Noriday adalah yang paling sesuai untuk ibu yang menyusukan anaknya sepenuh masa kerana ia tidak mengeringkan susu berbanding pil perancang yang lain. Aku pernah guna Marvelon, Yasmin dan juga Depo Injection tapi yang paling serasi dan kurang risiko migrane ialah pil Noriday tapi bila aku baca di Susuibu.com Noriday tidak sesuai bila bayi berumur 6 bulan ke atas aku jadi TAKUT....adoi...betul ke? Dah ler aku jenis makan tak tepat tapi takat ni tak pernah miss makan lagi ler. Sepatutnya aku kena makan tepat 8 malam tapi kadang-kadang aku terlupa pernah ler makan pukul 12 tengah malam...seriau gak tup tup kang termengandung ahhhh SUDAH sure husband aku bising dah ler nak jaga tuan puteri Aisyah sorang pon naik meroyan kekekeke. Kalau boleh aku takmolah pregnant kee terpregnant ker memang aku TAKNAK. Memanglah anak itu rezeki tapi bukannya rezeki tu turun dari langit pastu kita tadah dengan dulang bukannnnn oittt rezeki itu harus dicari (konsep ini banyak orang tak paham sebb dorang tak beranak lagi). Aku punya alasan sendiri kenapa aku takmo menambah/tertambah/sengaja tambah anak selepas ini. Antaranya adalah kerana;
- kedudukan kewangan yang masih tidak mantap- bukan seorang ibu yang penyabar
- nak tumpukan perhatian pada Anis dan Aisyah dahulu
- suami bukan 24 jam ada di sisi, selalu outstation (bini askar mmg gini lelebih bini kepada sorang kuli)
- nak fokus pada kerja dulu (selalu kene tegor dengan boss sejak ada anak kecik ni - lewat pergi keje, cuti- cuti
- yang paling penting MISI PENYUSUAN 2 TAHUN perlu aku jayakan dahulu
Bagi aku Noriday kurang side effect berbanding Marvelon, Yasmin dan Depo Injection yang penah aku ambil dulu. Kesan buruk yang aku dapat ialah;
- buah dada sakit
- faraj terasa kering dan jadi tak selesa bila bersama (jgn gelak ini pengetahuan am tau)
- selalu migrane
- tension tak tentu pasal, kalau carik pasal lagi tension
- mual
- berat naik mendadak
- selera makan tinggi
p/s: semalam semasa aku bawa anak aku check up aku tanya kat nurse tu Noriday ni boleh ker kita makan selepas baby 6 bulan dia cakap boleh...selagi belum period teruskan noriday once dah mai period dia suggest tukar ke pil lain dan dia cakap boleh makan Noriday hingga anak setahun. Pastu dia bagitau EXCLUSIVE BREASTFEEDING ni ialah baby kita hanya minum susu badan tanpa air masak atau apa2 air lain kecuali solid food. Pening aku mana betul ni...aku skrg ni EXCLUSIVE ke FULL BREASTFEEDING? how?
2 ulasan:
alamak.. hari rabu ni kene tukar pil lain cos bb dah cukup 6 bulan .. betulke leh pakai sampai setahun..??
emm pasal exclusive ngan fully tu ader gak dengar..
umi ader suggets suruh pakai manulate ( tak tau ejaan sebenarnya )
dia kater susu tak kering
Sis . Saya Nak tanya Saya ambil pil Regulon .. selepas Saya Datang period Da habis 5 hari . BOLE K saya Terus sambung Makn Pil Lain mksud nya Btukar k pil lain . Atau Tunggu period 1stday Yg akan datg . TQ
Catat Ulasan