Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Susu Ibu dan Susu Botol

Tiada siapa dapat menyangkal bahawa susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. WHO (World Health Organisation) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia sendiri menggalakkan penyusuan ibu.

Bagaimanapun tidak semua ibu memilih untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu. Pada masa ini, banyak pilihan susu dari lembu yang diproses dan dapat memberikan alternatif terbaik dari segi penyerapan dan kandungan zat-zat yang diperlukan.

Di bawah ini adalah beberapa isu yang perlu diteliti untuk membantu anda memilih yang mana satu sesuai untuk anda.


Penyusuan sendiri

  • Meningkatkan perhubungan bayi dan ibu dengan sentuhan kulit-kulit yang kerap
  • Menentang jangkitan. Antibodi yang didapati dari susu ibu membantu bayi menentang beberapa penyakit seperti jangkitan kuman di bahagian telinga, alahan, batuk, batuk disebabkan pneumonia dan pelbagai masalah pernafasan yang lain. Secara keseluruhannya, bayi yang disusukan sendiri oleh ibunya mengalami jangkitan yang lebih rendah berbanding bayi yang disusu dengan susu formula.

  • Pencernaan yang baik. Enzim dan bahan-bahan lain di dalam susu ibu memudahkan proses pencernaan dan membantu di dalam penyerapan zat-zat makanan. Susu formula kini semakin canggih dan dapat meniru susu ibu tetapi ada beberapa bahan di dalam susu ibu yang terlalu kompleks dan tidak dapat dibuat di makmal dan ada juga yang belum dapat dikenalpasti.

  • Murah. Ia tidak melibatkan kos tetapi ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil 500 kalori lebih daripada ibu biasa setiap hari.

  • Menghalang kegemukan. Kajian terbaru mendapati penyusuan ibu dapat menghalang bayi dan budak menjadi gemuk (childhood obesity).

  • Tidak mengandungi kuman. Ini berbeza dengan botol yang mungkin mengandungi kuman jika tidak disteril dengan baik.

  • Suhu susu adalah pada paras yang ideal.

  • Bagaimanapun, untuk kes-kes tertentu seperti ibu yang mengalami penyakit AIDS atau hepatitis, atau menjalani kemoterapi, dsb tidak dinasihatkan untuk menyusukan bayi. Ini kerana ada ubat-ubatan yang digunakan akan dikeluarkan dalam susu dan memberikan kesan buruk kepada bayi tersebut. (Sila rujuk dengan doktor anda)

  • Ibu perlu mengurangkan pengambilan minuman berkaffein seperti kopi, nescafe, dsb. Ibu disyirkan mengambil minuman berkaffein dalam kuantiti kurang daripada 300mg setiap hari (bersamaan dengan tiga cawan kopi)

  • Perlu selalu memberi minum. Selalunya bayi yang menyusu badan perlu minum dengan lebih kerap.
  • Sukar melakukan aktiviti lain seperti bekerja, dsb. Bayi juga perlu sentiasa bersama dengan ibunya dan tidak boleh berenggang, contohnya ditinggalkan di rumah saudara.


Penyusuan formula


  • Mudah. Ia boleh dilakukan oleh semua orang - ibu, bapa atau pembantu.
  • Lebih fleksibel di mana ibu boleh melakukan kerja-kerja lain
  • Kurang antibodi. TIDAK ADA SATUPUN ANTIBODI YANG DIDAPATI DI DALAM SUSU IBU ADA DI DALAM SUSU FORMULA. Oleh itu daya tahan sakit bayi yang disusu formula ini tidak kuat berbanding dengan bayi yang disusu badan.
  • Mahal. Di samping harga susu, ibu juga perlu membeli barangan lain seperti botol, pengepam susu (breast pump) dsb.
  • Mungkin ada bakteria jika tidak dibasuh dan di steril dengan baik
  • Lambat. Ia perlu disiapkan dahulu atau di suamkan (sekiranya telah diperah dan diletak di dalam peti ais) sebelum diberi kepada bayi.
  • Mungkin menyebabkan masalah angin dan sembelit.

  • Komen Pembaca:

    Terima kasih di atas artikel yang bertajuk 'Susu Ibu dan Susu Botol'. Informasi yang ditulis dapat memberikan ibu membuat pilihan dengan minda yg terbuka, samada untuk memilih susu ibu atau susu formula. Tetapi, saya kurang setuju dengan beberapa kenyataan di dalam artikel ini:

    1. Sukar melakukan aktiviti lain seperti bekerja; seperti yang kita tahu, kini terdapat pelbagai jenis 'breast pump' di pasaran yang boleh digunakan untuk memerah susu ibu di tempat kerja. Susu ini boleh disimpan di dalam peti sejuk dan diberikan kepada bayi pada keesokan harinya. Jadi tidak timbul masalah sukar bekerja bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu.

    2. Penyusuan formula: 'kurang antibodi'. Sepatutnya ditulis 'tiada antibodi', kerana kenyataan ini lebih tepat.

    3. Penyusuan formula: 'Mahal. Di samping harga susu, ibu juga perlu membeli barangan lain seperti botol, pengepam susu (breast pump) dsb'

    Bagi susu formula, breast pump tidak diperlukan.

    Sekian, diharap mendapat maklumbalas yang positif dari pihak tuan.


    Terima kasih.

    Yang benar,
    Dr. Nazatul Shiha Bachtiar,
    Pensyarah,
    Jabatan Fisiologi,
    Fakulti Perubatan,
    Universiti Malaya.



