Ini yang ku copy paste posting dari webmaster SI.com iaitu Puan Kamariah a.k.a mama
Re: Breastfeed + Bottlefeed EBM
Tynee,
Penyusuan susu ibu adalah satu jenis pekerjaan. Ianya bukan mudah, terutama sekali apabila keadaan sekeliling tidak menyokong sepenuhnya hasrat kita dan tidak boleh menerima hakikat bahawa ianya satu jenis pekerjaan yang harus dihargai.
Pada pandangan umum penyusuan susu ibu hanyalah mengenai memberi susu ibu. Ini mungkin disebabkan oleh terma dalam bahasa kita di mana 'penyusuan susu formula' bermakna memberi susu formula. Ini mungkin menyebabkan ramai orang tersalah anggap tentang penyusuan susu ibu juga,iaitu hanya memberi susu ibu dan tidak mementingkan kaedah pemberiannya.
Jika kita perhatikan terma dalam bahasa Inggeris pula, perkataan 'Breastfeeding' digunakan. Ini bermakna ianya adalah penyusuan di payudara ibu. Dengan mudah orang akan memahami bahawa penyusuan tersebut menitik beratkan tentang kaedah penyusuannya iaitu bayi perlu menghisap dari payudara ibu untuk mendapatkan susunya.
Kekeliruan ini telah menyebabkan masyarakat kita beranggapan 'its ok' kalau kita hanya memberikan susu ibu melalui botol, yang penting ianya adalah susu ibu. Memang tidak dinafikan, 'its ok', tetapi ianya harus berbekalkan kefahaman bahawa tindakan itu mempunyai risiko. Penggunaan botol tetap mengandungi risiko kontaminasi atau risiko bahan plastik pada botol, walaupun kandungannya adalah susu ibu. Namun, jika dibandingkan dengan susu formula, tentulah jika susu ibu kandungannya, ianya adalah jauh lebih baik.
Penyusuan pada payudara mempunyai banyak kelebihan. Selain dari ianya steril, ia juga kekal pada suhu yang betul dan boleh terus diminum. Sangat mudah untuk diselenggara (hanya selak baju dan suakan kepada anak). Selain itu, disebabkan posisi bayi semasa menyusu di payudara, sentuhan kulit ke kulit berlaku secara maksimum dan menambah lebih banyak kebaikan iaitu, talian antara ibu dan anak dapat ditingkatkan.
Kebanyakan ibu yang berpeluang untuk melalui penyusuan terus dari payudara sepenuhnya dapat merasai nikmat yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata. Disebabkan oleh hubungan antara ibu dan anak ini berlangsung sungguh intim, pembangungan emosi bayi juga biasanya adalah lebih baik. Bayi seperti ini biasanya didapati lebih berkeyakinan dan tenang, kerana kebanyakan dari keperluan dan permintaannya telah dipenuhi oleh ibunya sejak dari kecil lagi.
Ini semua boleh berlaku asalkan kita memberi peluang proses ini berjalan secara tabii dan indah. Harungi setiap detik bersama bayi dengan penuh kasih sayang kerana memang itu yang dibutuhkan oleh seorang anak pada peringkat ini.
Saya harap Tynee timbang-timbangkan semula hasrat Tynee itu. Cuba bawa berbincang bersama suami mengenai hasrat Tynee. Mungkin dia mempunyai pandangan yang berbeza. Selepas semuanya diambil kira, barulah buat keputusan. Saya harap Tynee memperoleh kebahagian dan ketenangan dalam proses membesarkan kedua-dua anak ini. Ingatlah, semasa mereka masih kecil, selagi ada peluang untuk bersama dengan mereka dan yang paling penting, selagi mereka masih memerlukan kita, hargailah setiap detik tersebut. Wallahua'lam.
Sungguh indah kata-kata yang ku petik dari posting mama. Penyusuan bukan sekadar menyusu tetapi sebenarnya kita dapat merasai satu perasaan istimewa antara ibu dan anak dan perasaan ini bukanlah kita dapat selamanya...bila anak itu besar mana mungkin kita akan rasa kenikmatan mendakap, mencium, membelai anak itu...Oleh itu ambillah peluang itu untuk dimanfaatkan bersama ibu dan anak dan juga EP's ku tetap ucapkan TAHNIAH kerana mereka gigih untuk memberikan yang terbaik walau menghadapi banyak kesusahan dan kesukaran untuk memberikan yang terbaik pada anak-anak kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan