tetap kuatkan semangat. Takkan aku nak bagitau Dr, saya migrane tu sebab saya lewat. Kalau selalu sure heboh aku kene tukar dan memang aku hendak sangat ditukarkan sebab dah bosan duduk kat MOF selama 9 tahun ini. Orang pon dah menyampah kot tengok muka aku. Memang aku tengah berura-ura nak menukarkan diri aku ke tempat baru, cari pengalaman baru agar terbuka sedikit minda aku ni, suka sangat duk bawah tempurung hihihi. Arini Amm outstation, memang sejak dia posting di KL lagi kerap outstation, even balik kerja pon kena pi kerja balik. Kesian ku tengok itu sebab kadang-kadang dia agak tertekan, bila balik aku lak tunjuk muka tension adoii memang ler jadi hangin 1 badan. Aku kena ubah semua itu. Dah ler kat office tak tenang, masuk SI tak tenang takkan kat rumah pon nak gak benda yang sama. Aku kena berubah!

EBM Aisyah

Kepala ni denyut2 macam nak pecah tapi aku gagah gak nak update blog ni. Susah hati dengan permintaan Aisyah sekarang. Tadi masa amek dia kat nursery cikgu Aisyah minta aku tambah lagi bekalan susu. Peninggg kepala ni....sekarang dia minum 3oz X 7 botol, bila aku citer kat rakan yang anaknya minum susu ibu ni dia cakap banyak tu anak aku minum. Sekarang cikgu Aisyah minta aku tambah lagi so semuanya 8 botol. Kalau ikotkan sepanjang aku bekerja dia minum 24oz la. Insyaallah aku boleh buat tapi aku kene displin laaa sikit dan kena korbankan juga masa tidurku untuk mengepam. Ermmmmm takpelah Aisyah....mama akan cuba buat yg terbaik dan termampu....cam tetau jer mama nak amek FS ye sayanggg....

Luahan Jiwa

Sedih dan sebak!
Aku sayangkan susuibu tapi susuibu tak sayangkan aku, boleh?
2 hari ni macam aku hot stuff je kat situ gara-gara teguran manjaku
Hari ini kena lagi sebab aku dikatakan memberi fakta yang salah mengenai kaedah campur susu
Blur betul.....kalau nak dikira ramai yang memberi fakta merapu, merepek, mitos dan dongeng
Tapi takde pula kena macam aku
Aku tahu ilmu ku sangat cetek
Ku agak ghairah kot mengpost
Entah, bila aku suka satu-satu perkara itu aku akan tumpukan perhatian dan baca berulang-ulang hingga aku faham
Ermmm migrane ku datang lagi oleh kerana fikirkan perkara-perkara remeh-temeh ini
Kalau ku tengok banyak sangat manusia di dalam forum itu memposting ikut hati
Tak kena pula cam aku
Kenapa eh aku kena?
Balasan aku kot, takpelah aku terima dengan REDHA cuma tadi aku agak terkejut
Bila ditegur sebegitu rupa
Posting aku buat ibu-ibu di situ huru hara mengenai isu kaedah campur susu
Abeh aku tak huru hara juga ke?? Aku cuma nak share ape aku dapat
Janganlah terus melulu buat andaian begitu...sedih
Aku terlalu sanjung SUSUIBU dan rakan-rakan di dalamnya
Entahlah.....mungkin takat itu saja jodoh ku bersama susuibu.com
...................................................................
(Lap ayer mata)

Posisi Penyusuan

Gambar-Gambar semasa Pesta Sukan MOF

Alkisahnya si Aisyah habis dikerumun officemate masa bawak dia pergi sukan. Apa tidaknya udah mama dia masuk tarik tali hendak tak nak semua ku angkut yang kelakar anak-anak tak meragam tapi bapaknya yang meragam hahahaha. Amponnnnn Papa....!!

Kesian Aisyah jadi maskot untuk pasukan DASAR kekekeke

Mama...tolonglah Aisyah...semua orang nak peluk saya uwaaa!!