    Entah macamana ketika ku masuk satu laman portal ini ku baca artikel mengenai penyusuan susu ibu dan susu botol, sungguh ku BANGKANG. Apa komen anda? Ku tahu itu pasti komen dari kak Shiha kita. Aku tak setuju dengan fakta pasal penyusuan susu ibu nampak macam menyusahkan, andaikata ibu-ibu baru yang baca tentulah mereka akan berkata menyusu adalah menyusahkan sedangkan berapa ramai wanita bekerja yang dah berjaya menyusukan anak mereka.



    Breastfeed + Bottlefeed EBM (express breastmilk)

    Ini yang ku copy paste posting dari webmaster SI.com iaitu Puan Kamariah a.k.a mama

    Re: Breastfeed + Bottlefeed EBM

    Tynee,
    Penyusuan susu ibu adalah satu jenis pekerjaan. Ianya bukan mudah, terutama sekali apabila keadaan sekeliling tidak menyokong sepenuhnya hasrat kita dan tidak boleh menerima hakikat bahawa ianya satu jenis pekerjaan yang harus dihargai.

    Pada pandangan umum penyusuan susu ibu hanyalah mengenai memberi susu ibu. Ini mungkin disebabkan oleh terma dalam bahasa kita di mana 'penyusuan susu formula' bermakna memberi susu formula. Ini mungkin menyebabkan ramai orang tersalah anggap tentang penyusuan susu ibu juga,iaitu hanya memberi susu ibu dan tidak mementingkan kaedah pemberiannya.

    Jika kita perhatikan terma dalam bahasa Inggeris pula, perkataan 'Breastfeeding' digunakan. Ini bermakna ianya adalah penyusuan di payudara ibu. Dengan mudah orang akan memahami bahawa penyusuan tersebut menitik beratkan tentang kaedah penyusuannya iaitu bayi perlu menghisap dari payudara ibu untuk mendapatkan susunya.

    Kekeliruan ini telah menyebabkan masyarakat kita beranggapan 'its ok' kalau kita hanya memberikan susu ibu melalui botol, yang penting ianya adalah susu ibu. Memang tidak dinafikan, 'its ok', tetapi ianya harus berbekalkan kefahaman bahawa tindakan itu mempunyai risiko. Penggunaan botol tetap mengandungi risiko kontaminasi atau risiko bahan plastik pada botol, walaupun kandungannya adalah susu ibu. Namun, jika dibandingkan dengan susu formula, tentulah jika susu ibu kandungannya, ianya adalah jauh lebih baik.

    Penyusuan pada payudara mempunyai banyak kelebihan. Selain dari ianya steril, ia juga kekal pada suhu yang betul dan boleh terus diminum. Sangat mudah untuk diselenggara (hanya selak baju dan suakan kepada anak). Selain itu, disebabkan posisi bayi semasa menyusu di payudara, sentuhan kulit ke kulit berlaku secara maksimum dan menambah lebih banyak kebaikan iaitu, talian antara ibu dan anak dapat ditingkatkan.

    Kebanyakan ibu yang berpeluang untuk melalui penyusuan terus dari payudara sepenuhnya dapat merasai nikmat yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata. Disebabkan oleh hubungan antara ibu dan anak ini berlangsung sungguh intim, pembangungan emosi bayi juga biasanya adalah lebih baik. Bayi seperti ini biasanya didapati lebih berkeyakinan dan tenang, kerana kebanyakan dari keperluan dan permintaannya telah dipenuhi oleh ibunya sejak dari kecil lagi.

    Ini semua boleh berlaku asalkan kita memberi peluang proses ini berjalan secara tabii dan indah. Harungi setiap detik bersama bayi dengan penuh kasih sayang kerana memang itu yang dibutuhkan oleh seorang anak pada peringkat ini.

    Saya harap Tynee timbang-timbangkan semula hasrat Tynee itu. Cuba bawa berbincang bersama suami mengenai hasrat Tynee. Mungkin dia mempunyai pandangan yang berbeza. Selepas semuanya diambil kira, barulah buat keputusan. Saya harap Tynee memperoleh kebahagian dan ketenangan dalam proses membesarkan kedua-dua anak ini. Ingatlah, semasa mereka masih kecil, selagi ada peluang untuk bersama dengan mereka dan yang paling penting, selagi mereka masih memerlukan kita, hargailah setiap detik tersebut. Wallahua'lam.


    Sungguh indah kata-kata yang ku petik dari posting mama. Penyusuan bukan sekadar menyusu tetapi sebenarnya kita dapat merasai satu perasaan istimewa antara ibu dan anak dan perasaan ini bukanlah kita dapat selamanya...bila anak itu besar mana mungkin kita akan rasa kenikmatan mendakap, mencium, membelai anak itu...Oleh itu ambillah peluang itu untuk dimanfaatkan bersama ibu dan anak dan juga EP's ku tetap ucapkan TAHNIAH kerana mereka gigih untuk memberikan yang terbaik walau menghadapi banyak kesusahan dan kesukaran untuk memberikan yang terbaik pada anak-anak kita.

    Formula Milk + Breastmilk

    Can I mix breast milk and formula?

