Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

2 Minggu

Weekend ni memang membosankan dan penoh dengan emosi...ceh ceh macam sehati berdansa pulak..siapa yang akan bakal disingkirkan hihihi. Sabtu dan Ahad aku memang tak ke mana-mana walau ku tabur 1001 janji pada Anis...sedih sebab aku berjanji dengan anak-anak tapi aku tak turuti. Aku tahu Anis bosan duduk di rumah sahaja bayangkan kalau siang hari langsung tak tidur tapi aku yang tidur dan sememangnya hobi aku suka tidur nyaris Ecah sporting. Entahlah....aku macam takde mood kalau suami aku takde di sisi..malas nak berjalan, malas nak mandi, malas nak masak tapi aku terpaksa memasak sebab aku ada 2 orang kanak-kanak riang yang perlu makan.
Nak pergi rumah adik dia pula ada discussion di rumahnya takkan aku nak datang sana kang mengganggu pula dengan jerit tangis anak-anak aku ni. Banyak kali Anis ajak aku bawa dia main basikal tapi aku tak pergi....ermmmm...kesal gak tapi nantilah aku cover balik bila suami aku dah pulang Ahad depan ni. Hari ini aku bizi berSMSing dengan Akma81 ibu baru dari SI.com. Hari ni baby dia kena kuning dan malam tadi dah masuk wad...bacaan TSB dia 244. Itulah yang paling aku tak suka...dan inilah buatkan aku jadi serik nak tambah lagi...bagi aku alhamdulillah setiap kali bersalin prosesnya sangat mudah dan cepat tapi yang menjadi masalah anak-anak aku semuanya pro-long jaundice...aku tak sanggup!! Aku doakan agar baby Akma81 cepat-cepat sembuh dari jaundice dan Akma dapat menepiskan segala dugaaan semasa membreastfeedingkan anaknya ini.

Tetiba aku dapat SMS dari ex-teacher Ecah...emo lagi!! Ingat dah lupa kat kami sekeluarga rupanya dia teringatkah Ecah. Aku memang nak reply tetiba prepaid lak habis. Untuk pengetahuan Anis....sekarang Ecah dah boleh meniti-niti sofa dan kadang-kala bergayut kat aku. Duduk pon dah ok....takde terhuyung-hayang dah...dah pandai buat muka mucuk hi hi hi tah sape laa ajar dan paling aku sedih tetiap pagi bila aku antar ke nurseri mesti Ecah nageh....dia tahu Anis takde. Apa pon aku doakan agar Anis berjaya di dalam apa yang dia lakukan.

1 ulasan:

missONline berkata...

patutlah bau semacam .. tak mandiii!!