Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Aisyah dah 6 bulan

Hari ini bermulalah episod baru dalam hidupku...seorang Mama yang pemalas terpaksa merajinkan diri seawal pagi nak masak bubur nasi Aisyah. Kekunun hari ini nak ganti puasa punyalah terlajak tidur sampai 6 pagi...Ya Allah huru-hara aku dibuatnya dengan nak siapkan bubur nasi, puri pisang, nak kemas beg susu Aisyah lagi, nak mengepam uwa!! Sekarang aku mmg siapkan 4ozX6botol tapi memang susah nak dapat sebab time office aku leh capai dalam 15oz je pastu aku top up dengan frozen EBM hehari tawakkal agar EBM Aisyah cukup kalau dapat lebih Alhamdulillah le. Hari ini aku buat bubur nasi bubuh carrot dan ikan bilis pastu blend buat 2 hidangan dan juga puri pisang. Cam terlebih sudah pula aku bekalkan...takpelah biar berlebih dari Teacher dia suapkan nestum. Patutlah...rupanya Teacher Aisyah curi-curi suapkan nestum kat dia aku dah siap pesan JANGANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN bagi Aisyah nestum nanti dia akan reject bubur kosong aku. Kalau boleh kali ini aku nak buat sendiri, aku takmo ulang kesilapan aku pada Anis. Dulu masa dia 5 bulan lebih aku beli nestum pastu campur susu buh lam botol tapi berat badan dia normal je tak naik tak turun sampai skrg. Dah 3 tahun lebih pon berat dia maintain 15-16kg....kurus je orangnya. Pastu susah betul nak makan lebih gemarkan junk food dan gula-gula memang cukup susah nak suruh dia makan unless dia lapar itupon beberapa suap je dia nak. Sekarang pula dia dah kurang minum susu, semalam sekali je dia minum susu dan lebih suka minum air gas ataupun manis. Masalahnya aku tak ajar tapi Papanya, neneknya, atuknya sepupu sepapatnya duk ajar nanti kalau ku marah lain kecil hati pula so nak buat camnO? Korang rasakan...banyak sgt ke ku bagi kat Aisyah eh hehehe....punyala excited Mama dia hari ini masak....

4 ulasan:

wannorashi berkata...

Salam,

Macam heavy juga meal untuk aisyah. Tapi kalau dia kuat makan takpelah. Anak wan yg 7 bulan setengah tak makan lagi. Lagipun dia minum just 12 oz dr 8.30 hga 5.30 pm. Kat rumah SIL dia byk tido

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin berkata...

Wan, Aisyah skrg kuat minum. 4oz boleh cecah 7 botol...saya mmg tak mampu nak bagi fresh byk itu sbb skrg pon bergantung kepada frozen. Kunun nak buat untuk puasa tapi makin lama makin kurang stok frozen itu sebab saya cepat kenalkan Aisyah solid food. Sehari saya mampu capai 20oz tunggu mood dan masa. Saya maseh berazam takmo Aisyah campur formula kalau boleh....any suggestion?

norhafiza berkata...

along, nanti update cerita ttg Aisyah dn solid food nye kat umah pengasuh td ea...saje menyibuk nk tau gak, makan tak dia...byk ke sket...hehe...

Tanpa Nama berkata...

huishhHh ... superwoman tul aLOng ni pepagi sempat ngePAM sempat masak .. tabik spring!!!

bab makan sweets ni bebudak mmg no goodlah .. nanti gg cepat rosakkan? susah gak ek nak jaga anak ..


missONline