    Expert Answers

    Jan Barger, lactation consultant
    While there's nothing wrong with mixing breast milk and formula in the same container, it's not recommended simply because you don't want to waste a single drop of your precious breast milk. Formula from a bottle that your baby has drunk from must be discarded within an hour of preparation. Breast milk, on the other hand, will "keep," refrigerated, for a number of hours in a bottle that's been fed.

    So, for example, if you mix 2 ounces of expressed breast milk with 2 ounces of formula, and your baby only drinks 2 ounces altogether, you'll have to throw the leftovers out, wasting some of the breast milk. To avoid this kind of waste, a good plan is to feed your baby whatever breast milk you've expressed, and then follow that up with couple of ounces of formula if you need it.

    Some mothers mix powdered formula with their breast milk in order to increase the calories their baby gets during a feeding. Please do not do this! Not only does it change the composition of the breast milk, but the micronutrients in the formula will become so much more concentrated that it can be very hard on your baby's immature kidneys. Always follow the exact directions on the can of powdered or concentrated formula, and never mix formula with anything but distilled water.

    Pada pandangan aku yang tidak mahir berbahasa Inggeris ni...susu ibu adalah susu manusia yang lengkap segala nutrisi di dalamnya dan tidak boleh ditandingi oleh susu formula itu sendiri. Walau banyak pengeluar susu formula mengatakan susu mereka lebih baik dan menyerupai kandungan susu ibu itu adalah SALAH sama sekali. Ciptaan ALLAH takkan sama dengan ciptaan manusia. Bagi aku sedangkan untuk mengendalikan susu ibu ini amatlah rumit tapi sebenarnya ia senang...kerana hanya menggoncangkan sahaja kita boleh merosakkan/merubah komposisi itu sendiri apatah lagi untuk mencampurkan dengan susu formula..so apa khasiat yang kita dapat?? Sebenarnya bayi tidak tahu apa-apa kalau di ajar minum susu ibu maka ia hanya tahu susu ibu sahaja kalau kita dah campur2kan susu formula dan susu ibu tentulah bayi itu boleh buat pilihan tapi apa pon terpulanglah pada ibu-ibu di luar sana untuk buat yang terbaik pada anak-anak kalians....

    Alhamdulillah...susuku kembali meriah...

    Alhamdulillah.....Ya Allah terima kaseh kerana permudahkan perjalanan penyusuanku hampir 6 bulan lebih ini. Sejak aku demam hampir 3 hari memang susu ku terjejas teruk gara-gara aku menum ubat batuk yang menyebabkan susu ku merundum. Kelam-kabut ku cari info apakah masalah aku, mengepam bagai nak rak kabinet, makan bermacam-macam(sebenarnya aku ni malas nak makan/menum untuk tambah susu) dan akhirnya aku buat keputusan untuk try FENUGREEK.

    Dengan izin Allah susu ku keluar dengan meriahnya lain dari hari-hari biasa sebelum ini. Dulu setiap sesi mengepam aku akan dpt 5oz, 4oz seterusnya 3oz tapi sejak semalam aku maintain dapat 4.9oz-5oz dan paling terkejut pagi tadi aku boleh cecah 6oz!!! Lagipun Aisyah dah mula makan so memang dia mula slow menyusu maknanya sekarang aku bekalkan Aisyah 3.5ozX6botol memang ngam-ngam habis time aku amek dia dari nurseri. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui bahawa aku telah kekurangan stok frozen. Sekarang aku mampu buat stok frozen semula...tak kesahlah...walau sikit tapi mesti ADA 1 lebih ku buat stok frozen.

    Terima kasih Ya ALLAH kerana permudahkan urusan penyusuan ku....dan aku berdoa juga agar pengasuh Aisyah dibukakan pintu hatinya untuk menjaga anak ku dengan baik dan sentiasa dilindungi dari segi kesihatan dan keselamatan.....AMIN....

    Ucapan ini khas ku tujukan buat Kak Haslina a.k.a Rashliana5 kerana dia banyak memberi ku kata2 semangat dan dorongan...setiap kali aku bermasalah pasti dialah tempat aku mengadu. Itulah kelebihan rakan dari SUSUIBU...sama2 membantu walau pertama kali bertemu.....SYUKRAN Ya ALLAH!!

    Citer Sedih di Nurseri Si Comel...

    Patutlah seminggu 2 ini ku rasa hati ku tak sedap bila hantar anak-anak ke nurseri rupanya ada sesuatu yang berlaku. Hal ini terbongkar bila ku ajak Teacher A untuk menjaga anak-anak ku last weekend. Aku terlibat dengan game di Bahagian aku dan suami ku pula outstation dari 8/8/2009 sehingga 19/8/2009 ini. Memang sedeh sebab aku dan anak-anak sering ditinggalkan tapi apakan daya suami seorang tentera hendak atau tidak aku terpaksa lalui kehidupan sebegitu. Aku TERPAKSA mengupah Teacher A untuk menjaga anak-anak ku. Sejam ku bayar rm10....lumayan ku rasa. Teacher A adalah teacher baru bagi anak ku Aisyah (6bulan). Walaupun dia baru sebulan menjaga anakku so far aku puas hati sebab dia mudah di ajar dan mudah faham bagaimana nak handle EBM. Ini antara beberapa cerita yang terbongkar di nurseri si COMEL itu....

    1.Aisyah penah dibiarkan menangis berjam, tidak diberi susu hingga kekembungan. Katanya Aisyah adalah kategori "bayi yang bermasalah" sebab letak lama sikit nangis hendak berdukung. Dulu ku bekalkan EBM Aisyah 3ozX6botol dan pernah beberapa hari dia hanya menum 3 botol sahaja dan ku ingatkan Aisyah kena nursing strike rupanya Teacher dia yang nursing strike...

    2. Teacher-teacher tidak suka jaga Aisyah sebab Aisyah minum EBM. Leceh nak jaga EBM dan aku pula di COP ibu yang cerewet...

    3. Aisyah pernah juga diberi minum tak sampai 2 jam dan pernah juga kekembungan sebab terlalu banyak menum. Ku ingat dia kena growth spurt tapi rupanya Teacher dia yang kene growth spurt...

    4. Aisyah sering dimarahi kerana dia kuat berak. Ermmm....apalah naseb anak ku ini

    5. Anis tidak berapa di hiraukan sangat sebab katanya Anis kurang comel dan hitam. Teacher2 di situ lebih suka kanak2 yang comel, puteh, gebu dan sebagainya.

    6. Pernah masa ku ambil Aisyah...pampers Aisyah sudah lembik sbb najis terlalu lama hingga timbul ruam. Aku juga dikondem kerana memakaikan Aisyah CD katanya aku pengotor sebab CD tu yang ada najis diperap di dalam beg

    7. Teacher yang jaga Aisyah sebelum ini amat baik pada ku rupanya dia adalah TALAM 2 MUKA....depan aku semua kelihatan sempurna tapi dibelakang aku dibuatnya Aisyah...patutlah tiap kali ku amek Aisyah dari nurseri suara dia serak..rupanya dia menangis lama di nurseri...

    Sebenarnya banyak lagi penderaan Teacher2 si Comel lakukan kepada anak-anak ku tapi ku sebak nak cerita. Apa yang mampu ku lakukan ialah berdoa agar anak-anak ku sentiasa di lindungi oleh Allah keselamatan dan kesihatan mereka semasa ketiadaan aku. Aku sedang berusaha untuk menukarkan anak-anak ku ke nurseri yang lebih selamat tapi sehingga kini 2 nurseri dah reject...dorang taknak amek baby...takkan aku nak asingkan kakak dan adik...diorang tu rapat...tak sanggup aku nak hantar asing2 lagipun susah nak hantar 2 nurseri sure aku akan lambat ke pejabat...

    Itu PORTAL sudah jadi caca marba

    Meluat! Nasib baik website yang aku sayang tu bukan website aku, kalau aku yang punya mmg aku ban ID orang yang menyalahgunakannya. Kalau iyer pun kita ni ibu-ibu orang yang baik hati, suka tolong-menolong tapi janganlah sampai orang buat tak tentu hala kat portal tu dibiarkan sahaja. Untuk apa portal itu dibangunkan, untuk memberi ilmu kan, takkan itu pon tak reti-reti. Itulah orang Melayu, terlalu baik hati sampai kita ni dijajah dan diperkotak-katikkan. Baik hati tu biarlah bertempat...nak menolong pun jangan sampai dorang MALAS nak menggali/mencari ilmu di dalam portal tu. Aku pun orang baru gak dulu aku pon suka posting citer bodo-bodo contoh citer pasal Aisyah meragam taknak nenen, citer nipple sakit...halamak itu citer stereotype beb! Citer tak membangun camner orang nak tolong. Itu takper le juga ini nak jual baju raya le, kasot raya ler, nak let go barang ler (ITU KEJE AKU LE TU NAK LET GO BARANG) hahaha. Yang kelakau orang yang MENEGOR kene tembak balik entah hape hape tah. Sekarang aku memang dah malas nak nolong orang bermasalah lam tu..biOr ler...belajar ler godek ilmu. Tak kesah le ibu tu bekerja ke. tak berkerja ke. high education ke, low education ker tapi kalau dah PEMALAS...tak ke mana pun. Kalau tak caya tengoklah PORTAL tu skrg dah jadi aper...jadi CACA MARBA buat malu jer nak rekemen kat orang suh baca sbb banyak citer pasal itik, ayam berlaga, citer suami curang, adik curang, pasal belacan dan etc kah kah. Hape hape ajerlah...nak saman aku..samanlah...huhuhu

    Kisah Bidaah H1N1:Bhg 3

    Ku harap paparan ini dapat membuka mata serba-sedikit kaum ibubapa tentang betapa berkhasiatnya SUSU IBU di kala kita menghadapi wabak H1N1 ini. Maklumat ini ku petik dari blog En. Zaidi Ali, penulis tersebut.

    Mukadimah

    Lahir sahaja seorang bayi di mukabumi ini, bahan pertama yang masuk ke dalam tubuhnya ialah susu ibu. Setiap ibu yang melahirkan akan dikurniakan susu ibu, sejenis zat ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana. Apa yang ada pada susu ibu sehinggakan setiap ibu manusia dan setiap ibu haiwan mamalia pun dikurniakan susu?

    Bahan ke-2 yang masuk ke dalam tubuh bayi ialah vaksin (imunisasi bayi) sebaik sahaja lahir yang "diwajibkan" oleh WHO dan doktor-doktor yang diasuh mereka. Saya akan kembali kepada bab vaksin bayi ini di akhir entri.

    Kita sudah lihat bagaimana anak lembu baru lahir terjelepuk (tidak mampu bangun) akan bangun sebaik sahaja menetek susu awal lembu. Ramai saintis yang mensyukuri susu awal lembu telah memformulasi susu awal lembu secara komersil.

