Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Lewat

Aku cuba tumpukan perhatian pada pekerjaan dan rumahtangga. Aku nak elakkan diri mengingati perkara yang melukakan hati di SI. Boleh ke aku berhenti mencari ilmu di situ? Jawapannya TIDAK BOLEH. Pasti juga aku akan log in dalam SI itu untuk menghupdatekan ilmu penyusuan aku. Sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan dunia sekarang. Ia banyak mengajar aku tentang bagaimana menjadi seorang ibu dan isteri. 5 orang anak pun kalau kita tidak mencari ilmu tentang keibubapaan dan penyusuan, kita akan duduk je dalam tempurung tu. Anak seorang tak beerti ilmunya sedikit. Ibubapa sekarang tak sama dengan ibubapa dahulu. Dunia penuh dengan cabaran, aku suka baca posting salah seorang rakan SI iaitu Norhafiza Wahab, penuh berhemah, fakta, pengalaman dan mesti ada keratan dalil-dalil, pendapat alim ulama atau ayat-ayat Al-Quran yang terang lagi jelas. Betul, sekarang ramai ibubapa lebih menumpukan anak-anak mereka kepada ilmu duniawi berbanding ilmu akhirat. Maka di dunia di akhir zaman ini ramailah anak-anak menjadi tuan kepada ibubapanya(kalau salah tolong perbetulkan sebab ingat2 lupa ayatnya). Pagi-pagi dah kene tegur dengan BOS sebab lewat. Kebelakangan ini aku selalu sangat migrane, bila migrane memang aku tak mampu nak bangun, mengepam even nak menyusukan sekalipun. Tapi aku tetap kuatkan semangat. Takkan aku nak bagitau Dr, saya migrane tu sebab saya lewat. Kalau selalu sure heboh aku kene tukar dan memang aku hendak sangat ditukarkan sebab dah bosan duduk kat MOF selama 9 tahun ini. Orang pon dah menyampah kot tengok muka aku. Memang aku tengah berura-ura nak menukarkan diri aku ke tempat baru, cari pengalaman baru agar terbuka sedikit minda aku ni, suka sangat duk bawah tempurung hihihi. Arini Amm outstation, memang sejak dia posting di KL lagi kerap outstation, even balik kerja pon kena pi kerja balik. Kesian ku tengok itu sebab kadang-kadang dia agak tertekan, bila balik aku lak tunjuk muka tension adoii memang ler jadi hangin 1 badan. Aku kena ubah semua itu. Dah ler kat office tak tenang, masuk SI tak tenang takkan kat rumah pon nak gak benda yang sama. Aku kena berubah!

Tiada ulasan: