Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Bonus Oh Bonus

Hai Pak Najib takkan sebuk layan 1 Malaysia jer....sonyap jooo...kontot pon takdo bunyi..waktu2 gini dah dongar kontot nak bagi bonus...bukan bonus air soya tu taw....tak suka taw!!! Takdo bonus takdo laaa kueh raya bagai ehhh hehehehe. Tak ponah lam sejarah Malaysia PM tak bagi bonus...MELAMPAU le tu..sure the next election ekau melingkop huhuhu. Sape2 yang baca entri den ni janganlah maki2 eh cakap orang gomen ni tiap2 tahun nak bonus...eh takkan ekau tak tahu bonus tu mai dari mana..duit kami gak. Hak kami. Walau anak aku belum sekolah tadika hatta rendah atau menengah tapi tiap tahun yuran pendaftaran taska bawah 1 tahun jer udah rm300 ke bawah taw....tahun depan Anis masuk 4 tahun, yuran dia aja udah rm549 + RM180...itu nurseri lekeh je ku antar...kalau antar SMART READER, CIC, KFC, FFC tah berapa ribu riban abeh. Zaman skrg semua main DUIT DUIT DUIT nak berak pon kena DUIT taw. Kalau takde bonus tahun ni...mintak maap bebanyak ler..takde duit rayo untuk atuk, nenek, sepupu sepapat, anak menakan bagai. Dah le road tax kete mati ujung tahun..nak serbis lagi...spotrim pon dah bengkok ni jalan cam ulau kena pagau uwaaa......

ADA BONUS KE TIDAK NI???

Nak Masak Apa Harini?

Poning palo macik ni aaa...potang ni nak torai buat;

- tomyam seafood
-kek batek? (tak sompek aaa barang pon tak boli laie)
-agar-agar je le
-sarsi kordial
-nasi puteh
-kacang panjang goreng telor
-kurma

Apa yang penting somi den tak suko boli kek luar....dia kato MEMBAZIR (padahal kedekut duit hahaha)

Aisyah 7 Bulan

Lagi 2 hari Aisyah nak masuk 7 bulan so macam-macam perkara baru yang dia tunjuk sekarang. Aisyah suka gelak bila Kakak dia agah, suka lompat-lompat sampai Nenek dan Atuk dia pon jadi mengah bila pegang dia, bila buh dalam walker dia paling tak suka...melalak-lalak macam kena pukul. Aisyah paling suka main piano Kakak dia sebab ada bunyi suara baby nageh, ada bunyi itik, ada bunyi bird, ada lagu, ada lampu-lampu tapi Kakak dia kedekut betul dengan barang dia, kalau barang Aisyah cepat je dia main. Aisyah suka main sembur-sembur lagi ditegur lagi dibuat. Sekarang ni Aisyah dah tak mahu duduk kat car seat dia...adoi pening kepala aku. Kalau aku balik kampung di Ijok...bayangkan dari Putrajaya sampai Ijok dia akan melalak-lalak so terpaksalah aku berhenti menyusukan dia. Masa memula ajar dia duduk tu, dia OK diam jer....pastu terus terlelap sekarang ni ubah pesen pulak....asal duk lam kerusi dia tu...start ler melalak sampai serak-serak sore dan sampai nak termuntah-muntah. Semalam dari Ijok aku nak balik Putrajaya, setat je masuk lam kerusi dia setat ler melalak-lalak dia, masa drive aku dah gelabah dengan kereta berderet-deret kat belakang pastu aku patah balik minta tolong Emak aku ikot aku balik Putrajaya...sudah!! Bila Emak aku pegang je Aisyah, dia diam pastu terlena pastu bila bangun boleh gelak-gelak....eeee geram betul aku dengan Aisyah ni!! Sian Emak aku hehhehe ampon MAMA....sampai rumah Aisyah takmo duduk bawah sudahnya Emak aku dukung je Aisyah...aik....tetiba jer takmo bagi Nenek balik ni...tetiba jer manja semacam dengan Nenek ni tetetetete. Pastu kalau bab makan Aisyah memang no 1. Setat 6 bulan memang aku dah buat bubur untuk 2 kali makan masa kat nurseri, nampak cam terlebih sudah tapi itu permintaan pengasuh dia. Aisyah SUKA MAKAN! Kadang-kadang saja aku bekalkan 2 hidang bubur dengan biskut Farley Rusk tu.....habeh gak! Bagi pendapat aku ler..korang jangan ler ikot...aku ikut apa yang anak aku makan...kalau aku ikot bulat-bulat pendapat yang aku baca lam SI tu...tak boleh gak...bagi aku le...selagi ia tidak merbahayakan, tidak memberi ape kesan sampingan boleh saja kalau terlalu ikot buku sgt pon tak boleh cuma aku cuba elak Aisyah makan nestum atau makanan di proses tapi kalau terdesak gak aku terpaksa ler. Lagipun aku bekerja...semua aku handle kadang2 aku tak mampu nak buat semua..lain le kalau duduk rumah pon. Apa yang tidak merbahaya aku bagi Aisyah rasa selagi dia tidak tercekik, tersedak dan juga tidak sembelit. Tapi yang pasti badan Aisyah mmg chubby, kejap dan COMEL (bab ni tak tahan ni hahahahaha).

Susu Ku Kembali Meriah Part 2

Dah seminggu 2 gak aku tak hupdate blog....biasalahhh bila penyakit M datang nak menaip pon malas even masuk SI.com pon dah kurang almaklumlah aku dah dpt PHD wakakakakak walau anak belum 2 tahun. PHD dalam teori ajerlah..praktikal belum tentu lulus. Yang bestnya sejak bulan ramadhan ni stok frozen aku bertambah-tambah. Adakah disebabkan Aisyah kurang minum atau memang susu ku banyak sejak ku ambil FENUGREEK, tapi yang pasti aku memang serasi dengan FENUGREEK. Nak kata aku togok air soya, air masak, horlick mmg dah kurang...bila bz memang aku kurang minum dan makan pon cam biasa jer (biasa ke kalau makan 3 kali tambah hahaah) cuma aku memang kerap pumping walau hari minggu. Aku perasan kalau aku tak pumping time weekend memang susu aku segan nak keluar walaupun breast aku bengkak. So, aku dah tahu di mana kelemahan aku. Aku tetap pumping walau pun kuar ciput tapi alhamdulillah susu aku tak pernah mengecewakan aku paling sikit dpt le 1.5oz. Bagi akulah yang baru anak 7bulan menyusu badan...makanlah apa sahaja sampai takleh masuk sampai terkensing2 tapi kalau tak pumping 3 jam sekali takkan dapatnya output yang banyak. Yang penting makan/minum dengan gembira, pumping 3 jam sekali, set lam otak mesti selalu hepi, tenang insyaallah susu takkan segan nak keluar. Jangan tak percaya dalam bulan ramadhan ni aku boleh buat stok frozen banyak sedangkan masa tak puasa nak buat 1 stok frozen pon bercinta. Apa pun syukur alhamdulillah....Allah itu Maha Mengetahui...time ramadhan ni Aisyah tetap minum dalam amount yang banyak tapi susu ku juga keluar 2x ganda berbanding tak puasa...