    Sebenarnya selain zat nutrien yang ada pada susu ibu (tak kiralah ibu manusia atau ibu haiwan mamalia) terdapat sesuatu yang lebih penting iaitu antigen melawan penyakit.


    Maklumat Genetik Penyakit Manusia

    Bayi yang baru dilahirkan bersifat suci dari pencemaran kimia, bakteria dan virus. Antibodi yang ada pada bayi hanyalah cukup untuk melawan kuman di dalam rahim. Antibodi untuk melawan penyakit-penyakit lain sudah dibekalkan tetapi belum diaktifkan.

    Susu yang dipindahkan dari ibu kepada bayinya yang baru lahir mengandungi beberapa maklumat genetik (selain zat nutrien):-

    Maklumat genetik mengenai penyakit-penyakit manusia yang pernah menyerang ibunya.
    Virus dan bakteria "bergenetik manusia" yang dilemahkan oleh Tuhan supaya antibodi bayi dirangsang secara perlahan dan lengkap pada 2 tahun (tempoh 'confinement' bayi)
    Antigen-antigen baru dari penyakit-penyakit manusia yang menyerang ibu dalam tempoh penyusuan (2 tahun).

    Ketiga-tiga perpindahan maklumat diatas semuanya berasaskan genetik ibu yang berspesis manusia. Ini bermakna bahawa Tuhan telah mejadikan susu ibu "laku" dalam tempoh 2 tahun. Sekiranya penyusuan susu ibu diamalkan oleh setiap ibu di dunia, maka sepanjang tempoh 2 tahun, susu tepung (dari susu lembu) "tidak laku" kerana ianya hanya memindahkan maklumat genetik seekor lembu! Sedangkan bayi memerlukan maklumat genetik seorang manusia untuk "immune" kepada penyakit-penyakit dari spesis manusia. Virus dan bakteria pembawa penyakit dari spesis selain manusia dijadikan Tuhan supaya tidak menyerang manusia. Kutu lembu dan kutu kucing tidak dapat hidup atas kepala manusia, begitu jua dengan virus babi.


    Konspirasi Susu Bayi

    Tiada apa yang ada pada susu lembu kecuali protein, multi-vitamin dan rantaian genetik. Protein dan multi-vitamin perlu bagi perkembangan sel dan otak. Susu ibu juga ada protein dan multi-vitamin, kenapa pula bayi perlukannya dari lembu? Saya tidak bersetuju bayi menyusui susu lembu. Susu lembu dijadikan Tuhan untuk manusia dewasa dan bukannya untuk bayi.

    Masalahnya ialah pengambilan susu lembu yang berterusan (selama 2 tahun) akan memindahkan sekali virus dan antigen dari lembu kepada bayi yang masih lemah antibodinya. Virus lembu ini tidak sesuai untuk menjangkiti tubuh bayi yang suci kerana kunci genetik manusia dan lembu tidak sama. Antigen yang datang dari susu lembu pula bertindak sebagai antiviral (mangga) untuk menangkis virus lembu (kunci). Maka bayi tidak mengidap sebarang penyakit yang berasal dari spesis lembu selagi virus dari lembu tidak bermutasi. Susu lembu pun dapat "laku" menjadikan susu ibu manusia "tidak laku". Ibu yang terpengaruh dengan konspirasi kapitalis penternak lembu dan pengilang susu lembu pun terpaksa berbelanja lebih membeli susu lembu sedangkan susu ibu adalah yang terbaik! Tahniah kepada ibu-ibu yang telah menyumbangkan kekayaan kepada taukeh lembu dan taukeh kilang susu. Susu bayi pun harganya lebih "istimewa" berbanding harga susu kanak-kanak meningkat dewasa. Sedarlah bahawa ini semua konspirasi manusia kapitalis barat yang hendak merosakkan dunia.

    Mereka terlepas pandang (atau sengaja buat tak tahu?) bahawa virus dari lembu ini akan bermutasi menjadi bahaya kepada bayi tersebut tersebut apabila umurnya meningkat dewasa. Saya berani membidaahkan bahawa seseorang bayi yang tidak pernah mengambil susu lembu tidak akan dijangkiti penyakit-penyakit yang virusnya hanya menyerang lembu seperti Bovine Leukemia Virus (BLV), klik SINI dan klik SINI.

    Virus BLV ini boleh menyebabkan leukemia dan barah payudara pada manusia dewasa. Kos perawatan leukemia dan barah payudara juga antara kos perawatan yang paling tinggi! Manusia masih beruntung kerana Penyakit Lembu Gila yang menyerang manusia disebabkan oleh spora (kulat) dari lembu dan bukannya oleh virus dari lembu. Siapakah yang lebih beruntung selain penternak lembu dan pengilang susu lembu?

    Kita juga boleh buat eksperimen. Anak sulung kita susui dengan susu ibu semenjak lahir sehingga berumur 2 tahun. Anak kedua (mesti sama jantina dengan anak sulung) disusui susu lembu semenjak lahir sehingga berumur 2 tahun. Kita boleh nampak perbezaan tahap kesihatan mereka sehingga dewasa. Anak mana yang lebih mudah dihinggapi penyakit? Ujikaji ini tidak digalakkan kerana tidak adil bagi anak-anak kita. Ada sesiapa yang berani membuat eksperimen ke-2? Seorang diberi vaksin dan seorang lagi diharamkan vaksin ketika lahir? WHO mempunyai statistiknya.


    Konspirasi Imunisasi Bayi

    Sekarang saya kembali kepada imunisasi (vaksinasi) bayi. Bayi yang baru lahir "wajib" diberi suntikan. Bahan ke-2 yang masuk ke tubuh bayi selepas susu ibu ialah vaksin.
    "Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan."-KKM

    Kenyataan di atas dipetik dari Situs ini.

    Rujuk jadual pada weblink di atas. Terdapat 10 jenis vaksin yang mengandungi virus dan bakteria yang "dilemahkan". Saya cabar mana-mana doktor yang berani mempertaruhkan kariernya mengatakan bahawa "virus dan bakteria yang "dilemahkan" ini tidak boleh mereplikasi dan bermutasi".

    Kematian terbaru akibat H1N1 melibatkan bayi berumur 3 bulan (telah di beri vaksin semenjak lahir). Saya tidak hairan kenapa bayi tersebut dijangkiti H1N1 dan meninggal dunia sebab komplikasi, walaupun bayi tersebut tidak pernah memakan zat-zat genetik babi yang haram! Ketika umur bayi tersebut, 8 dos virus telah masuk ke tubuhnya! Rujuk jadual ke dua. Sekiranya bayi yang menjadi mangsa H1N1 tersebut tidak pernah mengambil sebarang vaksin (virus), barulah saya hairan kenapa virus H1N1 boleh menyerangnya!

    Adakah susu lembu tepung untuk bayi dan imunisasi untuk bayi merupakan konspirasi dajjal untuk memusnahkan manusia di samping menguntungkan penternak lembu, pengilang susu lembu dan yang paling untung ialah pengeluar dadah kimia, vaksin dan antiviral? Cuba kira berapa banyak wang yang telah kita belanjakan untuk membeli ubat selsema, ubat batuk, antibiotik dalam setahun? Ini tidak termasuk lagi kos rawatan penyakit kronik (na 'udzubillah) seperti barah, jantung, buah pinggang, asthma, leukemia dan selsema babi.

    Sebelum tahun 1800, adakah penyakit-penyakit kronik seperti sekarang? Mungkinkah manusia telah dibiakkan virus H1N1 semenjak ia lahir lagi dan menunggu sejenis makanan lain yang akan memetik suis mutasinya? French fries? Adakah penciptaan vaksin dan susu tepung merupakan konspirasi dajjal untuk melawan hukum kejadian Tuhan. Adakah mereka mahu mencabar Tuhan dengan menggantikan antigen asal manusia dengan antigen berasaskan babi? Berapa ramai tok nenek kita dahulu (yang tak pernah disuntik) boleh hidup sampai 100 tahun?

    Pengharaman imunisasi bayi dan penggunaan antiviral akan menyebabkan kapitalis-kapitalis dajjal yang berselindung di sebalik WHO ini gulung tikar! Pilihan di tangan anda. Semoga bahan-bahan asing sebegini cepat hilang dari tubuh kita.

    Firman Tuhan yang bermaksud,

    "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (QS. al-Baqarah 2:233)

    "Hendaklah" pada baris awal ayat di atas merupakan suatu perintah Tuhan supaya ibu menyusu bayi baru lahir sehingga umur bayi 2 tahun. "Menderita kesengsaraan" bermakna ketidaksanggupan ibu menahan menyusui anaknya. "Menyapih" bermakna menyusu dari susu lembu. Bahawa ibu dibenarkan memberi susu lembu kepada anaknya lebih awal (sebelum bayi berumur 2 tahun) dan tidak ini berdosa selagi si ayah dan si ibu sama-sama bersetuju. Perintah ini cukup kuat untuk memfatwakan bahawa menyusui susu ibu begitu hampir kepada 'wajib' dan menyusui bayi dengan susu lembu itu 'makruh' atau tidak berdosa.

    Sekianlah bidaah kali ini. Harap jangan percaya KECUALI ayat nyata kalimah Tuhan di atas saja (tulisan berwarna hijau) yang wajib kita percaya. Tulisan yang berwarna biru tu nak percaya?

    Penambah Susu

    Halba ini kita boleh temui di dalam nasi dagang dan juga di dalam kari
    Susu soya ini yang selalu ku minum...memang sedap kadang-kala aku boleh meratah camtu je
    Fenugreek ini ku baru nak cuba tapi apa yang aku baca ia banyak membantu untuk memperbanyakkan susu

    Ini semua ku makan/minum untuk menambahkan pengeluaran susu ku tapi harus di ingat kalau takat makan/minum tetapi tidak mengepam, anak tidak menyusu outputnya tetap SAMA je. Semua ini bergantung kepada tuan punya badan bukan hari ini makan hari ini kita dah nampak hasilnya. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukannya yang penting kita kene berusaha. Bagi aku....aku lebih suka menambahkan susu ku dengan cara yang tidak merbahayakan diri ku dan anak ku...sebolehnya ku elak untuk mengambil pil2 atau suntikan yang memberi kesan tidak elok kepada diri ku sendiri....Insyaallah...


    Perjuangan Yang Belum Selesai

    Sejak demam susu ku makin segan nak keluaQ....orang utara kata segan tu MALAS. Itulah masa susu rajin nak keluaQ aku segan nak mengepam laaa ni tengok apa dah jadi....susu pon dah segan nak kuaQ. Walau susu ku dah menunjukkan tanda-tanda merundum tapi aku maseh boleh lagi mengsupply fresh breastmilk at least 3ozX4botol itupun aku duk mengepam lama sampai sakit-sakit nipple ni. Kelemahan aku ialah aku mudah terbawa-bawa perasaan sedih dah ini menjejaskan pengeluaran susu aku. Aku baru je melepasi tahap 6 bulan pertama takkan aku dah nak give up. Ishhh semalam aku dah terbayang nak bagi susu formula apa kat Aisyah kalau susu aku still berkeadaan begini....Astagfirullahalazim.....cepat aje aku berpikiran NEGATIF. Aku tak sanggup nak bagi Aisyah formula. Mungkin ibu yang tak fully breastfeeding takkan paham situasi aku dan aku tak salahkan mereka. Ada yang mengatakan aku OBSES dalam menjayakan misi Penyusuan 2 Tahun ini...bukan kerja mudah dan bukan aku obses...bukan bukan...tanyalah ibu2 yang mempunyai situasi sama seperti aku. Kami bukan OBSES cuma kami ingin buat yang terbaik untuk anak-anak kami. Anak yang minum FM+susu ibu dan anak yang fully susu ibu tak sama situasinya. Kami, yang memberikan anak kami sepenuhnya SUSU IBU kadang-kala menjadi cemas, gelisah, susah hati, tense, stress bila susu merundum sebab anak kami hanya minum SUSU IBU sepanjang hari. Bila KAMI, ibu, memilih jalan untuk memberikan SUSU IBU kami tahu bahawa jalan bukannya mudah...berliku-liku, bersegi-segi dugaan dan cabarannya. Kami, ibu yang menyusukan anak kami dengan SUSU IBU sanggup berbuat apa sahaja untuk memberi anak kami tidak putus menyusu sehingga kami sanggup mengepam tak kira tempat, masa dan walau diri kami sendiri sakit tapi kerana ANAK kami harungi semua itu. Susu Formula bukan jalan penyelesaiannya...percayalah....setiap titis susu yang kami keluarkan pasti Allah akan berikan ganjarannya....SUSU IBU adalah HAK anak dan janganlah kita tahan HAK itu......

    p/s: Tetiba rasa bersemangat baca posting sendiri.....

    .....

    Frust, down, blur, lost.......


    Anis dan Aisyah adalah penguat semangat Mama......
    ...

    ILI dan H1N1

    Ini ku copy paste dari rakan SI.com untuk dikongsi bersama...

    Re: Macam mana jika H1N1 berjangkit dengan bayi?
    Memang betul ibu-ibu semua,

    Wabak H1N1 sekarang ni mmg membimbangkan terutama kalau kita pergi klinik/hospital ramainya orang tak sihat...Semalam HB sy kena asthma attack, gi Hospital Serdang pukul 11.30 malam, masya-Allah ramainya orang...
    Tapi kalau tengok kat luar, berjalan kat jalan TAR, orang ramai macam still relax jer...yang pakai mask blh bilang ngan jari....

    Ini saya dapat dari laman web KKM:

    1. Mereka yang sakit perlu mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Jika perkara ini tidak dipatuhi mereka boleh menjadi sumber jangkitan kepada orang awam. Mereka yang mepunyai gejala jangkitan influenza-like illness (ILI) perlu berehat dirumah dan memakai topeng muka apabila perlu berdekatan dengan orang lain bagi mengelak penularan jangkitan serta perlu memantau tanda-tanda keterukan atau komplikasi akibat dari jangkitan ILI supaya rawatan cepat diperolehi.

    2.Ujian influenza A(H1N1) kepada semua jangkitan ILI tidak perlu memandangkan buat masa ini 95% jangkitan ILI ini disebabkan oleh influenza A(H1N1). Ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital. Ujian ’rapid test’ influenza A(H1N1) adalah tidak digalakkan.

    Ini Maknanye jika kita/ahli keluarga tidak sihat tapi tak teruk maknanya takde sesak nafas, demam terlampau panas (more than 38), kita kurantin diri kita sendiri di rumah dan buat pemantauan sendiri. Jika hendak keluar rumah pakai mask.

    Lagi satu ujian throat swab(calitan tekak) tidak lagi dibuat sebagai screening kerana terlampau ramai orang yang tidak sihat. Jika semua kes dibuat throat swab, tak terkejar kakitangan di klinik/hospital nak buat. Di samping itu juga reagen yang ada di makmal-makmal juga nanti kehabisan.

    Harap info ini dapat melegakan hati ibu-ibu semua dan mengambil langkah sewajarnya. Jangan pergi ke tempat crowded pa-apa function, karnival etc buat masa sekarang...

    Lagi satu jgn tertipu dengan klinik yang iklankan vaccination H1N1 kerana vaccine itu still not available di Malaysia. Yang diiklankan itu adalah seasonal flu vaccination yang tak cover H1N1 pun.

    Lagi...

    Below is the email that i got today:
    High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

    Beginner stage
    Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

    Second Stage
    Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or
    breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang
    dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru
    dia org admitted.macam kes adik I.

    Critical
    Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary
    bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very
    high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why
    kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need
    oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu
    tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih
    baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh
    tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap
    pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that
    dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok
    sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

    Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most
    of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi
    private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with
    other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak
    selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So
    far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick
    action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap
    work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

    Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah

    Demam

    Dah 2 hari aku tak berblogging disebabkan demam....rasa takde mood nak menaip. Pagi-pagi dah kena marah masa antar Anis dan Aisyah kat nursery. Memang salah aku sebab blocking kereta dia tapi aku block pun tak sampai 5 minit. Aku minta maaf pun dia tetap maki-hamun aku, aku diam ajelah sebab aku masih tak sehat lagi kalau ikotkan hati aku calarkan terus kete mahal dia tu. Kedua pula entah macamana semasa aku nak reverse kereta nak masuk parking aku tertekan minyak..aku ingatkan aku tekan brek rupanya aku tekan salah pedal apa lagi terus melompat le kereta aku nyaris nak langgar kereta orang menjerit aku dalam kereta. Entah aperlah nasib aku hari ini buat semua serba tak kena......

    p/s: Abaikan entri ini jika ia kelihatan merapu dan merepek-tepek. Tujuan BLOG ini ditubuhkan untuk menceritakan tentang ilmu breastfeeding dan parenting HAHAHAHAHAHA

    Aisyah macam tak minat makan...

    Walaupun ku ini dah beranak 2 tapi ilmu mengenai parenting ku mmg cetek iyerlah masa anak pertama 100% ku ikut kata pengasuh dan Emakku tapi ku takdelah menyalahkan mereka sepatutnya aku kene well prepared bila aku dah memasuki alam perkahwinan bukan sekadar berkahwin tapi dalam dada ini kene isikan segala ilmu mengenai menjadi isteri yang solehah, ibu yang mithali (boleh ke?) dan sebagainya. Inilah...bila zero knowledge macam-macam kesilapan akan berlaku pada anak pertama....Anis...Mama minta maaf sebab tak dapat buat yang terbaik, walau bagaimanapun Anis tetap anak Mama yang terbaik!
    Semalam ku buat 3 macam hidangan tapi Aisyah reject. Puri pisang dia reject, bubur nasi pun dia reject mungkin aku ter rajin buat banyak dan hari ini aku cuma buat 1 hidangan sahaja. Bubur nasi+bayam+carrot. Entahlah...untuk 2 hari ini ku lihat Aisyah semacam tidak berminat dengan makanan walaupun ia beria-ia mulutnya cap cap mengunyah mungkin dia hendak meniru je kot. Mana tahu Allah suruh aku breastfeed Aisyah dengan sempurna genap 2 tahun...ish...kadang2 aku terfikir kalau aku 'diuji' sebegitu mampukah aku lakukan? Sekarang pun aku kadang-kadang down bila tak dapat target yang Aisyah minum, memang Aisyah kuat minum sekarang...dia lebih suka susu ibu dari makan kot...ataupun aku yang tak sabar nak tunggu respons dia?? Kali ini aku taknak paksa Aisyah makan, permulaan ku mulakan sehari sekali je kalau dia taknak makan juga...aku redha ajerlah...dari struggle suruh anak makan baik aku yang struggle makan makanan yang berkhasiat. Memang aku ingin nak buat penyusuan sempurna genap 2 tahun tapi aku tak yakin memandangkan cara pemakanan aku yang suka skip2, tekanan kerja, orang keliling rasa tak mampu nak buat tu...
    Apa-apa pun biarlah ku tunggu dah lihat dahulu respons Aisyah untuk sebulan ini...

    Aisyah dah 6 bulan

    Hari ini bermulalah episod baru dalam hidupku...seorang Mama yang pemalas terpaksa merajinkan diri seawal pagi nak masak bubur nasi Aisyah. Kekunun hari ini nak ganti puasa punyalah terlajak tidur sampai 6 pagi...Ya Allah huru-hara aku dibuatnya dengan nak siapkan bubur nasi, puri pisang, nak kemas beg susu Aisyah lagi, nak mengepam uwa!! Sekarang aku mmg siapkan 4ozX6botol tapi memang susah nak dapat sebab time office aku leh capai dalam 15oz je pastu aku top up dengan frozen EBM hehari tawakkal agar EBM Aisyah cukup kalau dapat lebih Alhamdulillah le. Hari ini aku buat bubur nasi bubuh carrot dan ikan bilis pastu blend buat 2 hidangan dan juga puri pisang. Cam terlebih sudah pula aku bekalkan...takpelah biar berlebih dari Teacher dia suapkan nestum. Patutlah...rupanya Teacher Aisyah curi-curi suapkan nestum kat dia aku dah siap pesan JANGANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN bagi Aisyah nestum nanti dia akan reject bubur kosong aku. Kalau boleh kali ini aku nak buat sendiri, aku takmo ulang kesilapan aku pada Anis. Dulu masa dia 5 bulan lebih aku beli nestum pastu campur susu buh lam botol tapi berat badan dia normal je tak naik tak turun sampai skrg. Dah 3 tahun lebih pon berat dia maintain 15-16kg....kurus je orangnya. Pastu susah betul nak makan lebih gemarkan junk food dan gula-gula memang cukup susah nak suruh dia makan unless dia lapar itupon beberapa suap je dia nak. Sekarang pula dia dah kurang minum susu, semalam sekali je dia minum susu dan lebih suka minum air gas ataupun manis. Masalahnya aku tak ajar tapi Papanya, neneknya, atuknya sepupu sepapatnya duk ajar nanti kalau ku marah lain kecil hati pula so nak buat camnO? Korang rasakan...banyak sgt ke ku bagi kat Aisyah eh hehehe....punyala excited Mama dia hari ini masak....