Berdebar-debar mengadap musuh

Tarik...tarik...jangan tak tarik...

Dengan bangganya kami menang untuk first round haha dan kalah untuk round2 yg seterusnya
Jalan cam Charlie Angel ker atau Acie Angel haha





















Entry EMO

Saja nak luahkan perasaan dalam blog aku sendiri..sukati aku ler nak cakap aper kan hahahaha.
Memang anak aku yang ke 2 ni minum susu badan tapi aku ni takdelah sampai pandang negatif pada ibu yang bagi anak mereka susu formula, itu bukan salah mereka, mereka masih belum mendapat Hidayah daripada Allah.
Tapi dah terbukti anak yang minum susu badan IQ dia cerdik sikit, kalau degil pun masih nak dengar cakap, kalau sakit pon tak lama. (Ini adalah fakta)
Anak no 1 aku susu formula, dah ler pra matang, aku jenis susu melimpah ruah masa zaman kejahilan dulu tak tahu pedia pam mengepam tu so belilah pam Pureen. Pam sekali je time opis pastu bagi kat anak...anak tak minum buang..dapat 4 0z tu.
Setiap bulan demam, setiap kali cucuk demam, sampai rekod kat emergency tu penuh nama dia. Betul2 tak demam bila naik 2 tahun.
No 2 ni alhamdulillah....first cucuk demam setengah hari jerk...aritu cucuk 5 bulan tak demam langsung. Nageh dalam 3 minit pastu sesengih cam kerang busuk. Yang dulu pas cucuk terus tertidur. Takde eh oh pun.
Pehtu kalau orang tu nak bagi susu badan janganlah perlekehkan..sokong ler. Kalau kat Arab tu adalah perkara biasa anak2 mereka susu badan hingga 2 tahun tanpa solid food siap tegap2 lagi badan anak2 mereka.
Kalau kat baratlah kan...susu formula ni dorang tak jual terang-terangan pon...sebab dorang sokong penyusuan susu badan. Ini semua kafir tau tapi dorang ni amek dari kita, Islam. Yang kita ni Islam takmo ikot apa Islam cakap.
Walau dalam al Quran Allah menggalakan penyusuan susu ibu ni tapi ini adalah HAK anak. Berdosa kalau kita nafikan HAK mereka untuk menyusu.
Orang sekarang nak jaga tetek takut labuh sampai ke lutut, takut kendur tapi laki lari. Apsal masa bercinta dulu tak tanya kat laki awak nak tetek saya ke nak saya?? Memang tetek tu dijadikan untuk susukan anak bukan untuk diramas jer.
Tetek bukan nak susukan anak tapi tuk ditayang kat orang(samalah berlaku pada aku masa aku dizaman jahiliah).
Ada orang cakap bagi susu badan ni orang kampung jerk, orang tak sekolah tinggi, orang mesekin.
Betullah tu...aku mmg orang kampung mana ada duit nak beli ENFAGROW, ANMUM, S26, PEDIA TAK SURE dan sbgnya.

Apa pun...LU PIKIRLAH SENDIRI.

Maaf....entry yang agak EMO.

Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi

Surat ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa.
Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini.
Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.
Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu.
Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat.
Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.
Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan.
Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit 'Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah 'Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku ciririt. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.
Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang.
Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan.
Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.
Dengan peggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.
Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini.
Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.

PROFESSOR DR LEE WAY SEAH,
Presiden Kolej Pediatrik
Akademi Perubatan
Malaysia.

DR SOO THIAN LIAN,
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia


Pengorbanan Wardina Menjayakan Penyusuan Eksklusif -3 anak

Oleh Ramlah Zainal



SEBAGAI wanita berkerjaya dan berstatus ibu kepada tiga anak yang masih kecil, pelakon dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Saffiyah mengakui agenda hidupnya cukup padat.

Kesibukan Wardina atau nama sebenarnya Wardina Saffiyah Fadhlullah semakin berganda sejak kehadiran cahaya mata ketiga, Imran Arrazi yang kini berusia 7 bulan. Selain Imran, Wardina dan suaminya, Ikhwan Johari mempunyai dua anak perempuan, Amna Nafeesa, 6, dan Azra Sareera, 3.

Bergelar ibu menuntut banyak pengorbanan dan ia cukup meletihkan kerana saya perlu memulakan hari seawal jam 4 pagi setiap hari. Tapi ia bukan alasan untuk saya memastikan anak-anak kami dibesarkan sebaik mungkin dan mendapat sepenuh kasih sayang ibu dan bapa.

Terus terang, bukan mudah mendidik anak pada zaman serba mencabar ini. Saya juga tidak mahu mereka hanyut dalam hiburan dan lalai dengan teknologi canggih masa kini.

Apa yang saya praktikkan dalam mendidik anak ialah menggalakkan mereka supaya berfikir, mencintai buku dan ilmu pengetahuan. Saya banyak bercakap dengan anak dan menggalakkan mereka bertanya soalan," katanya.

Wardina juga sangat menitikberatkan pemakanan anak-anaknya sejak bayi lagi.


"Saya pastikan anak mendapat makanan berkhasiat untuk membentuk 'minda' mereka sebaik-baiknya. Sebab itu saya juga buat menu kegemaran anak di rumah supaya mereka mendapat khasiat secukupnya.


"Saya juga memberi mereka banyak stimulasi. Sebagaimana kita tahu otak kanak-kanak berkembang pesat ketika usia mereka dari satu hingga tujuh tahun, sekaligus menentukan 'sikap' mereka di kemudian hari," katanya.

Pada masa sama, kata Wardina, dia juga sangat menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif, sejak dulu.

"Saya menyahut cabaran penyusuan susu ibu, selari dengan nasihat dan polisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta kerajaan.

"Golongan ibu diseru menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan terus menyusu sehingga 2 tahun ditambah dengan makanan pejal selepas 6 bulan.

"Saya akui bukan mudah melaksanakannya kerana ia begitu mencabar dari aspek fizikal dan mental. Sebenarnya, terlalu banyak kebaikan susu ibu kepada anak dan ibunya.

"Saya masih menyusukan Imran secara eksklusif dan akan terus melakukannya, InsyaAllah sehingga dia berumur 2 tahun seperti dua anak saya sebelum ini.

"Itu tanggungjawab saya sebagai ibu. Jika ada pihak mahukan nasihat dan sokongan, saya memang sedia membantu. Saya selalu berjumpa dan memberi nasihat kepada ibu baru secara percuma. E-mail saya diwardina.dina@yahoo.com," katanya.

Wardina berkata, dia juga menggalakkan lebih ramai ibu berkerjaya menyusukan anak.

"Walaupun saya artis dan sibuk ke sana ke mari, tapi ia bukan alasan untuk tidak menyusukan badan. Ada cara dan kaedah yang boleh dipraktikkan.

"Cuma masalahnya, ramai ibu putus asa terlalu awal kerana tidak mendapat sokongan kerana kurang pengetahuan. Tiada kata yang dapat digambarkan apabila melihat anak kita membesar daripada darah daging sendiri," katanya.

Personaliti televisyen berdarah kacukan Aceh-Australia ini berkata, kehadiran Imran menceriakan keluarganya terutama suami yang mengharapkan kehadiran anak lelaki.

"Suami sangat gembira dengan kelahiran putera sulung kami. Suami memilih nama Imran kerana ia nama bapa Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa yang juga nama orang yang soleh. Nama Arrazi pula kami cari bersama.

"Maklumlah, saya dan suami sangat menitikberatkan nama yang dipilih buat anak. Pada saya, nama Islam mudah dan ringkas, itulah yang terbaik," katanya.

Wardina berkata, Arrazi diambil sempena nama ilmuwan Islam terulung dalam bidang perubatan dan falsafah.

"Al Razi atau dikenali dengan nama Rhazes di Barat adalah pakar bedah ternama, penulis jurnal dan ensiklopedia perubatan yang banyak memberi sumbangan kepada dunia.

