Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

5S buat ku migrane

Takde mood sebenarnya. Aku bosan dengan 5S ni buat hidup aku merana berhari-hari. Mesti kalian tak paham kenapa kan?? Bayangkanlah aku bermati-matian mengemas office sedangkan rumah aku Ya Allah...tunggang-langgang, huru-hara macam di langgar garuda. Aku pun tak tahu mengapa jadi macam tu...ni adalah kerana pengurusan yang tidak cekap(akulah tu huhu). Sejak beranak 2 ni semua jadi wal kalam al kalibut uwaaa! Adakah aku seorang yang bermasalah begini?? Banyak betul dugaan dan kesukaran untuk menjadi ibu dan isteri yang baik serta di zaman yang mencabar ini. Pagi-pagi hari aku kena siapkan 2 orang puteri, Anis walau umur dah 3 tahun pun pagi-pagi masih meragam bila hendak mandi. Letih memang letih. Seawal 5 pagi aku dah bangun, kadang-kadang 4.30 pagi aku dah bangun menyelesaikan kerja rumah sebab aku selalu kepenatan dan tertidur dalam jam 11 malam. 3 tahun masih meragam, kalau ku keraskan hati jadi garang Anis akan meragam lagi teruk so aku terpaksa banyak mengalah...adakah aku terlalu manjakan Anis? Selepas siapkan Anis aku akan siapkan Aisyah pula. Sejak Aisyah batuk dan selsema teruk aku tak mandikan dia pagi-pagi lagi. Aku juz lap-lap pastu tempek-tempek bedak hehehe. Nak siapkan beg kedua puteri ku pastu dengan beg pam aku, beg EBM(Expressing Breast Milk) aku lagi. Kekadang sampai kaki pon berfungsi menahan lif sebab tak cukup tangan hahahaha!! Bila sampai office dengan kerja melambak-lambak(sebenarnya aku malas, takde mood) jadi lahhh kerja last minute. Penat giler! Balik rumah bekerja amek dorang pastu terkejar2 nak masak....ermmm...bila masa aku nak berehat dengan segunung baju yang tak berlipat...inilah IBU di zaman moden kan...semua ku uruskan sendiri....

Hasil Tenusuku


Ini ialah SUSU FORMULA jenama Dutch Lady langkah 1 iaitu 0-6 bulan. Dulu Aisyah adalah pengguna SUSU FORMULA tapi ku beli susu ini rasanya baru 2 kali, 1 ku letak di nursery dan 1 lagi ku letak di rumah tapi alhamdulillah kini TIDAK lagi. Jimat woooo ba yangkan tin ni harganya adalah rm18.90, bagi ku ia tetap mahal tapi bagi orang lain mungkin tidak so terpulanglah pada citarasa memasing.







Inilah hasil tenusuku yang ku simpan di bahagian sejuk peti ais pintu 1. Setiap hari Aisyah akan minum 3ozx5botol itupong dia tak habeh sebab sekarang dah banyak main. Dulu dia mampu habehkan 3.5ozx6botol, ku risau jugak kalau -kalau berat dia jatuh tapi alhamdulillah berat dia konsisten seperti graf di kad merah dia tu. Dulu aku ingat SUSU FORMULA dan SUSU IBU ni kiraan dia sama tapi rupanya tidak. Walaupun ku bekalkan dia 3oz tetapi ia adalah mencukupi kerana SUSU IBU mempunyai semua khasiat yang tidak ada di dalam SUSU FORMULA (of courselah susu lembu mana sama dengan susu manusia). SUSU IBU mengenyangkan dan mudah di hadam sebab itu bayi dalam masa 2 jam pasti akan hendak susu lagi berbanding SUSU FORMULA lambat dihadamkan dan bayi boleh tidur selama 4 jam!! Akan tetapi ibuk-ibuk sekalian SUSU IBU akan berubah mengikut keperluan bayi sedangkan SUSU FORMULA sama saja keperluannya walaupun bayi meningkat dewasa oleh itu katakan TIDAK pada SUSU FORMULA. Lagi satu nak habaQ mai....bayi yang meminum SUSU IBU poo poo dia maseh suci hahahahaha....poo poo dia berwarna kuning cair tidak sama seperti SUSU FORMULA yang berkalerful dan buatkan bayi sembelit. SUSU IBU ni kalau bayi tidak poo poo selama seminggu pun tidak menjadi masalah kerana ia mungkin menyerap ke badan bayi tersebut dan tidak akan buatkan bayi sembelit unless ibuk-ibuk ada makan makanan yang membuatkan bayi ibuk tidak selesa.



