Kesian Ecah sejak hari Ahad lepas satu tubuh badan anak aku dipenohi chicken pox dan paling ketara banyak bila Isnin petang ni ku ambil dia dari nurseri. Tak sangka pula Ecah kena chicken pox seawal 8 bulan dan kena yang besar-besar pula tu. Apalagi kawan tu asal malam jer meragam ler sebab badan sentiasa panas dan kejap-kejap aku bangun untuk pastikan panas Ecah tidak terlalu tinggi. Aku pula sejak hari Selasa-Jumaat memang aku tak bekerja, lantak le bos nak cakap apa yang penting anak aku sehat. Walau bos tak cakap apa takut orang lain pula yg bercakap kat belakang...biasalah...bila dah jadi PA pastu beranak 2 pula tu mestilah orang lain akan tengok performance kita dan nak banding2kan kita dengan yang bujang. Kalau aku ada maid pon aku tetap ambil cuti...dari hilang anak baik hilang kerja kalau itu pilihan yang diberi. Kalau ikotkan aku nak cuti 2 minggu tapi mana boleh sedangkan cuti aku tinggal 9 hari so terpaksalah aku mengimport mak aku dari kampong yg tak kampong tu hihihi untuk jaga Ecah yang tak gebuz dah.