Tiada siapa dapat menyangkal bahawa susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. WHO (World Health Organisation) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia sendiri menggalakkan penyusuan ibu.
Bagaimanapun tidak semua ibu memilih untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu. Pada masa ini, banyak pilihan susu dari lembu yang diproses dan dapat memberikan alternatif terbaik dari segi penyerapan dan kandungan zat-zat yang diperlukan.
Di bawah ini adalah beberapa isu yang perlu diteliti untuk membantu anda memilih yang mana satu sesuai untuk anda.
Penyusuan sendiri
- Meningkatkan perhubungan bayi dan ibu dengan sentuhan kulit-kulit yang kerap
Menentang jangkitan. Antibodi yang didapati dari susu ibu membantu bayi menentang beberapa penyakit seperti jangkitan kuman di bahagian telinga, alahan, batuk, batuk disebabkan pneumonia dan pelbagai masalah pernafasan yang lain. Secara keseluruhannya, bayi yang disusukan sendiri oleh ibunya mengalami jangkitan yang lebih rendah berbanding bayi yang disusu dengan susu formula.
Pencernaan yang baik. Enzim dan bahan-bahan lain di dalam susu ibu memudahkan proses pencernaan dan membantu di dalam penyerapan zat-zat makanan. Susu formula kini semakin canggih dan dapat meniru susu ibu tetapi ada beberapa bahan di dalam susu ibu yang terlalu kompleks dan tidak dapat dibuat di makmal dan ada juga yang belum dapat dikenalpasti.
Murah. Ia tidak melibatkan kos tetapi ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil 500 kalori lebih daripada ibu biasa setiap hari.
Menghalang kegemukan. Kajian terbaru mendapati penyusuan ibu dapat menghalang bayi dan budak menjadi gemuk (childhood obesity).
Tidak mengandungi kuman. Ini berbeza dengan botol yang mungkin mengandungi kuman jika tidak disteril dengan baik.
Suhu susu adalah pada paras yang ideal.
Bagaimanapun, untuk kes-kes tertentu seperti ibu yang mengalami penyakit AIDS atau hepatitis, atau menjalani kemoterapi, dsb tidak dinasihatkan untuk menyusukan bayi. Ini kerana ada ubat-ubatan yang digunakan akan dikeluarkan dalam susu dan memberikan kesan buruk kepada bayi tersebut. (Sila rujuk dengan doktor anda)
Ibu perlu mengurangkan pengambilan minuman berkaffein seperti kopi, nescafe, dsb. Ibu disyirkan mengambil minuman berkaffein dalam kuantiti kurang daripada 300mg setiap hari (bersamaan dengan tiga cawan kopi)
- Perlu selalu memberi minum. Selalunya bayi yang menyusu badan perlu minum dengan lebih kerap.
- Sukar melakukan aktiviti lain seperti bekerja, dsb. Bayi juga perlu sentiasa bersama dengan ibunya dan tidak boleh berenggang, contohnya ditinggalkan di rumah saudara.
Penyusuan formula
Terima kasih.
Yang benar,
Dr. Nazatul Shiha Bachtiar,
Pensyarah,
Jabatan Fisiologi,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.
Entah macamana ketika ku masuk satu laman portal ini ku baca artikel mengenai penyusuan susu ibu dan susu botol, sungguh ku BANGKANG. Apa komen anda? Ku tahu itu pasti komen dari kak Shiha kita. Aku tak setuju dengan fakta pasal penyusuan susu ibu nampak macam menyusahkan, andaikata ibu-ibu baru yang baca tentulah mereka akan berkata menyusu adalah menyusahkan sedangkan berapa ramai wanita bekerja yang dah berjaya menyusukan anak mereka.