Paparan ini bukan bertujuan untuk RIAK atau TAKBUR tapi untuk memotivasikan kepada ibuk-ibuk lain bahawa setiap daripada kita mempunyai susu dan tidak logik kalau kita bagitau yang kita tidak mampu susukan bayi kita kerana kita TIDAK ADA SUSU!! Susu tu bukan keluar dengan meriahnya suka-suka hati dia tapi kita hendaklah mengstimulatekan payu dara kita agar susu kita akan keluar dengan meriahnya. Bagaimana kita hendak mendapat susu yang banyak tidak lain tidak bukan ialah dengan kerap menyusukan bayi kita, bagi ibu yang berkerja hendaklah mengepam sekurang-kurangnya 3x sehari di pejabat sebagai menggantikan penyusuan dengan bayi anda serta hendak selalu berfikiran positif. Cam emosional lak ayat aku hahahah. Lupa ku nak habaQ kat korang stok frozen aku dah bertambah ke 20 botol....horeeeeee harap akan bertambah setiap hari bagi bersiap sedia untuk bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini. Ini pun aku dah setat ada penyakit M, dah mula skip-skip mengepam huhuhu.

Gadjet ku oh Gadjet ku....

Wah wah wah ini bukan RIAK tapi hanya hendak menunjuk-nunjuk kepada kalian betapa aku betul-betul bersemangat hendak menjayakan MY BREASTFEEDING JOURNEY(harap-harap boleh graduate tepat 2 tahun). Ini semua ku beli sikit demi sedikit hasil pinjaman dari AH LONG, main kutu, kad kredit (opsss ampun somi ku hahaha) dan hasil gaji ku yang tak seberapa tu tapi sebenarnya ada banyak lagi tapi aku dah malas nak snap sebab HP ku tak secanggih korang hahahaha. Harap-harap ini buatkan aku lagi bersemangat untuk mengepam dan mengepam(pernah le terkantoi depan bos ya ampunnn)

Botol Breastflow First Years, Tommee Tippee dan Avent(US import wooo kaler Honey free BPA taw)

Sterelizer jenama Little Bean

My favourite cooler beg Simple Baby. Sebenarnya aku ada 3 cooler beg satu jiranku pinjam dan satu lagi jenama FTG Pigeon (Fridge To Go)

Ini beg galas Spectra3 ku tapi manakah mesin pam Spectra3 ku? Hehehe

Sekian wassalam nanti aku dah rajin ku tambah lagi eh kalian...

Aisyah oh Aisyah






Inilah gambar-gambar tak seberapa yang dapat ku tempekkan di sini. Aisyah Humaira' di lahirkan pada 3 Februari 2009 di Hospital Sg. Buloh ( hospital yang tak menyokong Rakan Penyusuan bagi aku lah!). Hehari nurse kat situ asyik sumbat Aisyah susu formula tanpa kerelaanku. Walau ku dah cakap dengan nurse kat situ yang aku taknak Aisyah disumbatkan susu formula tapi diorang tetap amek Aisyah bila dorang lihat aku tak berjaya susukan Aisyah, biasalah dalam 2,3 hari of courselah baby tak pandai latching so terus dorang amek tanpa keizinan aku sampai aku cakap tolonglah saya nak susukan anak saya tapi dorang buat tak pedulik. Walaupun aku dah kehilangan title PENYUSUAN EKSKLUSIF(tanpa air masak/susu formula hingga 6 bulan) tapi aku bersyukur akhirnya aku dapat meyusukan Aisyah sepenuh masa hingga kini.

Menjelang Hari Pengauditan 5S di MOF

Fuhhh dia betapa kusyuknya Cik Sheela our new officer at BEA dan Puan Suriati mengoyakkan kertas hingga mereka tak sedar aku tengah merakamkan gambar mereka

Ini adalah post manja En. Hassan selaku Ketua Kerahan kami pada hari itu. Agaknya dia tengah pikir camner nak siapkan cepat-cepat aktiviti melupus ni

Tah ape leee yang dorang bincangkan....ini antara jejaka group kami pada hari dikerah untuk melupuskan fail iaitu En. Sakeri, En. Aliff(cute one hahaha), En. Din dan yang memakai topeng mulut itu ialah En. Reezal

Post manja dari Liza dan Yati ketika mengoyakkan fail-fail yang hendak dilupuskan huhuhu

Taraaaaa inilah gambar yang berjaya aku amek semasa berlangsungnya hari paksa rela kami untuk melupuskan fail-fail yang bertimbun tu biasalah Bahagian kami memang suka buat kerja last minute pong....wakakkaka....ya ampun kalau boss aku baca ni sure kerja sampai mati pun tak dapat Anugerah Khidmat Cemerlang hahahahha. FYI, sorry eh gambar tak lawa sebab ku amek dengan HP ku yang baling anjing pon mati....dari amatur hahaha

Anis Dulu Kini Dan Selamanya...






 
Sebenarnya ini gambar Anis Syahida yang lama-lama, saja nak tunjuk kat kalian betapa cepatnya masa berlalu....kalau ku perhatikan muka dia masa tecit-tecit (bahasa pelat Anis) baru ku perasan sejibik cam adiknya Aisyah Humaira' cuma adiknya agak putih sedikit berbanding dengan kami yang agak gelap ni hahahaha. Anis.....mama rindu kenangan-kenangan lalu...sekarang ni nak seom dia pun susah almaklumlah dah 3 tahun dah jadi KANAK-KANAK hehehehe...









5S

22/6/2009 ahli panel 5S akan datang semula ke Bahagian aku untuk membuat penilaian. Sebelum ini Bahagian aku telah GAGAL di dalam untuk mendapatkan pengiktirafan 5S dan secara tak langsung telah menggagalkan KESELURUHAN Kementerian Kewangan. Adusss pedihnya ayat itu. Aku pun kelam kabut huru hara mengemaskini, melabel, menempek, melekat segala bagai untuk mendapatkan 5S tapi tak tahulah kalau GAGAL jugak. Kadang-kadang hangin gak satu badan ni sampai tempat parking tong sampah pun kena buat markingnya!! (ayat ini ku pinjam dari PA Pn Agnes, Zainor huhuhu). Adakah kalian tahu apakah itu 5S? Mari sini aku terangkan(copy paste sebenarnya)...

Ia berasal dari perkataan Jawa opsss Jepun hihihi iaitu

SEIRI - SISIH
asingkan barang-barang yang tidak perlu di tempat kerja dan buangkannya
SEITON(bukan setan ye) - SUSUN
susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO(seksa betul) - SAPU
bersihkan tempat kerja kalian dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai mesin dan perkakas
SEIKETSU(hagemaru) - SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE(atasinchi) - SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya

Kalian ada fahamss??? Ku paham kalian bosan pasal 5S ni kan heheheh ape pun ku DOAKAN agar Bahagian ku tidak lagi GAGAL dan akan mengUPkan Kementerian Kewangan seterusnya.....amin!!

Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada sesebuah Nursery

Guideline ni ku copy paste dari thread di SUSUIBU.com. Ku harap ibubapa dapat memastikan anak-anak mereka berada di dalam keadaan selamat dan selesa bila menghantar anak-anak di nursery jangan sampai terantuk baru tengadah(betul ke perumpaan aku ni??).
Antaranya ialah:

1. TASKA tersebut berdaftar dengan Jab. Kebajikan Masyarakat

2. Pengasuh2 telah menghadiri dan lulus Kursus Asas Asuhan kanak2

3. Premis yang dikendalikan dengan baik (bersih dan selamat)

4. Penyediaan aktiviti yang merangsang perkembangan menyeluruh kanak-kanak

5. Penyediaan menu yang seimbang, bersih dan selamat untuk kanak-kanak
6. telah mematuhi aspek keselamatan dan kebakaran


Adakah anak-anak kalian sekarang berada di dalam keadaan selamat?? Tepuk dada tanya akal bukan nafsu ehhhh....

Nursery Oh Nursery

Semalam bila ku balik rumah ku check beg Anis ku lihat ada pakaian yang basah. Yang ku rasa kuranag senang mengapa Teacher dia tak masukkan baju kotor yang basah tu di dalam beg pakaian kotor yang ku bekalkan?? Susah sangat ker? Sudahnya abes kena pada tuala yang tak bersalah tu, bayangkanlah kalau Anis kencing kat baju tu tak ke najis satu beg tu? Setiap hari ku akan bubuh sehelai dispo diapers (Anis tidak menggunakan CD sebab dia rasa kurang selesa)lagipun ku sedang training Anis untuk tidak memakai DD cuma waktu tidur sahajalah. So pagi ni ku pun menginterbiew Teacher Anis dan paling ku terkezut ialah

Aku : Dik, nak tanya, adik ni Teacher Anis ke?
Teacher Anis : Ye kak
Aku : Akak nak tanya, kenapa baju kotor Anis tak letak dalam beg pakaian kotor yang akak bekalkan, lepas tu akak memang bekalkan Anis sehelai pampers
Teacher Anis : (Dengan muka blur) Ye ke?? Anis dia dah pandai mandi sendiri, baju kotor dia yang buh sendiri
Aku : (Terkezut beruk ni)Mandi sendiri?? Kalau dia pandai mandi sendiri pun kena tengok jugak ler kot dia sabun ke tidak

Punyalah aku hangin satu badan, kalau budak 3 tahun dia dah suruh mandi sendiri agak-agak kalau buang air besar kena cebuk sendiri juga ke?? Ishhh...ni hati aku start bengang ni, sebab kadang-kadang Anis mengadu sakit perut. Tah-tah makan pun sendiri, juz imagine (omputeh lak taip), kalau dia makan sendiri tak kenyang ke tidak sedangkan di rumah aku still suapkan Anis kalau harap dia makan sendiri sure heboh banyak jatuh dari masuk mulut. Aduii....awatlah nursery ni macam ni...memana nursery pun semua SISTEM dia macam ni, malas betul ler TEACHER-TEACHER dorang ni. Grrrr....



Breastfeeding

Kenapa aku hendak menyusukan Aisyah, kenapa tidak dahulu, kenapa, kenapa dan kenapa?? Sebenarnya tidak semua ibu-ibu mendapat kesedaran tentang ilmu penyusuan ini termasuklah aku sendiri. Tapi apa yang ingin ku paparkan di sini adalah tentang diri aku sendiri dan aku tidak bermaksud hendak memperkecilkan kepada ibu-ibu yang memberi anaknya susu formula, tidak sama sekali sebab Anis dahulu pun ku beri susu formula. Mungkin Allah telah menggerakkan hati ku untuk menyusukan Aisyah dengan susu ku sendiri walaupun aku mendapat tentangan daripada ahli keluarga ku sendiri akan TETAPI aku tidak salahkan mereka kerana mereka tidak didedahkan dengan ilmu penyusuan ini. Kepada bakal-bakal ibu di luar sana, susukanlah anak-anak kamu dengan susu kita sendiri kerana susu ibu itu tiada tandingan jika dibandingkan dengan susu formula. Aku berdoa agar misi penyusuan ini berjalan dengan jayanya. Untuk short term punya perancangan ini aku target agar dapat menyelesaikan penyusuan ini sehingga 6 bulan(eksklusif breastfeeding without air masak/susu formula) tapi gamaknya aku dah terlepas title EKSKLUSIF ini gara-gara aku dah terbagi SUSU FORMULA kerana ku ingat berat Aisyah boleh naik bila tambah susu formula. Seterusnya akan ku teruskan perjuangan ku sehingga dia berusia 1 tahun dan seterusnya 2 tahun. Aku takkan memaksa Aisyah untuk berhenti menyusu...biarlah dia sendiri yang membuat keputusan, rasa tak sampai hati chewahhhh...6 bulan pon tak sampai lagi ni dah berangan nak pergi ke 2 tahun ke atas huhu. Aku strict akan mulakan solid food pada Aisyah genap dia berumur 6 bulan selagi dia tak memberi apa-apa signal bahawa dia sudah bersedia untuk makan. Ku pelik le kenapalah ramai sangat suka bagi anak makan belum cecah 6 bulan, tak kesian ke?? Perut bayi ni masih tak matang tapi ada ku dengar dalam pantang dah sumbat nestum bersudu-sudu..masyaallah. Melalui pembacaan ku yang tak seberapa ni solid food sepatutnya dimulakan pada usia bayi 6 bulan(bagi yang menyusu badan) itupun kita sebenarnya bukan nak bagi bayi itu kenyang TETAPI hendak mengenalkan dia dengan tekstur makan tersebut ini ada yang dah suap roti, ayam, daging dan berbagai-bagai makanan kuhnunnya nak bagi bayi itu KUAT. Nonsenses sungguh!! Solid food bagi bayi yang menyusu susu formula boleh dimulakan seawal 4 bulan tapi kalau boleh janganlah yek puan-puan. Kita taknak bagi dia makan cuma 6 bulan jer pas 6 bulan makanlah sesungguhnya okeh. Harap-harap nursery Aisyah takdelah bagi Aisyah makan tanpa pengetahuan aku, kalau aku tahu ku sanggup bakar itu nursery! Hahahahahha!



Cloth Diapers (CD) vs Dispo Diapers (DD)


Hahahahaha aku suka sangat kalau bercerita-ceriti bab CD ni. Sejak berkenalan dengan SUSUIBU.com ni banyak sangat perkara baru yang aku pelajari termasuklah breastfeeding. Sekarang ni aku telah menjadi penagih CD(boleh ke ayat ku ini) ataupun ku sudah addicted dengan CD yang berkalerpul dan berbagai bentuk. Dalam simpanan aku ada 3 jenama iaitu Lunatots, Coolababy pocket dan AIO serta Mybaby dan semuanya ada er er er...15 keping, lebih dari cukup!! Ku dengan bangga mengatakan selamat tinggal DISPO DIAPERS hehehehe. Fuhh...memang jimat giler!! Kalau sesiapa berminat boleh enter ke sini www.srisuri.com/www.sayangbabyibu.com/mybabyatjb.blogspot.com(di sinilah aku membeli CD2 ku). Cuma untuk berCD ni ibu-ibu kenalah rajin mencuci. Aku sekarang tak kesah kalau pakai CD kejap pengasuh nak tukar sebab tak membazir pun cuma aku le penat mencuci tapi itu tarak hal asal punggung anak ku takde rashes dan untuk pengetahuan Aisyah ni kulit dia memang sensitif giler. Kalau dulu pakai kejap pengasuh tukar aku mesti bengang sebab aper pakai buang laa ni pakai cuci no hal kalau dorang nak tukar 10 kali pung hahahah. Apa yang penting aku dapat jimatkan banyak DUIT(sebab mama dia nak beli make up/handbag & aksesori bagai hahaha) itu pasallah mama dia pakaikan dia CD.

Mengapa aku bertukar dari Dispo Diapers ke Cloth Diapers, mari kita baca

1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar

Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.e) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.


2) Dari segi kos

Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

(a)Penjimatan kos

Dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Jika menggunakan lampin pakai buang:

Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu.

RM0.50 sekeping X 6=RM3.00 sehari
RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun
RM1095 X 3 tahun = RM3285 untuk seorang anak
Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya........
Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD)
Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.

Ini adalah CONTOH!

Sehelai CD (termasuk 1 insert) = RM35
Beli 12 helai : 12 X RM 35 =RM420
Beli 20 helai: (lebih banyak CD , lebih tahan lama kerana lambat lusuh)20 X RM35 = RM700 sahaja !!!

Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga.

(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas

Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training).

3. Dari segi keselesaan dan kecantikan

Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

Cara Penjagaan Cloth Diapers (CD)

1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' (2-3 kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Bilas, perah dan jemur hingga kering.

2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('Insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.

3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).

4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.

5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.

6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

Adakah anda faham apa yang saya terangkan??? Kalau tak faham buat2 faham ajerlah hahahaha. Apa yang aku postkan di sini adalah copy n paste (tiru bulat-bulat dari cikalong aka marina, ya ampun!!) anyway thanks for the good information. Sharing is caring kan??!


Aisyah kurang minum

Sudah 3 hari ku terima aduan daripada teacher Aisyah di nursery, Aisyah dah kurang minum sebab dia sekarang lebih banyak main dan suka ajak teacher dia menyembang(agak-agak baby 4bulan sembang macamana??) dari 3.5oz ku kurangkan ke 30z, dari 6 botol ku kurangkan ke 5 botol tapi Aisyah masih tak dapat menghabiskannya. Aku naik risau kenapa Aisyah jadi begini?? Teacher Aisyah kata, dia suka sembur-sembur susu. Aku bukan apa takut berat dia drop tapi masa check up 4 bulan aritu pada 10/6 lepas, berat Aisyah naik dengn konsisten 5.8kg. Bila malam Aisyah banyak tidur dari minum, kalau terbangun pun menyusu tak lama, breast aku still lagi berat. Aku bimbang Aisyah tak kenyang, susu ibu ni kan ada susu awal(foremilk) dan susu akhir(hindmilk). Foremilk adalah cair mengandungi air iaitu berfungsi untuk menghilangkan dahaga dan foremilk pula lebih pekat dan kaya dengan lemak berfungsi untuk mengenyangkan bayi. Tapi setakat ni dia memang aktif, cuma malas nak meniarap, adalah sekali dia meniarap pastu tak niarap-niarap dah, suami ku bilang Aisyah malas huhuhu. Tapi dari segi kebaikannya aku dah dapat buat banyak stok frozen dan sekarang dah capai 15 botol dan sekarang aku kalut nak beli playtex liner sebab botol-botol yang ada tak dapat menampung EBM aku yang sedang melimpah ruah sekarang(macamlah banyak huhuhu). Tapi apa guna buat stok banyak-banyak kalau Aisyah kurang minum, ermmmm aku harap tiada apa masalah pada Aisyah, sebagai ibu aku memang risau dan takut Aisyah ada masalah lain dan aku paling takut kalau Aisyah taknak susu aku dah huwaaa!! Nak...janganlah kau berpaling pada susu formula sebab mama mu ini sudah bermati-matian membeli berbagai-bagai gadget untuk breastfeeding tau!! Nak kata dia kena growth spurt...tak jugak, nursing strike ke eh?? Ish kompiusss mak...

cuba-cuba berBLOG

Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak berBLOG. Sebenarnya ku tak tahu bagaimana nak mulakan sesi pengenalan pertama ku pada BLOG ini. Di atas dorongan officemate serta ku lihat ramai sekarang yang mempunyai BLOG sendiri maka ku coba-coba untuk berBLOGGING. Harap-harap apa yang ku paparkan di entri ini akan dapat komen-komen yang membina dan positif (fuh cam artis lak hahahaha). Blog ini ku tujukan khas untuk permata hati ku iaitu Anis Syahida dan Aisyah Humaira', itulah KEKUATAN yang aku ada dalam menghadapi hari-hari yang mencabar sebagai IBU, ISTERI dan juga ANAK. Tidak lupa juga kepada suamiku tercinta wahh wahh wahh terima kasih di atas segala tunjuk ajar serta dorongan mu untuk aku terus menjadi IBU dan ISTERI yang baik! Untuk pembaca BLOG ku yang tak seberapa ini, agar korang dapat sedikit ilmu yang ingin ku kongsikan bersama. Ishh..skemanya haku....ngeh ngeh ngeh....