Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Paprik Ku Sedappppp...

Kembang-kempis hidung bila Papa(suami ku) puji aku. Aritu aku first time buat ayam paprik tak sangka Papa(suami ku) makan dengan seleranya sampai time sahur pun makan dengan seleranya rakusnya. Masa time sahur tu Papa berkias dengan aku...gini dialognya....

Papa : Hari ni Papa 2 kali makan kat kedai
Aku  : Makan kat kedai (nada terkujat)....
Papa : Iyer 2 kali makan kat kedai Mama...
Aku  : (Blur betul haku) Woooo nak cakap ler paprik Mama sedap yeee.......
Papa : Makan sambil buat tak paham aku cakap...dia memang camtu susah nak PUJI isteri dia 
kalau nak puji pun berkias-kias....suruh puji straight to the point takkannya sanggup dia 
terjun  bangunan  hahahahaha


Inilah BERKAT dia tak suka beli makanan kat pasar ramadhan nak suruh aku pandai masak yeeaaa kalau tak sampai anak 10 pon aku memang tak geti memasak huheruhuer. Apa yang penting Papa dapat jimatkan duit kan kan kan kan

Kerajaan Setuju Bayar Bonus Kakitangan Awam

Sumber Rujukan DI SINI


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam dan pembayaran akan dilakukan oleh kerajaan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysia-instinct, Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya agar bonus tersebut dibayar dan urusan pembayaran akan disegerakan untuk meringankan beban kakitangan yang terlibat.
``Bagaimanapun nilai bonus masih belum ditetapkan dan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.
``Pengumuman mengenainya pula akan dibuat sama ada pada minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan,'' kata sumber tersebut.
Pada tahun lalu kerajaan membayar bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan atau minimum RM1,000.
Pembayaran bonus itu pula dibuat sebanyak dua kali iaitu sebahagiannya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala bakinya pada hujung tahun bagi membolehkan kakitangan kerajaan membelanjakan wang tersebut untuk tujuan membeli persiapan persekolahan anak-anak.
Bagaimanapun, pada tahun ini timbul kebimbangan kerajaan tidak akan membayar bonus berikutan prestasi ekonomi dunia dan negara yang mengalami kemuncupan.
Lebih merisaukan apabila terdapat pandangan pihak tertentu bahawa bonus tidak boleh dibayar sebelum Hari Raya berikutan Bajet 2010 hanya akan dibentang di Parlimen oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober ini.
Pada tahun-tahun sebelum ini, pengumuman mengenai bonus hanya dibuat ketika pembentangan bajet dan pembayarannya dibuat selepas itu.
Pembayaran bonus sebelum bajet pada kali ini bakal mencatat sejarah baru dan menepati gagasan Najib yang mahu kebajikan rakyat diberi keutamaan seperti yang digariskan dalam konsep 1 Malaysia.
Sumber itu menambah, Perdana Menteri amat mengambil berat tentang kesusahan kakitangan rendah yang perlu berbelanja lebih untuk persiapan menyambut Syawal.
``Beliau prihatin dalam hal tersebut walaupun ramai yang meramalkan tiada bonus akan dibayar pada tahun ini.
``Tunggulah, berita gembira akan menyusul,'' katanya tanpa mahu mengulas dengan lebih lanjut.

Kan Makkk dah cakap memang dapat BONUS yehaaaaa

Ada Bonus Tak - Part 2


Ada bonus raya?



PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.
Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.
‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.
‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.
Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.
‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.
‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.
‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.
Memintaklah ADA......amennnnnnn!!!! Pasni boleh ler beli
kueh raya bagai, baju raya bagai, angpow raya semua dapat HOREYYY!!

