Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wasiat kepada Anakku ihsan dari Norhafiza Wahab


Sungguh tersentuh bila ku baca pesanan ibu kepada anaknya....
Untuk Norhafiza semoga anak mu menjadi anak yang soleh....
Maaf ku copy paste kat blog mu hihi


Anakku Ahmad,

Kerana mati itu tidak mengenal usia...dan mati itu PASTI...di sini ingin sekali umi titipkan beberapa pesan untuk ahmad...


  • Sentiasalah bersikap lemah lembut pada semua orang...berbuat baiklah pada mereka yang mengasarimu kerana di situ terdapat rahsia pembukaan yang sangat besar kepada sesiapa yang ingin merasai kasih sayang ILLAHI...
  • Sentiasalah memaafkan kesalahan semua orang...halalkan setiap yang meminjam @ berhutang @ yang merosakkan apa2 yg menjadi milikmu...kerana tuan empilik yang haqiqi hanyalah DIA semata-mata...
  • Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH...juga sentiasalah bersangka baik pada makhluk-NYA...haruslah dirimu sentiasa redho dengan setiap takdir yang telah ditentukan-NYA itu...kerana DIA lagi mengetahui apa yang terbaik buatmu wahai anakku...
  • Sentiasalah ikhlaskan niat melakukan setiap dari perbuatan yang dirimu lakukan di dunia ini semata-mata kerana ALLAH...jangan sesekali engkau mencari pahala, apatah lagi apa-apa ganjaran dunia, tetapi carilah redho-NYA semata-mata...
  • Kerana ketahuilah anakku...apakah beradab seorang hamba yang baru sahaja melakukan amalan sebesar zarah beriya-iya ingin memohon ganjaran dari TUANnya yang telah memberikan jutaan nikmat yang takkan mungkin terhitung padanya itu...? Moga diberikan-NYA pencerahan buatmu untuk memahami "hakikat" ini....
  • Anakku...jauhilah 'ujub (hairan pada diri sendiri), riyak, takabbur, inginkan kemasyuran, cinta dunia dan segala macam sifat-sifat mazmumah yang lain kerana sifat-sifat inilah yang akan membawa seorang alim ke dalam neraka...
  • Lakukanlah sesuatu ibadah itu dengan hati yang hadir...dengan jiwa yang khusyuk...istiqamahlah dalam melakukan setiap ibadah...jangan dikejar pada banyaknya ibadahmu...tapi kejarlah pada sejauh mana engkau dapat merasai "kemanisan" yang benar dalam setiap ibadah itu...satu kali Al-Fatihah yang engkau baca dengan hati yang hidup adalah lebih baik dari seratus kali Al-Fatihah yang engkau baca dengan hati yang lalai...
  • Cintailah ALLAH dan Rasulullah SAW lebih dari kecintaanmu kepada diri sendiri dan seluruh makhluk lainnya...moga diberikan-NYA pencerahan buatmu untuk merasai rahsia dan hakikat yang benar di sebalik kecintaan itu...
Andai umi punya kesempatan lagi, akan umi titipkan lagi beberapa pesan untukmu...

Cuma jika engkau tanyakan umi, apakah harapan umi padamu?

Maka jawabnya, umi cuma harapkan agar engkau mendapat redho ALLAH dalam setiap gerak dan perbuatanmu...tidak penting pada umi apa dan siapa dirimu bila engkau besar kelak (jika dipanjangkan umur)...tetapi yang sangat umi dambakan cumalah redho ALLAH semata-mata padamu nak.....

1 ulasan:

Norhafiza Wahab berkata...

adoi, malunyee... >_< (sambil tutup mata...hehe)