Semalam office aku telah mengadakan jamuan hari raya bahagian dan sudahnya makanan berlambak-lambak tak habis. Yang aku pelik orang-orang kuat "admin" semua takde....khabarnya diorang boikot jamuan raya tu. Yang aku tak faham kenapalah kita orang Melayu Islam ni suka berpuak-puak dan boikot memboikot. Yang aku dengar dari sumber yang aku kurang pastilah yang semua staff dan pegawai kena sumbang duit atas arahan "orang besar" tu tapi orang-orang admin ni tak pueh ati sebab kutip duit pastu jempot "orang-orang besar" bahagian lain joint jamuan raya ni. Marahlah...sebab orang kecik kena bagi makan orang-orang besar tapi yang tak bestnya kalau tak pueh ati kenalah cakap jangan boikot...kan tak elok. Aku ni kalau tak pueh ati akan beritahu terus-terang tu sebab aku selalu kena TEMBAK sampai mati balik. Yaaaaa dorang cakap mulut aku laser tapi setakat ni selaser aku pe pe hal dorang suka lak ngadu kat aku....HOW? Yang pasti hanya seksyen aku sumbangkan duit suara yang sumbang pada jamuan itu...tapi kami semua datang...malas nak ungkit kang doser lak....halalkanlah duit tu...sendiri mahu hingat ler kan.
p/s: Kalau orang office baca sure aku dipandang serong...biasalah...haku kan suka kontroversi murahan haha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan