Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Semalam Yang Stress


                             Tgh majuk le tu    

                                 
Emosi sungguh aku hari ini sebab apa..sebab Papa outstation 2 minggu sejak 29/10 hari itu. Sejak dia pergi tak pernah call kami anak-beranak sebab faktor 'poket tengah kering'.
Inilah realiti kehidupan kami. Sedih sangat bila mana si Anis seperti biasa menunggu kepulangan Papa dia di pintu...hari tu dia cakap pada aku yang Papa dah balik sedangkan tiada siapa depan pintu sampai nageh dibuatnya si Anis bila ku nyatakan Papa outstation. Itulah perkara paling aku tak dapat tahan bila Anis sebut Papa dia time Papa berjauhan dari kami...jangankan anak aku pon sendiri kadang-kala menangis kerinduan..bila berdekatan mesti bertekak hehehe. Semalam aku EL sebab aku stress....dengan keadaan yang penat, tak mengepam, bubur nasi tak masak..ermmm....bila aku call Papa hari ni baru lapang dada aku sikit....kelisa pon tak makan lagi..adoi...!! Semalam dari Ampang ke Putrajaya si Ecah menangis meraung-raung di dalam seatnya di kereta hingga termuntah-muntah...huru-hara betul aku..dengan keadaan jalan yang jem dan hujan si Ecah memang keras hati takmo duduk di seat dia mahupun di stroller. Itu lagi satu buat aku stress....macamana aku nak ajar si Ecah ni...ermmmmm..

Nota: Susu ku makin lama makin sikit...aku sungguh stress sekarang....lelebih bila berjauhan dengan suami ku....

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyak kan doa...dan sentiasa bersabar..dan terang kan lah sebaik mungking kat aisyah dan nyatakan yang papa keluar cari rezki?duit utk aisyah belanja...caiyukkk....

mama thieya berkata...

kak.. jgn stress sgt.. sian kat anak2..

scudmami berkata...

alahai.. sedey saya dengar... paling tak tahan tengok anak-anak la kan..

saya kalu hubby on-call tak balik satu malam je pon haru nk menjawab kat anak "daddy gi keje, esok baru balik"...

bila takde maid stress gak nak handle anak sengsorang.. tp terpaksa redha sbb hubby gi keje kan..
semoga semua dimudahkan olehNya... amiinn...

DaniTheGirl berkata...

Tanpa Nama,

Thanks...Ecah belum faham lagi tapi tak tahan si kakaknya...Anis.

mama_thieya,

hehehe..thanks.

scudmami,

Biasalah...berkahwin dengan suami askar ni mmg inilah realiti kehidupan yg kami tempohi. Dulu anak tak faham...bila anak dah faham..bila jadi camtu tersentuh hati ni. Kadang2 hilang sabar gak nak tangani masalah anak2 ni especially si kakak tengah membesar dan si adik pulak tak boleh berenggang sekejap pon, kadang2 tak sempat nak buat apa untuk diri sendiri. Duduk kuarters ni payah nak amek maid tambahan pula kami jenis tak suka ada orang luar di rumah...rasa tak selesa pula. Kalau nak amek maid pon tunggulah bila ada rumah sendiri...rumah skrg pon cam sempit.

Najwa berkata...

Along, cedih je baca psl Anis tunggu papa dia balik, sure rindu kan...bila tgk anak rindu, lagi la kita ni terasa kerinduan yg membuak². Wawa doakan Papa Anis cepat leh blk ek.

Psl ecah tu, sama je cam Azra Damia, tak nk duduk dlm car seat bila Ummi dia drive, camne la nk didik dak kecik ni srh duduk ek? kdg2 kena drive sdr mmg mencabar betul, 3 4 kali berenti tepi jalan sbb nangis smpai tersedu².

Nik Ha berkata...

*hug* take a deep breath my dear friend.mmg ada hari yg sungguh huru hara.sy dah alami sekejap pjj=perkahwinan jarak jauh..he..he..time hubby kije kelate.dlm 2 bln je.takleh thn sbb hakimi selalu dmm tonsil & dmm rindu.ummi pun dmm sekali.masa ada takela romantika de amor tp kalau g outstesen sehari pun rasa lama..he..he..mmg kena slow talk dgn ank, keep on telling abah keje cari duit, nanti dia beli mainan (ni tak brp ok tp cr nak pujuk plg sng lah)seminggu sekali wajib turun bangi, tepon 3x sehari.last2 tuka keje kat kl blk.ingat nak jimat blk kg tp kalau duk asing sbnrnya lg byk duit habih.sib baik masa tu bb blm ada.

kena cari cara utk dia leka dgn benda lain tp mmg susah lah jgk esp. mlm kan..si hakimi mmg rapat dgn abah dia.tp biasanya dlm 2minggu ke ats dia dah ok, dah boleh terima abah keje jauh. Tiap2 hr bwk dia g tmn mkn nasik kat tmn sambil call abah.maghrib br blk umah.pastu tgk katun (terpaksa break the rule tgk katun mlm2 sbb tanak bg dia nangis sebut2 abah)

InsyaAllah kesusahan ni akn membuahkan kemanisan bila kita dah berjaya hadapinya.Keep on telling that we are strong!Jgn stress amat ye, ciyan ecah gebuz nak susu mama tu.Zikir byk2 insyaAllah hati akn tng. For me that's the best therapy.

Ecah tgh mengalami fasa nak explore everything.mmg time ni dia takmo duk terikat dlm car seat tu.mmg stress dgr bb melalak time driving..huhhu..tepaksa la ku pekak2kan telinga..aduhai anak..try bg dia something yg dia buleh belek2 masa duk dlm car seat tu ;)kereta ku dah jd mcm reban ayam, sumer brg ank2 ada..hak..hak..

Lastly, don't stress2 Rina. u can do it!perpisahan smtr akn mengeratkan lg ikatan kasih syg kalian..cewah ;) ;)

Hohoho..maaf weh, daku bermaharajalela kat komen box neh :)

DaniTheGirl berkata...

Thanx nik!! Lama hilang?? Berpisah ni selalu nik..sejak kawen sampai laa ni dah biasa berpisah even kami dpt duduk bersama pon thn ini lepas kelahiran Ecah...rezeki. Sejak Anis dah boleh berpikir ni banyak perkara kadang2 buat hati ini terusik lelebih lagi masa pregnantkan dia kami suami-isteri duduk asing...melaka-putrajaya so masa pregnant tu byk sifat tak elok dah meresap di tubuh Anis....merajuk, mengada, sensitif, pendendam, pemarah dan lelain laaa tapi Anis adalah seorang kakak yang sgt melindungi adiknya dan boleh di harap kalau minta tolong. Anis pula mmg rapat dengan Papa dia...kalau Papa dia pergi memancing dia boleh ikot dan buat sprt Papa dia...even kalau ikan tak makan pon dia bising sedangkan saya geli pada ikan (kat rumah ada 2 biji akuarium 4 kaki lagi). Sebagai isteri seorang tentera mmg dah biasa ditinggal2kan tapi bila anak dah pandai bertanya ni hati kadang2 sebak juga bebila nak handle semua kadang2 tak termampu nik, boleh jadi tension. Skrg si Ecah takmo pergi nurseri asal antar jer menangis...alahai dah kenai org pastu pengasuh dia dah berenti..itulah satunya pengasuh boleh diharap. Bila dekat selalu bertekak bila jauh rindu pulak kekekekek. Jauh bau wangi dekat bau kentut eh nik hahahah.