Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Pencapaian Terbaik 2008

ALHAMDULILLAH akhirnya dengan izin Allah dan berkat doa rakan-rakan aku telah mendapat ganjaran di atas kecemerlangan aku pada tahun 2008 dan majlis APC telah diadakan pada 18 November 2009 yang disampaikan oleh YB Menteri Kewangan Ke-2 iaitu YB Dato' Seri Ahmad Husni b Mohamad Hanadzlah. Tapi ini adalah penilaian BOS aku kepada aku bukan penilaian rakan-rakan atau orang yang pernah bekerja dan berurusan dengan aku.

Maafkan Mama Kakak....

Mama rasa bersalah sangat kat Kakak.  Pagi tadi Mama pukul Kakak sebab pepagi lagi Kakak dah meragam. Kadang-kadang Mama dah cuba buat yang terbaik untuk Kakak tapi  mesti ada je yang kena. Macam biasa Mama dah siapkan baju Kakak untuk pergi sekolah tapi Kakak cakap taknak pakai baju tu. Mama tanya elok-elok tapi Kakak suka buat gembeng.....bila hendakkan sesuatu Kakak suka menangis walaupon Mama tanya dengan lembut. Kakak kan tahu Mama pagi-pagi selalu kelam-kabut...Papa ada ke...takde ke....Mama terpaksa buat semua sorang-sorang.

2 Minggu

Weekend ni memang membosankan dan penoh dengan emosi...ceh ceh macam sehati berdansa pulak..siapa yang akan bakal disingkirkan hihihi. Sabtu dan Ahad aku memang tak ke mana-mana walau ku tabur 1001 janji pada Anis...sedih sebab aku berjanji dengan anak-anak tapi aku tak turuti. Aku tahu Anis bosan duduk di rumah sahaja bayangkan kalau siang hari langsung tak tidur tapi aku yang tidur dan sememangnya hobi aku suka tidur nyaris Ecah sporting. Entahlah....aku macam takde mood kalau suami aku takde di sisi..malas nak berjalan, malas nak mandi, malas nak masak tapi aku terpaksa memasak sebab aku ada 2 orang kanak-kanak riang yang perlu makan.

Macamana Nak Defrost Ni??


Nak tanya engkorang lerrrr.....chest freezer aku dah setart bersalji di dinding-dinding tu.....kalau nak defrost mesti amek masa sejam 2 kan so camner ehhhhhh...adakah aku perlu pindahkan EBM aku yg sebanyak 50 bekas itu ke dalam bekas tahan sejuk atau aku kene transfer ke memana-mana deep freezer jiran-jiran ini.....dah tebal benOrrr salji tu so nak keluarkan frozen EBM pon susah...UWAAAAAAAAAAA....ada cadangan takkkkkk uoLLSSSS??????

Semalam Yang Stress


                             Tgh majuk le tu    

                                 
Emosi sungguh aku hari ini sebab apa..sebab Papa outstation 2 minggu sejak 29/10 hari itu. Sejak dia pergi tak pernah call kami anak-beranak sebab faktor 'poket tengah kering'.