Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Pengasuh Boikot Nurseri

Tadi aku pergi jengok Aisyah ke nurseri...wallaaaa....pengasuh anak aku and the gang tak mai geja!!! Teruk Teacher Alin nak handle baby-baby seramai 30 orang bila 4 orang teacher mogok. Apalagi kelam-kabut ler Kak Ana. Aku sms Anis dan aku tanya apa masalah dia arini tak mai geja, dia cakap dia sakit gigi tapi aku tak pueh ati...aku tanya lagi....akhirnya dia cakap dorang memang mogok takmo geja sebab Kak Ana (owner nurseri) berura-ura nak tambah baby lagi sedangkan gaji dorang ciput dan beban kerja banyak. Memanggggg...nak jaga baby ni bukan mudah sedangkan kita beranak 2,3 orang pon kadang-kadang boleh meroyan itu anak sendiri tu...ini pulak jadi pengasuh yang sohih muda, tak berkahwin dan tak pernah beranak. 1 pengasuh seperti yang aku tahu jaga 5 orang budak/baby tapi sampai 6,7 orang baby memang susah. Untuk toddler teacher terpaksa jaga 10 orang budak yang macam-macam perangai dan peel....sedangkan aku 2 orang pon boleh tensen terjun lombong. Aperlah nak jadi nurseri anak aku ini...susah ler gini kalau masalah dalaman mereka tak selesai akan memberi kesan kepada anak-anak aku. Sudahnya budak 5 tahun tak belajar hari ni sebab teacher-teacher dorang terpaksa diimport masuk ker tempat baby, kan dah kacau-bilau semua.

Boikot Jamuan Raya

Semalam office aku telah mengadakan jamuan hari raya bahagian dan sudahnya makanan berlambak-lambak tak habis. Yang aku pelik orang-orang kuat "admin" semua takde....khabarnya diorang boikot jamuan raya tu. Yang aku tak faham kenapalah kita orang Melayu Islam ni suka berpuak-puak dan boikot memboikot. Yang aku dengar dari sumber yang aku kurang pastilah yang semua staff dan pegawai kena sumbang duit atas arahan "orang besar" tu tapi orang-orang admin ni tak pueh ati sebab kutip duit pastu jempot "orang-orang besar" bahagian lain joint jamuan raya ni. Marahlah...sebab orang kecik kena bagi makan orang-orang besar tapi yang tak bestnya kalau tak pueh ati kenalah cakap jangan boikot...kan tak elok. Aku ni kalau tak pueh ati akan beritahu terus-terang tu sebab aku selalu kena TEMBAK sampai mati balik. Yaaaaa dorang cakap mulut aku laser tapi setakat ni selaser aku pe pe hal dorang suka lak ngadu kat aku....HOW? Yang pasti hanya seksyen aku sumbangkan duit suara yang sumbang pada jamuan itu...tapi kami semua datang...malas nak ungkit kang doser lak....halalkanlah duit tu...sendiri mahu hingat ler kan.

p/s: Kalau orang office baca sure aku dipandang serong...biasalah...haku kan suka kontroversi murahan haha