Penyediaan Solid Food Yang Mudah

Lepas aku baca blog Nurul aku dah dapat idea bagaimana nak sediakan bubur Aisyah untuk seminggu. Terima kasih banyak-banyak kat Nurul tuan punya blog INI barulah clear kepala hotak aku camner nak buat dan sediakan bubur Aisyah dengan mudah, cepat dan ringkas serta menjimatkan masa dan gas haku hahahahhaa. Lepas ni mama bolehlah bangun lambat-lambat sikit yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


p/s: balik umah nanti aku akan cuba buat untuk seminggu....wahhhhhh seronotnya...

Stok Bertambah Walau Bulan Ramadhan

Percaya tak semenjak mula bulan Ramadhan ni aku tak pernah guna stok frozen bahkan sesi mengepam aku berlangsung seperti biasa, maintain 3x pam di pejabat dan sehari boleh le aku dapat dalam 12oz. Di rumah pula aku boleh dapat lagi banyak dan sekarang memang aku 100% supply EBM fresh bahkan siap ada lebih lagi yang boleh aku buat stok frozen. Setakat ni aku masin berpuasa penoh, takde rasa kekeringan tekak atau pitam bahkan aku boleh berpuasa dengan bersemangat walau aku tak sahur siap pi jalan-jalan shopping carik makan lagi. Alhamdulillah aku masih bertenaga walau aku mengepam dan menyusukan Aisyah.

Siapa Aku?

Siapa AKU?
Kalau siapa tak kenal AKU, tengok muka aku jer dah meluat/menyampah/mencik sebab muka aku tampak GARANG. Bukan aku mintak nak jadi camtu  memang dilahirkan airmuka aku jenis GARANG tapi pernah ke aku maki-hamun orang tanpa tujuan? Maki masa drive je kalau nampak pemandu wanita bawak terhegeh-hegeh kahkhakhakha
AKU ini pemaaf orangnya kalau aku buat silap lambat atau cepat pasti aku yang hulurkan KEMAAFAN dahulu
AKU mudah mengalah tapi tak bererti aku KALAH....cuma aku malas nak lanjut2kan kemarahan
AKU jenis pendendam sebab syaitan banyak bergayut kat otak
AKU sangat sayangkan kanak-kanak tak caya tanya suami aku dia selalu tegor aku sebab aku terlalu manjakan anak-anak
AKU memang laser, mulut takde insurans saya amek TAKAFUL IKHLAS taw, lantang bersuara, celupar, terlalu berterus-terang sampai bra kaler ape pon bagitau orang kah kah
AKU seorang yang kelakar walau kadang-kadang aku buat kelakar orang tak paham pong
AKU seorang terlalu memikir sampai migrane-migrane kepala hotak ni
AKU mudah mesra
AKU mudah rasa rendah diri mak ckp aku katik
AKU mudah kesiankan orang
AKU mudah emosional
AKU mudah mengaku kalah
AKU suka cabaran
AKU suka kelainan
AKU pembersih itu dulu skrg tidak lagi
AKU seorang yang cepat lupa
Last but no least
AKU seorang yang COMEL, kulit muka licin, puteh, takde parut muka hahahahahhaha angkat bakul sendiri

Lawak Seplastik

Kekadang bila aku masuk SI.com nak tergelak pon ada,  meluat kelakar pon ada sebab apa kepala anak berpeluh pon boleh jadi topik perbincangan kat SI.com. Di manakah topik-topik perbincangan yang bernas lagi berilmiah eh? Banyak benor topik merapu sekarang ni. Bukan aku nak berlagak le...masa anak pertama dulu benda kecil-kecil tu BIASALAH janganlah sampai benda remeh-temeh pon nak pikir sampai berpinar bijik mata tu, sampai migrane-migrane sampai tensen-tensen. Inilah ibu moden terlalu moden sangat sampai bergantung harap pada pembacaan yang kadang-kadang buat kita sesat kalau korang nak maki aku makilah ini pendapat aku. Kadang-kadang benda camtu kita boleh fikir dengan waras dan logik, gunakanlah akal bukan guna kepala lutut K adakah entri aku ini nampak kurang ajar, kalau iye sila komen dan tembak aku.