"Mungkin Imran tidak menjadi sehebat Al Razi, tetapi doa kami supaya dia dapat menyumbang kepada manusia lain serta menjadi pencinta ilmu," katanya.

Mengenai perkembangan kerjayanya sebagai pengacara, Wardina kini semakin selesa mengendalikan MHI bergandingan dengan personaliti TV3 lain iaitu Ally Iskandar, Abby Fana, dan Ahmad Fedtri Yahya sejak setahun lalu.

"Impian saya untuk bergelar antara pengacara terbaik di Malaysia. Saya ingin dikenali dengan gaya tersendiri dan berbeza daripada pengacara lain.

"Saya akan terus berusaha mencari ilmu kerana mengacarakan MHI cukup mencabar kredibiliti. Tapi, saya mencintai tugas yang dilakukan sekarang," katanya.

Wardina berkata, dia bersyukur kerana peminat terus setia menyokongnya dari zaman remaja sehingga sekarang.

"Saya percaya, jika kita ikhlas dan tidak berpura-pura, peminat dapat menilainya sendiri. Dunia seni memang banyak mengajar saya erti kehidupan. Pengalaman saya penuh warna-warni dan ia membentuk diri saya hari ini. Saya tidak suka pandangan orang yang 'stereotype' pada golongan artis.

"Kadangkala, ia begitu negatif sehinggakan ada yang beranggapan saya hidup terlalu mewah, sombong, suka bergaya, dan tidak cerdik. Saya mahu masyarakat di luar sana jangan terlalu cepat menilai seseorang berdasarkan apa yang mereka lihat," katanya.

Pemegang Diploma dalam Jurusan Senibina Dalaman di Kolej Cenfad ini juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.

"Sebenarnya, saya dibesarkan dalam suasana dan budaya yang amat mencintai buku dan ilmu kerana ibu bapa ahli akademik. Saya juga berusaha menambah ilmu sedia ada kerana impian saya untuk menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) sebelum berusia 40 tahun.

"Saya juga ingin membantu masyarakat dengan ilmu yang ada di samping memberi contoh baik buat anak-anak," katanya.

Dalam perkembangan lain, duta produk Slim World ini sibuk menyiapkan buku untuk berkongsi pengalamannya sebagai ibu dengan peminat.

"Saya memang suka menulis dan ilham datang tanpa henti, baru-baru ini. Pada masa sama, saya memang suka kanak-kanak dan mahu berkongsi idea dan pengalaman sebagai ibu tiga anak dengan peminat," katanya.

Profil
NAMA: Wardina Saffiyah Fadhlullah
TARIKH lahir: 5 Jun 1979
KERJAYA: Pelakon dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI)
PENDIDIKAN: Diploma Rekaan Dalaman, Kolej Cenfad
DRAMA: Spanar Jaya, Cinta Madinah, Cinta Madinah 2, Impian Ilyana
FILEM: Lagi-Lagi Senario dan Cinta 200 Ela.
SUAMI: Ikhwan Johari
ANAK: Amna Nafeesa, 4, Azra Sareera, satu tahun setengah, Imran Arrazi, 7 bulan.

Penyusuan Susu Ibu Harus Diteruskan Semasa Wabak Influenza Khinzir Melanda



Memetik kenyataan media, International Lactation Consultant Association (ILCA), dalam meningkatkan persediaan menghadapi ancaman selsema khinzir, ILCA menggalakkan ibu-ibu, anggota kesihatan dan masyarakat umumnya supaya mempromosi, menyokong dan menggalakkan penyusuan susu ibu, kerana melaluinya, bayi diberi perlindungan melalui antibodi manusia yang sangat berkesan untuk melawan penyakit dan kesakitan.

