Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tetiap hari sumbat susu frozen

Saje nak share cerita pasal nurseri Aisyah. Ada sorang baby tu namanya A****r umurnya lebih kurang 9,10 bulan kot. Ibunya memang bagi A****r ni susu badan tapi yang sedehnya susu badan yang telah difrozenkan setipa hari semasa di nurseri, aci? Pastu sekarang baby A****r ni dah setat solid food ibu dia hanya bekalkan nestum tu jer. Pengasuh Aisyah merangkap bakal adik ipar jadi ke tidak ni pun berceritalah dengan aku pasal A****r ni....sungguh sedeh dan kasihan betul.....

- badan makin kurus hinggakan kepala pon dah boleh nampak tengkorak sumpah tak tipu 

- suka makan bubur nasi tapi ibu dia malas masak so dia dibekalkan nestum saja tapi dia takmo makan so aritu ada rezeki lebih seminggu aku bekalkan bubur nasi tanpa pengetahun ibunya dan dia sangat SUKA!!! A****r tak suka minum susu frozen + dia tak suka isap botol guna puting standard so si ibu pon terhegeh-hegeh tanya si Aisyah guna puting apa sbb rupa dia mirip cam breast kita. Aku bagi Aisyah guna Tommee Tippee (pecaya tak nurseri Aisyah tu anak aku sorang je guna cap TT tu dorang tak penah tgk walla!)

- ibu A****r taknak bertanya pada ibu-ibu yang breastfeed camner nak handle EBM, dia memang kasik anak dia minum frozen patutlah seharian di nurseri anak dia boleh minum 4 botol jer itupon tak abeh..korang rasalah kalau frozen tu sedap ker...bau tengit adalah. Inilah dinamakan BODOH SOMBONG taknak bertanya dan berlajar, ibu dia cakap dia terpaksa bagi susu badan sebab suami suruh. Ishhhh memang tak ikhlas langsung!

MORALE of the STORY : Masuklah ke susuibu.com untuk dapatkan ilmu pengenai penyusuan dan keibubapaan.....boleh noks? hihihi

9oz



BERITA GUMBIRA........FIRST TIME PAM DAPAT 9OZ.....ALHAMDULILLAH!!!


tapi dekat 1 jam jugak ler mengepam HIHIHI!!!

Buaian Elektrik Part 2

Semalam dah amek pon buaian elektrik dari Hayatie kat Kajang....sonang sangat poiee umah dia ingat sosah bonar straightt...straighttt...straightt jer.Balik-balik jer terus pasang motor elektrik tu tanpa menghiraukan tangisan Aisyah yang kelaparan mama kijam hehehe gara-gara punyalah excited nak tengok camner rupa Aisyah tido. Memula tu macam Aisyah tak suka sebab aku pasang henjutan yang slow rupanya dia tak suka henjut slow-slow so apa lagi aku tune ke henjutan paling high....wahhhh boleh gegar otak gini tapi bila dia slow-slow lalok aku slowkan henjutan ke slow dan terus tutup akhirnya dapatlah aku tido lena tanpa gangguan. Jangan risau aku dah amek langkah-langkah keselamatan....terpulanglah pada korang punya pendapat masing-masing takkan aku nak biarkan otak anak aku bergegar semata-mata kerana buaian elektrik yang penting kita kena pantau. Nak kata budak tido buai susah nak tido rumah orang....TAKDELAH....boleh adjust laaaa kalau tak takkan anak aku leh tido kat taska tanpa buaian, taska mana boleh guna buaian kecuali kalau korang antar anak kat rumah orang. Itulah kelebihan anak orang yang siang hari duk taska dia boleh flexible memana situasi hahahahaha. Aku cakap gini sebab Anis si kakak Aisyah tu memang terajar buai sebab kes yang sama jugak tapi setat dia 1 tahun lebih dia dah boleh adjust diri dia sendiri tido bawah...si kakak lagi teruk masa kecik dan lagi susah nak tido. Anak aku time nak bersalin semua mudah tapi yang jadi susah bila nak keluar dan tengok dunia kekekekke takpelah nak buat camner kan...masing-masing akan dapat BAHAGIAN masing-masing....apa pon LAYANZZZZ..