Aku pernah hampir-hampir nak give up meneruskan penyusuan sepenuh masa ni. Aku ingat MUDAH rupanya tidak seindah yang disangka tapi bila aku dah melaluinya YA ALLAH betapa seronoknya penyusuan ini. Perjalanan aku bukan mudah suami yang tidak berapa menyokong, dengan knowledge yang ZERO tentang ilmu penyusuan dan juga orang-orang keliling yang kurang menyokong serta kekurangannya kemudahan untuk ibu-ibu yang menyusu. Untuk bakal ibu atau untuk mereka di luar sana yang berazam untuk menyusukan anak mereka dengan susu kita sendiri meh aku nak share sedikit tips....
- Semasa kita pregnant cubalah kita mencarik sebanyak mana ilmu mengenai penyusuan penuh contohnya baca mengenai peralatan mengepam, gajet-gajet mengepam seperti botol susu, cooler beg, jenama pam yang bagus mengikut kemampuan kewangan kita
- Cari maklumat mengenai hospital yang menyokong Rakan Penyusuan seperti Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur dan juga carik di laman internet hospital swasta yang mengamalkan polisi penyusuan susu ibu serta dapatkan maklumat mengenai Kaunselor Laktasi. Ini penting kerana apabila kita ada masalah kita dapat merujuk pada orang yang betul
- Banyak bahan bacaan yang kita boleh dapati seperti majalah PA & MA, buku tentang penyusuan bagi ibu yang bekerjaya, dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan laktasi samada yang berbayar atau yang FREE OF CHARGE...ngeeee yang FOC aku suka....dan juga sertai forum SUSUIBU.com yang banyak membincangkan tentang penyusuan termasuk perkara yang tidak releven jangan tembak daku kah kah
- Bertanyalah kepada ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak mereka dengan susu mereka sendiri, kebanyakan mereka ini sangat-sangat prihatin dan akan membantu kalau tak percayalah tanyalah daku....daku suka sgt kalau bercerita pasal breastfeeding!!!!
- Harus diingat MENYUSU bukan setakat menyuakan breast kepada bayi anda tapi belajarlah bagaimana untuk pelekapan yang betul, apakah perlu kita lakukan bila breast kita bengkak, belajarlah untuk TIDAK PUTUS ASA semasa menyusukan bayi kita kerana bila kita melaluinya barulah kita tahu apakah masalah-masalah yang akan timbul dan sebab itulah ALLAH memberikan ganjaran yang sangat BESAR kepada IBU yang MENYUSUKAN anak mereka sehingga 2 tahun.(Dalam Al-Quran mengatakan 2 tahun genap tanpa solid food, kalau boleh)
- Apa yang penting.....SUAMI dan KELUARGA haruslah menyokong kita....tanpa sokongan mereka kita pasti akan REBAH tetapi tidak bagi AKU, aku harus buktikan walau tanpa SOKONGAN aku boleh berjaya selagi Aisyah Humaira' hendakkan susu aku...INSYAALLAH!!