ILCA juga menyokong saranan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), melalui kenyataanya, “Interim Guidance – Pregnant Women and Swine Influenza: Considerations for Clinicians,”. Di dalam kenyataan tersebut, CDC menasihatkan ibu-ibu meneruskan penyusuan di samping pengambilan ubatan antiviral sekiranya dinasihatkan oleh pegawai perubatan. Garis panduan penuh boleh diperolehi di,http://www.cdc.gov/swineflu/clinician_pregnant.htm, di mana ibu menyusu yang mendapat jangkitan virus tersebut boleh mengambil langkah berhati-hati dengan membasuh tangan dan menutup mulut/hidung menggunakan sarung muka (mask). CDC menambah lagi, walaupun pemindahan jangkitn influenza khinzir menerusi susu ibu masih belum diketahui, laporan jangkitan selsema bermusim adalah sangat jarang berlaku.

Menurut Angela Smith, Presiden ILCA, ramai pakar perubatan percaya, apabila simptom selsema dikesan pada seseorang ibu yang menyusu, bayi beliau telahpun terdedah kepada penyakit tersebut. Oleh itu, pemberian antibodi manusia dan memberikan faktor perlindungan lain menerusi penyusuan susu ibu dapat membantu melindungi bayi tersebut. Tambahan pula pemberian susu formula telah diketahui umum boleh meningkatkan risiko mendapat cirit birit dalam kalangan bayi.

Memandangkan vaksin khusus untuk penyakit influenza khinzir masih belum ditemui, penggunaan vaksin selsema yangbiasa digunakan untuk jangkitan selsema bermusim yang biasa digunakan adalah selamat dan disarankan penggunaannya oleh ibu-ibu yang sedang menyusu.

"Kami menyarankan semua anggota kesihatan dan keluarga mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu pada waktu-waktu kecemasan seperti ini atau di masa akan datang" kata Angela Smith. Menurutnya lagi, "Ibu-ibu baru memerlukan maklumat yang tepat dan sokongan untuk terus memberikan perlindungan terbaik terhadap bayi mereka: iatu Susu Ibu."

International Board Certified Lactation Consultants (IBCLCs) adalah anggota kesihatan profesional bertauliah yang memberi fokus dalam membantu ibu-ibu untuk memulakan dan meneruskan penyusuan susu ibu. Untuk membantu ibu-ibu mengenal pasti IBCLC di dalam komuniti mereka, layari laman web ILCA di
www.ilca.org dan gunakan pautan "Find a Lactation Consultant Directory" atau hubungi terus ILCA di ibu pejabat mereka di info@ilca.org atau 919-861-5577.
Petikan asal kenyataan akhbar ILCA, boleh diperolehi di
www.ilca.org.


Ihsan daripada SUSUIBU.com
Posted by mama on 2009/5/2 11:56:59

BLOG huru hara

Mintak maaf ya kalians,, blog daku tengah huru hara kerana ketidakcekapan daku menyusun. Lagipon tgh banyak kerja tak sempat nak update hahahahah.

Breastpump

Ini yang aku guna sekarang iaitu Spectra3 dan juga botol MOMLITTLEONES siap dengan double pumping

Boleh tak aku dah order lagi satu breastpump Medela Swing hehehe. Senang nak pergi office takyah bawak beg bagai. Pening makcik tau. Beg Anis, beg Aisyah, beg aku pastu dengan cooler beg lagi adoi tak menang tangan. Spectra3 ni aku nak letak kat rumah sebab kat rumah boleh buat double pumping dan Medela Swing ni memang aku nak buh kat office dan juga untuk dibawa berjalan yang memerlukan aku mengepam jika jalan-jalan cari makan itu melebihi 3 jam huhu. Tapi Medela ni aku main kutu mana mampu nak bayar CASH and DELIVERY beb. Takpe, as long aku tak berhutang memana pihak dan cara main kutu ni banyak membantu aku dapatkan barang yang berjenama dan mahal. Tengkius AJASU!!


Swing™

An electric breastpump which perfectly adapts to the daily routine of a dynamic mother. Ideal for occasional or frequent pumping – handy, trendy and quiet.

Inilah Medela Swing yang aku nak tu....sebab ada bateri dan elektrik senang nak angkut dan yang paling penting ianya KECIL. Aku nak FS tapi tak mampu wooooo...