Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Penyusuan Susu Ibu Harus Diteruskan Semasa Wabak Influenza Khinzir Melanda



Memetik kenyataan media, International Lactation Consultant Association (ILCA), dalam meningkatkan persediaan menghadapi ancaman selsema khinzir, ILCA menggalakkan ibu-ibu, anggota kesihatan dan masyarakat umumnya supaya mempromosi, menyokong dan menggalakkan penyusuan susu ibu, kerana melaluinya, bayi diberi perlindungan melalui antibodi manusia yang sangat berkesan untuk melawan penyakit dan kesakitan.

ILCA juga menyokong saranan Centers for Disease Control and Prevention (CDC), melalui kenyataanya, “Interim Guidance – Pregnant Women and Swine Influenza: Considerations for Clinicians,”. Di dalam kenyataan tersebut, CDC menasihatkan ibu-ibu meneruskan penyusuan di samping pengambilan ubatan antiviral sekiranya dinasihatkan oleh pegawai perubatan. Garis panduan penuh boleh diperolehi di,http://www.cdc.gov/swineflu/clinician_pregnant.htm, di mana ibu menyusu yang mendapat jangkitan virus tersebut boleh mengambil langkah berhati-hati dengan membasuh tangan dan menutup mulut/hidung menggunakan sarung muka (mask). CDC menambah lagi, walaupun pemindahan jangkitn influenza khinzir menerusi susu ibu masih belum diketahui, laporan jangkitan selsema bermusim adalah sangat jarang berlaku.

Menurut Angela Smith, Presiden ILCA, ramai pakar perubatan percaya, apabila simptom selsema dikesan pada seseorang ibu yang menyusu, bayi beliau telahpun terdedah kepada penyakit tersebut. Oleh itu, pemberian antibodi manusia dan memberikan faktor perlindungan lain menerusi penyusuan susu ibu dapat membantu melindungi bayi tersebut. Tambahan pula pemberian susu formula telah diketahui umum boleh meningkatkan risiko mendapat cirit birit dalam kalangan bayi.

Memandangkan vaksin khusus untuk penyakit influenza khinzir masih belum ditemui, penggunaan vaksin selsema yangbiasa digunakan untuk jangkitan selsema bermusim yang biasa digunakan adalah selamat dan disarankan penggunaannya oleh ibu-ibu yang sedang menyusu.

"Kami menyarankan semua anggota kesihatan dan keluarga mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu pada waktu-waktu kecemasan seperti ini atau di masa akan datang" kata Angela Smith. Menurutnya lagi, "Ibu-ibu baru memerlukan maklumat yang tepat dan sokongan untuk terus memberikan perlindungan terbaik terhadap bayi mereka: iatu Susu Ibu."

International Board Certified Lactation Consultants (IBCLCs) adalah anggota kesihatan profesional bertauliah yang memberi fokus dalam membantu ibu-ibu untuk memulakan dan meneruskan penyusuan susu ibu. Untuk membantu ibu-ibu mengenal pasti IBCLC di dalam komuniti mereka, layari laman web ILCA di
www.ilca.org dan gunakan pautan "Find a Lactation Consultant Directory" atau hubungi terus ILCA di ibu pejabat mereka di info@ilca.org atau 919-861-5577.
Petikan asal kenyataan akhbar ILCA, boleh diperolehi di
www.ilca.org.


Ihsan daripada SUSUIBU.com
Posted by mama on 2009/5/2 11:56:59

Tiada ulasan: