Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Aisyah lagi

Lupa nak tambah...masa jiran ada ku tengah 'melihat' pergerakan syaitan dalam rumah ku itu, dia sempat bertanya....'anak-anak takde ape ke, tak meragam ke?' Ku jawab tidak...alhamdulillah. Adik terus berkata pada jiran dia itu sambil tunjuk ke arah Aisyah....Aisyah ni saya tengok kuat semangat...dia jenis takde masalah....ku tersenyum dalam hati. Mengapa? Tapi aku tak tahu adakah jawapan ku ini RELEVEN atau tidak atau kalau ada sesapa yang tahu tolonglah beritahu citer karut ku ini. Dengan riaknya ku jawab...sebab Aisyah minum susu badan, tiap kali minum Kak mesti selawat dulu sambil berdoa agar membesar dengan sehat, dijauhkan dari malapetaka, jadi anak yang solehah dan aku rasalah...berkat susu yang diminum ini Aisyah terjaga dari segala gangguan, dipelihara kesihatannya (even kene cucuk tak demam) dan sekarang Aisyah dan tidak ada selsema atau batuk2 bahkan kuat menum sampai aku sempot nak mengepam. Adakah betul andaian aku? Kalau BONDING yess..memang betul tapi Aisyah memang kuat semangat dan memang semangat kalau orang tengok even umur dia baru nak cecah 6 bulan. Kalau ku lihat wajah Aisyah nampak bersinar2 dan bercahaya....dan aku berharap agar dia dapat menjadi orang yang bijak pandai dan berguna termasuklah Anis Syahida. Apa pun SUSU IBU tetap yang terbaik!!

Penunggu di rumah ku

Semalam hari yang penuh ketakutan bagi aku hingga aku menulis entri inipun, rasa meremang bulu roma ku. Lain yang ku cari lain yang ku dapat. Berulang kali aku dimarahi suami ku kerana ku lemah pada makhluk syaitan itu. Memang, benda-benda macam ini ku memang lemah, ku takut!! Tapi aku harus lawan sebab aku itulah rumah aku dan syaitan itu menumpang di rumah kami. Semalam ku berjumpa dengan jiran adikku yang dikatakan boleh membantu kami mencari dokumen yang hilang. Sebelum aku pergi aku dah berpesan pada adikku jangan 'scan' yang tidak berkaitan sebab jiran adik ku ini mempunyai kelebihan yang orang lain tidak ada TETAPI dia tidak menggunakan jin syaitan untuk membantu tapi berserah kepada ALLAH. Ku tidak mengatakan dia dapat mencari dengan tepat...tidak tapi dia cuma bagi klu untuk mencari dan apa yang kami hilang dia masih tidak dapat kerana dokumen itu telah terlalu lama menghilang dan klu yang kami dapat pula tidak berapa jelas. Cara terbaik yang dia sarankan ialah berselawat dan membaca ALAM NASYRAH (melapangkan) banyak kali dan dengan izin ALLAH dan YAKIN pasti dokumen itu akan dijumpai.

Yang kelakarnya...dalam takut ada kelakar..lain yang kami minta carik lain pula yang dia dapat. Kalau kalians biasa berjumpa dengan orang-orang sebegini selalunya dia tahu tanpa kita beritahu tapi dia takkan bercerita kalau kita tak bercerita dahulu. Dia tahu masalah kita tapi dia tidak akan bertanya kalau kita tidak menceritakan masalah kita TETAPI dia akan memberitahu sekiranya kita berada di dalam keadaan yang tidak selamat dan itulah yang berlaku kepada aku. Dia ternampak ada makhluk jahat menghuni rumah aku dan semalam setelah dia membuat sedikit air penawar dan mengajar kami beberapa potong ayat suci untuk menghalau makhluk itu daripada mendiami rumah kami. Al kisahnya sebelum aku duduk di situ penghuninya adalah India yang memang bersembahyang di dalam rumah itu dan yang paling aku marah sangat bila dia berpindah keluar satu apa pon dia tak bersihkan. Bila aku masuk ke rumah sekarang ni bersepah-sepah segala kemenyan colok sami buddha terutama di kawasan dapur aku. Dalam bilik aku bersepah bekas tapak tangan di dinding macam di cop2. Orang yang melihat keadaan rumah aku siap menggambarkan rupa parasnya. Ya Allah....patutlah bila aku dan anak-anak di rumah aku selalu terbayang-bayangkan ada orang melihat pergerakan aku dan gambaran yang jiran aku bagi hampir sama apa yang aku terbayang-bayang. Nauzubillah...!! Semalam aku tidur dalam ketakutan, tidak mengepam, tidak tukar baju dan segalanya...sebab aku terlalu takut tapi aku harus gagahkan juga sebab itu rumah aku. Yang aku risau sekarang tidak lama lagi suami aku akan outstation selama seminggu. Ya Allah...lindungilah kami sekeluarga....amin!


Sebenarnya banyak lagi nak ku cerita tapi aku dalam ketakutan even masa menaip ni meremang bulu romaku...