Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

5S buat ku migrane

Takde mood sebenarnya. Aku bosan dengan 5S ni buat hidup aku merana berhari-hari. Mesti kalian tak paham kenapa kan?? Bayangkanlah aku bermati-matian mengemas office sedangkan rumah aku Ya Allah...tunggang-langgang, huru-hara macam di langgar garuda. Aku pun tak tahu mengapa jadi macam tu...ni adalah kerana pengurusan yang tidak cekap(akulah tu huhu). Sejak beranak 2 ni semua jadi wal kalam al kalibut uwaaa! Adakah aku seorang yang bermasalah begini?? Banyak betul dugaan dan kesukaran untuk menjadi ibu dan isteri yang baik serta di zaman yang mencabar ini. Pagi-pagi hari aku kena siapkan 2 orang puteri, Anis walau umur dah 3 tahun pun pagi-pagi masih meragam bila hendak mandi. Letih memang letih. Seawal 5 pagi aku dah bangun, kadang-kadang 4.30 pagi aku dah bangun menyelesaikan kerja rumah sebab aku selalu kepenatan dan tertidur dalam jam 11 malam. 3 tahun masih meragam, kalau ku keraskan hati jadi garang Anis akan meragam lagi teruk so aku terpaksa banyak mengalah...adakah aku terlalu manjakan Anis? Selepas siapkan Anis aku akan siapkan Aisyah pula. Sejak Aisyah batuk dan selsema teruk aku tak mandikan dia pagi-pagi lagi. Aku juz lap-lap pastu tempek-tempek bedak hehehe. Nak siapkan beg kedua puteri ku pastu dengan beg pam aku, beg EBM(Expressing Breast Milk) aku lagi. Kekadang sampai kaki pon berfungsi menahan lif sebab tak cukup tangan hahahaha!! Bila sampai office dengan kerja melambak-lambak(sebenarnya aku malas, takde mood) jadi lahhh kerja last minute. Penat giler! Balik rumah bekerja amek dorang pastu terkejar2 nak masak....ermmm...bila masa aku nak berehat dengan segunung baju yang tak berlipat...inilah IBU di zaman moden kan...semua ku uruskan sendiri....

7 ulasan:

anifas berkata...

*hugs ehehe

ibu dania berkata...

jelenya!!!!! jeles yg tidak terhingga.... nak jugakkkk... nex year buat la kat sabah plak ek...;)

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin berkata...

ibu_dania,

nak buat mcm ni perlukan satu komuniti yang kuat baru boleh jadi kan...hehehe

smiLe berkata...

huhu, sama je macam aku lah ... adui sebijik ...

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin berkata...

smile, semua ibu-ibu camtuhlah kan....kalau mintak naikkan elaun dapur ni agak2 dapat tak? hahaha

Rizziela berkata...

sangat meletihkan....
tp itulah tugas seorang ibu..
itu jugalah yg sedang saya rasa skg ni

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin berkata...

Begitu besar pengorbanan ibu ini kan..