Patutlah seminggu 2 ini ku rasa hati ku tak sedap bila hantar anak-anak ke nurseri rupanya ada sesuatu yang berlaku. Hal ini terbongkar bila ku ajak Teacher A untuk menjaga anak-anak ku last weekend. Aku terlibat dengan game di Bahagian aku dan suami ku pula outstation dari 8/8/2009 sehingga 19/8/2009 ini. Memang sedeh sebab aku dan anak-anak sering ditinggalkan tapi apakan daya suami seorang tentera hendak atau tidak aku terpaksa lalui kehidupan sebegitu. Aku TERPAKSA mengupah Teacher A untuk menjaga anak-anak ku. Sejam ku bayar rm10....lumayan ku rasa. Teacher A adalah teacher baru bagi anak ku Aisyah (6bulan). Walaupun dia baru sebulan menjaga anakku so far aku puas hati sebab dia mudah di ajar dan mudah faham bagaimana nak handle EBM. Ini antara beberapa cerita yang terbongkar di nurseri si COMEL itu....
1.Aisyah penah dibiarkan menangis berjam, tidak diberi susu hingga kekembungan. Katanya Aisyah adalah kategori "bayi yang bermasalah" sebab letak lama sikit nangis hendak berdukung. Dulu ku bekalkan EBM Aisyah 3ozX6botol dan pernah beberapa hari dia hanya menum 3 botol sahaja dan ku ingatkan Aisyah kena nursing strike rupanya Teacher dia yang nursing strike...
2. Teacher-teacher tidak suka jaga Aisyah sebab Aisyah minum EBM. Leceh nak jaga EBM dan aku pula di COP ibu yang cerewet...
3. Aisyah pernah juga diberi minum tak sampai 2 jam dan pernah juga kekembungan sebab terlalu banyak menum. Ku ingat dia kena growth spurt tapi rupanya Teacher dia yang kene growth spurt...
4. Aisyah sering dimarahi kerana dia kuat berak. Ermmm....apalah naseb anak ku ini
5. Anis tidak berapa di hiraukan sangat sebab katanya Anis kurang comel dan hitam. Teacher2 di situ lebih suka kanak2 yang comel, puteh, gebu dan sebagainya.
6. Pernah masa ku ambil Aisyah...pampers Aisyah sudah lembik sbb najis terlalu lama hingga timbul ruam. Aku juga dikondem kerana memakaikan Aisyah CD katanya aku pengotor sebab CD tu yang ada najis diperap di dalam beg
7. Teacher yang jaga Aisyah sebelum ini amat baik pada ku rupanya dia adalah TALAM 2 MUKA....depan aku semua kelihatan sempurna tapi dibelakang aku dibuatnya Aisyah...patutlah tiap kali ku amek Aisyah dari nurseri suara dia serak..rupanya dia menangis lama di nurseri...
Sebenarnya banyak lagi penderaan Teacher2 si Comel lakukan kepada anak-anak ku tapi ku sebak nak cerita. Apa yang mampu ku lakukan ialah berdoa agar anak-anak ku sentiasa di lindungi oleh Allah keselamatan dan kesihatan mereka semasa ketiadaan aku. Aku sedang berusaha untuk menukarkan anak-anak ku ke nurseri yang lebih selamat tapi sehingga kini 2 nurseri dah reject...dorang taknak amek baby...takkan aku nak asingkan kakak dan adik...diorang tu rapat...tak sanggup aku nak hantar asing2 lagipun susah nak hantar 2 nurseri sure aku akan lambat ke pejabat...