Walaupun ku ini dah beranak 2 tapi ilmu mengenai parenting ku mmg cetek iyerlah masa anak pertama 100% ku ikut kata pengasuh dan Emakku tapi ku takdelah menyalahkan mereka sepatutnya aku kene well prepared bila aku dah memasuki alam perkahwinan bukan sekadar berkahwin tapi dalam dada ini kene isikan segala ilmu mengenai menjadi isteri yang solehah, ibu yang mithali (boleh ke?) dan sebagainya. Inilah...bila zero knowledge macam-macam kesilapan akan berlaku pada anak pertama....Anis...Mama minta maaf sebab tak dapat buat yang terbaik, walau bagaimanapun Anis tetap anak Mama yang terbaik!
Semalam ku buat 3 macam hidangan tapi Aisyah reject. Puri pisang dia reject, bubur nasi pun dia reject mungkin aku ter rajin buat banyak dan hari ini aku cuma buat 1 hidangan sahaja. Bubur nasi+bayam+carrot. Entahlah...untuk 2 hari ini ku lihat Aisyah semacam tidak berminat dengan makanan walaupun ia beria-ia mulutnya cap cap mengunyah mungkin dia hendak meniru je kot. Mana tahu Allah suruh aku breastfeed Aisyah dengan sempurna genap 2 tahun...ish...kadang2 aku terfikir kalau aku 'diuji' sebegitu mampukah aku lakukan? Sekarang pun aku kadang-kadang down bila tak dapat target yang Aisyah minum, memang Aisyah kuat minum sekarang...dia lebih suka susu ibu dari makan kot...ataupun aku yang tak sabar nak tunggu respons dia?? Kali ini aku taknak paksa Aisyah makan, permulaan ku mulakan sehari sekali je kalau dia taknak makan juga...aku redha ajerlah...dari struggle suruh anak makan baik aku yang struggle makan makanan yang berkhasiat. Memang aku ingin nak buat penyusuan sempurna genap 2 tahun tapi aku tak yakin memandangkan cara pemakanan aku yang suka skip2, tekanan kerja, orang keliling rasa tak mampu nak buat tu...
Apa-apa pun biarlah ku tunggu dah lihat dahulu respons Aisyah untuk sebulan ini...