Aku tidak tahu bagaimana hendak aku memulakan coretan aku kali ini cuma aku berharap rakan-rakan SI yang sudi menyinggah di blog aku tak seberapa ini dapat memahami apa yang ingin aku nyatakan. Kebelakangan ini aku lebih suka menjadi silent reader dan sekali-sekala ku masuk ke situ untuk melihat email dari rakan-rakan SI yang baru yang inginkan pendapat aku yang tak seberapa pandai ini walaupun aku sudah beranak 2. Pengalaman menyusukan 2 anak iaitu susu formula dan susu badan memang banyak perbezaan terlebih-lebih lagi susu badan. Jika hendak aku ceritakan perjalanan penyusuan susu badan ku ini aku rasa lebih banyak kepayahan yang aku alami sehingga boleh membuatkan aku ingin mengaku kalah kerana tidak tahan dengan stress daripada orang terdekat ku sendiri tetapi hingga kini Alhamdulillah semakin menunjukkan perkembangan yang positif berkat 'hati kering' ku ini.
Pengedar Vitagen - Sepang
-
Assalamualaikum tuan/puan
Kami menyediakan khidmat penghantaran vitagen terus ke rumah tuan/puan,
sekaligus menjimatkan masa dan petrol anda.
Kami sedia m...
10 tahun yang lalu