Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Campur-Campur

Tadi pengasuh Aisyah call aku mintak tambah EBM..uwaaa!! Tak cukup!! Pengasuh dia pesan bawak 9 botol X 4oz, ada brani ka? Ni bukan brani ni ngepam bagai nak gilak ni. Hari ini aku setat mengepam 2 jam sekali, tak cukup gak 1 jam sekali tak cukup gak sejam sekali...mmg GILAK hahahaha. Lama lagi ke Growth Spurt Aisyah ni nak habes.....sehabes stok frozen EBM ku gak huhuhu.

Hehehehehe....nageh campor sedih campur suka campur gembira. Tadi Pn Jurida datang tempat aku bagi surat...dia tanya aku...Azrina ada mintak tukar ker? Terkuzat haku....baru nak mintak tukar takkan dah dapat surat tukar *muka aku dah sedih* nampak sgt ckp jer nak tukar tapi cam tak rela pon nak bertukar. Aku pon kelam kabut bukak surat tgk dpt tukar kat mana....mak aiiii....._*R(EIR_)#$*(_ASU*S$)A+(*E897*^%* hampass betul Pn Jurida ni. Hehehehehehhe..alhamdulillah aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...majlis APC itu akan di adakan pada 27/8/2009 bertemakan baju batik..adoi tak pernah seumur idop ada baju batik..ckp kat suami dia ckp nak sponsor hhuhuu..poyos le suami haku tu..ape mimpi nak belikan ku baju hahahaha.


Apa nak jadi dengan SUSUIBU.com?

Sebab ini blog aku so aku boleh tulis apa yang aku suka kan as long takde lagi orang yang saman aku hehehehe. Apa yang aku perasan ler trend forumer di SI ialah suka meluahkan masalah rumahtangga di dalam website yang ku sanjungi tu. Aku tak kesah kalau orang kata aku gila kuasa, gila posting, gila title, gila gile, gila nak jadi MOD, gila nak jadi webmaster ke hape ker tapi aku memang gila ILMU kat SI.com tu. Mama aka Puan Kamariah pon takde suruh aku jaga SUSUIBU atau bagi aku elaun/royalti/upah kalau aku jaga SUSUIBU tapi ianya datang daripada kesedaran diri sendiri untuk meletakkan SUSUIBU.com ke tempat yang teratas agar menjadi pusat rujukan terbaik, terkini, terlengkap, termoden dan segala TER lagi. Apa nak jadi kalau kita biarkan sahaja thread-thread itu dibuka tanpa membaca MOTIF/MISI/OBJEKTIF SUSUIBU.com. Aku dulu pon bodoh gak masuk2 jer SI terus bukak thread meluahkan masalah aku tanpa aku membaca polisi di situ. Kalau kita tengok ada satu FORUM untuk iaitu FORUM UNTUK KUMPULAN IBU-IBU masyaallah merapu meraban semua campak kat situ. Walaupon di situ tempat untuk IBU-IBU berforum APA APA AJELAH tapi kene INGAT....ia maseh berkisarkan SUSU IBU bukan citer pasal buang anak, citer suami curang (ya allah jauhkanlah tapi kalau terjadi juga renung2kanlah diri sendiri ini), pasal nak masuk keje gomen, pasal ayam berlaga dan sebagainya udah jadi caca-marba. Kini ku memahami apa perasaan orang lama bila tengok SI jadi camtu.....sedey taww. Sebab itu aku suka UPkan tajuk2 lama sebab pengisiannya ada, tidak merepek-tepek, kurang shortform dan straight to the point dan yang paling penting aku suka baca posting kak Shiha our moderator dan juga mama aka our WEBMASTER SI.com.

Wahai kawan-kawan yang sayangkan SI marilah kita bersama-sama menjaga kesucian SI daripada dicemari citer merepek-tepek. Kalau setuju angkat KEYBOARD!!

p/s: ku tahu pasni aku pasti ditembak di ruangan KOMEN hehehe.

Penjelasan Kaedah Campur EBM

Kelakar pula fikir bila dikatakan ku membuat ibu2 huru-hara, terkasima, tergamam, terkejut dan terkedu bila ku postkan "penemuan terbaru" kaedah campur EBM. Ku dah berulang(10x) taip dalam posting ku ku "maseh menggunakan kaedah campur EBM kerana ku tidak dapat membuat amount yang secukupnya untuk anak aku menum". Tapi dengan rasa jujur dan ikhlasnya aku juz nak "sharing, caring and loving" (ini yang selalu di taip2 oleh mereka le) dengan ilmu dari kursus "murah" yang ku pergi itu. Ku tahu ramai dari ibu2 mempunyai kursus LC yang memang mahal dan sememangnya ku tak mampu nak pergi. Bukan aku nak membantah, membangkang ilmu yang ku dapati dari senior2 di situ walau aku dah beranak 2(tapi ilmu maseh cetek) berbanding mereka yang anak 1 tapi ilmu mereka sangatlah tinggi dan aku amat berterima kasih kepada mereka yang sudi melayan panggilan, pertanyaan ala ala bodoh ku suatu ketika dahulu. CUMAnya....ilmu yang ku dapat buat apalah aku nak simpan, itulah dinamakan FORUM tapi sejujurnya ku katakan TIDAK ADA seorang manusia pun tidak akan terasa mana2 posting di situ kerana kita tidak nampak rupa paras penulis yang menulis, betul tak??

Sebelum aku pergi ke kursus yang "murah" ini ku sering membaca risalah2, poster2 atau apa2 saja maklumat apabila aku membawa anak ku check up bulanannya di Klinik Kerajaan Putrajaya ataupun di Hospital Putrajaya dan aku tidak pernah terbaca memana pon daripadanya yang mengatakan kaedah campur EBM itu ada...semua tertulis di situ tidak boleh dicampur (ingin aku tunjukkan bukti tapi benda tu semua terlekat di dinding klinik dan hospital dan insyaallah aku akan cuba minta daripada nurse di situ). Ini adalah kaedah di Malaysia. Yaa aku tahu di Barat mereka banyak membuat kajian sebab ilmu mengenai SUSU IBU tidak akan terhenti di situ saja, banyak lagi yang kita tidak ketahui apa kandungan di dalam SUSU IBU yang ALLAH jadikan untuk kita kaum HAWA. Aku tidak pernah terniat untuk membuat semangat para ibu dan mereka yang EXCLUSIVE PUMPING ini jadi down, tidak bersemangat, ragu-ragu dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Cuba fahami ayat yang aku taip, ku ulang(10x) cakap ku maseh menggunakan kaedah campur EBM dan ku berharap apa yang ku lakukan dahulu anak aku Aisyah mendapat khasiatnya.

Aku tidak mahu pertikaikan lagi kaedah campur EBM ini kerana setiap orang ada pendapat, pandangan dan semuanya berpengalaman berbanding aku. Aku mohon maaf jikalau posting aku itu agak membuat semangat ibu2 di situ tergoyah, ragu2 dan segalanya. Itulah yang dinamakan berFORUM kita dapat berdiskus, mengeluarkan pendapat dan kita jadikan guideline untuk teruskan perjuangan penyusuan susu ibu itu. Sesungguhnya ilmu tidak pernah terberhenti dan kalau boleh share-sharekanlah apa yang anda tahu bagi kami yang maseh dahagakan ilmu ini.