Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Alhamdulillah...susuku kembali meriah...

Alhamdulillah.....Ya Allah terima kaseh kerana permudahkan perjalanan penyusuanku hampir 6 bulan lebih ini. Sejak aku demam hampir 3 hari memang susu ku terjejas teruk gara-gara aku menum ubat batuk yang menyebabkan susu ku merundum. Kelam-kabut ku cari info apakah masalah aku, mengepam bagai nak rak kabinet, makan bermacam-macam(sebenarnya aku ni malas nak makan/menum untuk tambah susu) dan akhirnya aku buat keputusan untuk try FENUGREEK.

Dengan izin Allah susu ku keluar dengan meriahnya lain dari hari-hari biasa sebelum ini. Dulu setiap sesi mengepam aku akan dpt 5oz, 4oz seterusnya 3oz tapi sejak semalam aku maintain dapat 4.9oz-5oz dan paling terkejut pagi tadi aku boleh cecah 6oz!!! Lagipun Aisyah dah mula makan so memang dia mula slow menyusu maknanya sekarang aku bekalkan Aisyah 3.5ozX6botol memang ngam-ngam habis time aku amek dia dari nurseri. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui bahawa aku telah kekurangan stok frozen. Sekarang aku mampu buat stok frozen semula...tak kesahlah...walau sikit tapi mesti ADA 1 lebih ku buat stok frozen.

Terima kasih Ya ALLAH kerana permudahkan urusan penyusuan ku....dan aku berdoa juga agar pengasuh Aisyah dibukakan pintu hatinya untuk menjaga anak ku dengan baik dan sentiasa dilindungi dari segi kesihatan dan keselamatan.....AMIN....

Ucapan ini khas ku tujukan buat Kak Haslina a.k.a Rashliana5 kerana dia banyak memberi ku kata2 semangat dan dorongan...setiap kali aku bermasalah pasti dialah tempat aku mengadu. Itulah kelebihan rakan dari SUSUIBU...sama2 membantu walau pertama kali bertemu.....SYUKRAN Ya ALLAH!!

1 ulasan:

NOR HASLINA berkata...

Adikku Azrina...

Terima kasih atas doa dan ingatan adik pada akak...

Terima kasih pada ALLAH kerana mempertemukan kita...

Semoga pertemuan ini panjang hingga ke akhirat dan ALLAH memberkati dan merahmati pertemuan dan perhubungan kita ini... Amin... InsyaALLAH...