Sejak demam susu ku makin segan nak keluaQ....orang utara kata segan tu MALAS. Itulah masa susu rajin nak keluaQ aku segan nak mengepam laaa ni tengok apa dah jadi....susu pon dah segan nak kuaQ. Walau susu ku dah menunjukkan tanda-tanda merundum tapi aku maseh boleh lagi mengsupply fresh breastmilk at least 3ozX4botol itupun aku duk mengepam lama sampai sakit-sakit nipple ni. Kelemahan aku ialah aku mudah terbawa-bawa perasaan sedih dah ini menjejaskan pengeluaran susu aku. Aku baru je melepasi tahap 6 bulan pertama takkan aku dah nak give up. Ishhh semalam aku dah terbayang nak bagi susu formula apa kat Aisyah kalau susu aku still berkeadaan begini....Astagfirullahalazim.....cepat aje aku berpikiran NEGATIF. Aku tak sanggup nak bagi Aisyah formula. Mungkin ibu yang tak fully breastfeeding takkan paham situasi aku dan aku tak salahkan mereka. Ada yang mengatakan aku OBSES dalam menjayakan misi Penyusuan 2 Tahun ini...bukan kerja mudah dan bukan aku obses...bukan bukan...tanyalah ibu2 yang mempunyai situasi sama seperti aku. Kami bukan OBSES cuma kami ingin buat yang terbaik untuk anak-anak kami. Anak yang minum FM+susu ibu dan anak yang fully susu ibu tak sama situasinya. Kami, yang memberikan anak kami sepenuhnya SUSU IBU kadang-kala menjadi cemas, gelisah, susah hati, tense, stress bila susu merundum sebab anak kami hanya minum SUSU IBU sepanjang hari. Bila KAMI, ibu, memilih jalan untuk memberikan SUSU IBU kami tahu bahawa jalan bukannya mudah...berliku-liku, bersegi-segi dugaan dan cabarannya. Kami, ibu yang menyusukan anak kami dengan SUSU IBU sanggup berbuat apa sahaja untuk memberi anak kami tidak putus menyusu sehingga kami sanggup mengepam tak kira tempat, masa dan walau diri kami sendiri sakit tapi kerana ANAK kami harungi semua itu. Susu Formula bukan jalan penyelesaiannya...percayalah....setiap titis susu yang kami keluarkan pasti Allah akan berikan ganjarannya....SUSU IBU adalah HAK anak dan janganlah kita tahan HAK itu......
p/s: Tetiba rasa bersemangat baca posting sendiri.....