Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Shaklee Trial Pack: For Breastfeeding Mom

Salam 1 Malaysia tetibakan poyos aku hahaha....

Sungguh hangat hangit betul cerita sensasi kedai kopi mengenai Shaklee ini yang sudah berusia hampir 50 tahun lamanya telah diperbincangkan di ruangan kegemaran aku di SI.com. Apa pon aku mengambil iktibar yang baik untuk dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Aku sebenarnya tidak berapa mempercayai vitamin-vitamin yang ada di pasaran Malaysia yang tumbuh bak cendawan sebab aku adalah seorang yang tidak berdisplin dalam soal pengambilan vitamin mahupun ubat so tentulah aku sendiri tidak dapat melihat tindakbalas ke atas diri ku i sendiri tetapi semenjak aku memilih untuk menyusukan Aisyah Humaira' yang kini berusia 10 bulan secara eksklusif terbuka hati dan minda aku untuk mengambil vitamin tambahan untuk diri aku sendiri dan berharap agar kesannya terus kepada anak aku jua. Ini adalah kerana aku adalah seorang yang sangat MALAS...diulangkan...tersangatlah MALAS untuk memasak makanan yang berkhasiat apatah lagi untuk memakan makanan yang berkhasiat. Tetapi demi kesihatan diri dan anak aku dalam situasi malas ini aku sedaya-upaya untuk mendapatkan makanan seimbang KFC itu seimbangkah? huhu. Sebelum ini aku ada mengambil HPA tapi memang langsung tidak serasi dengan diri aku. Aku ada mengambil OMEGA 3 dan aku juga ada mengambil ubat Tuju Angin tetapi selepas aku makan aku mengalami sakit ulu hati dan kekembungan. Aku pergi ke Al Zahra dan doktor menyatakan jika kita mengambil banyak vitamin-vitamin tambahan kadang-kala ia menyebabkan toksik....owh!!

Selepas kejadian itu aku memang tak ambil apa-apa tetapi sejak aku mula menyusukan Aisyah aku terasa diri aku tersangat letih, mudah stress dan lemah tambahan pula aku tidak pernah makan apa-apa jamu selepas pantang disebabkan Aisyah kene pro-long jaundis so aku terus STOP apa-apa pengambilan jamu dan aku juga amat alah dengan ubat tradisional kerana aku ada migrain.  Aku juga seorang ibu dan isteri yang banyak berdikari sendiri lantaran suami aku adalah seorang tentera di mana kerjanya adalah tidak tentu masa yang memerlukan aku banyak bergerak menguruskan hal rumahtangga sendiri dan sebagainya. Akhirnya aku memilih Shaklee dan setelah memakannya dalam 4 hari aku rasa aku OK aje dengan Shaklee. Trial Pack yang aku pilih ini khas untuk ibu-ibu yang menyusukan. Tetapi harus diingat aku tidak bergantung sepenohnya kepada Shaklee aku juga berusaha untuk mendapatkan pemakanan yang seimbang, mengepam dengan konsisten dan berdisplin, direct feed apabila di rumah dan cuba untuk mengosongkan dada dengan efektifnya bagi merangsang dan menghasilkan output yang banyak. Setelah aku makan Shakley perubahan yang aku nampak ialah susu-susu aku berubah ke warna hijau *maaf gambar tidak dapat dikepilkan hahaha*. Aku juga cuba menghasilkan susu yang berkualiti di samping memakan makanan yang berkualiti sprt memakan KFC...apakah itu? hahaha kualitikah?  Aku rasa dalam beberapa hari ini aku terasa agak cergas sedikit di samping aku rasa ada perkara yang menyeronokkan dan mendamaikan di kepala otak aku ini...ohhh adakah disebabkan pengambilan vitamin Shaklee itu yang salah satu fungsinya menenangkan hahaha....aku rasa IYA...tiba-tiba sahaja aku rasa macam aman, tenteram, seronok dan rasa geli-geli sorang-sorang walau anak-anak aku membuat sepah aku masih tersenyum simpul sorang-sorang haha tidak marah-marah. Dan aku rasa juga output aku ada penambahan dan mudah mendapat let down bila sekarang aku suka tersenyum simpul sorang-sorang....oh Hasmah adakah aku sewel sekarang kekekeke. Aku rasa takat ini laporan dari aku dahulu kalau ada apa-apa kesan lain nanti aku citer lagi wokeh...Byeeeeeeeeeeee.

9 ulasan:

NOR HASMAH berkata...

Sesuatu yg berharga utk dikongsi..hehe..along jgn sewel dulu ye...!!Ku gembira jika mu bahagia..

Zimah berkata...

salam..
nak mencelah gak..betul ker berhasil mkn vitamin tu..sy ni pun jenis x rajin gak masak makanan berkhasiat..kalo masak tu..lauk je ada..sayur xde..buah xde jugak..kalo nasi bungkus mmg lengkap piramid pemakanan tu..kat mane ek nak beli vitamin tu..

DaniTheGirl berkata...

Salam Zimah,

Zimah dari mana yer? Saya dapatkan daripada Hasmah di JB. Masuk blog dia di sini...

http://ibuhakimhaikal.blogspot.com/

dapatkan trial pack dlu dear, tapi apa vitamin pon kita kena makan juga baru amek vitaman baru nampak hasilnya. Bfeed baby ker?

scudmami berkata...

hmm mamaAna pon dah cuba.. ye susu saya pon tuka jadik hijau2 gitu.. memula tu tak perasan sampai la ada member tegur masa tgh pam.. harap nye rase nye masih enak kan... (Faris masih suka je EBM cam biase, maknanye takde tuka rase lah tuh.. heheh)

Betul betul saya setuju ngan mamaAna.. kalu dah makan supplement, air still kena minum banyak, pam mesti teruskan, jangan skip2, empty the breast as much as possible..

Zimah berkata...

salam..
saya ddk putrajaya..
mmg bfeed baby..alhamdulillah dah 8 bln..camne ek nak dptkan..sy pernah mkn fenugreek..tp x serasi..

Norita Shaklee berkata...

fenugreek ni memberi kesan pada bau badan kan? Sebab tu kami suggest makan alfalfa...much2 better.

DaniTheGirl berkata...

N,

Fenugreek ni ada buatkan badan kita sedikit bau ler...kalau amek yg original punya...halba yg masak kari tu mmg badan agak bau takut husband lak komplen bau mamak hehehe. Tapi saya serasi dengan fenugreek dan makan bila susu down je. So far alhamdulillah. Lagipon fenugreek pon agak mahal gak so makan tu berjimat-cermat gak.

missONline berkata...

aLOnggg ... i nak nen bleh?

Set Menyusu , Berpantang & Milkbooster Shaklee berkata...

first time sampai ke blog ni..& baru follow...hihi lawak la entry nya..anyway, saya pon baru nak try shaklee..daripada google2 ni, nampaknya semua positif.. mudah2an memberikan manfaat utk baby & diri :)