Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Hari-Hari Aku Kembali Ceria

Semenjak kes susu-susu beku ku cair hari itu aku start mengepam bagai nak gila huhu. Belum gila lagi cuma agak gigih le sikit berbanding sebelum ini pheeewittt!!.
Aku rasa suami ku pon dah faham dengan rutin aku...maksud aku lebih memahami daripada dahulu, alhamdulillah aku dah nampak ada sedikit perubahan suami ku itu. Lelaki ni EGO dan dia takkan memuji kebaikan kita secara direct tapi kita boleh nampak melalui perbuatan atau mungkin juga dia akan memuji isterinya di hadapan kawan-kawannya. Bagi aku...kalau kita tidak mendapat sokongan daripada suami janganlah mudah mengalah sebaiknya kita harus nekad dan berhati kering untuk buat yang terbaik untuk anak-anak dan juga suami kita juga. Pada aku kita kena balance, masa untuk suami perlu ada dan masa untuk anak-anak juga perlu ada. Kita sebagai isteri perlu kuat, tabah dan sentiasa sabar menghadapi semua itu dan sebab itulah perempuan ini mudah masuk syurga dan mudah juga ke neraka *wink* ada kene mengena ke dengan *wink* ini hehe. Eh ape aku melalut daaa....

Aku sebenarnya memang dah agak tertekan tapi aku tak mahu layan sangat perasaan tertekan dan stress itu sebab aku tidak mahu ia mempengaruhi pengeluaran susu aku dan alhamdulillah setakat ini aku masih mampu bertahan dengan 5 stok beku itu dan bayangkanlah aku dah boleh buat stok beku. Memang ALLAH itu Maha Mengetahui dan tahu apa yang terbaik untuk hambanya seperti aku ini. Kuantiti EBM Aisyah yang ku bekalkan selalu dari 6 botol susut ke 2 botol je so memang ada balance 3 botol. Perlukanhaku risau bila Aisyah minum sikit?? TIDAK sebab pengasuh beritahu aku Aisyah kuat makan so aku rasa dengan pemakanannya itu dah boleh cover apa nutrisi yang Aisyah perlukan. Yaaa bila balik rumah Aisyah kuat menyusu dan aku sekarang dengan rasa senang hati taknak mengeluh sebab terpaksa bangun 2,3 kali waktu pagi. Sebab aku tahu susu badan bermula pada jam 12 tengah malam - 6 pagi sangat berkualiti, penuh dengan lemak yang boleh membantu menaikkan berat badan bayi.

Aisyah semakin bijak (ini aku cakap untuk anak aku saja, setiap anak lain progressnya). Aisyah mudah mengajuk cakap orang...bayi lain akan belajar cakap MAMA...PAPA...tapi Aisyah suka cakap KAKAK kekekek. Aku perasan dia suka ajuk bunyi2 yang kami buat. Kadang-kadang aku suka ajuk skrip iklan meggi "BETUL-BETUL SEDAP....HO HO HO" sampai Aisyah boleh cakap HO HO HO....hahhaahhaha kelakar betul! Kalau si Kakak menangis mesti Aisyah akan membebel atau marah pada si Kakak adoi anak aku. Apa yang orang buat dengan cepatnya dia akan ajuk dan ikot dalam bahasa dia laaa. Makan jangan cakaplah..mak aiii takut aku...suka betul dia makan tapi hari Isnin tu aku bawa timbang berat badan Aisyah tak naik banyak pon tapi aku tetap bersyukur. Sebab apa bayi yang menyusu badan dan minum susu formula sebenarnya graf berat dia tak sama dan bagi aku Aisyah tetap chubby hasil air tangan aku.

Sekarang setiap kali mengepam aku dah perasan ada perubahan...dari 3oz dah up balik ke 5oz atau 6oz. Sebenarnya kunci kejayaan ialah...menyusu direct dan pam pam pam untuk merangsang pengeluaran susu. Ya itu yang aku buat sekarang. Dan aku tak sabar menunggu hari-hari untuk mendapatkan breastpump aku iaitu Medela Free Style...owhhh adakah tgh mandi aku maseh boleh mengepam hahahahha punyalah excited ni!!

nota: Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan SI yg banyak meniupkan semula semangat aku ketika aku tengah down hingga ada yang sanggup menawarkan susu-susu mereka untuk Aisyah. Jasa baik korang aku tetap ingat sampai mati.

8 ulasan:

NOR HASMAH berkata...

Tahniah..teruskan usaha..

nonMember berkata...

tahniah! tahniah! semoga penghasilan bertambah lumayan.



missONline

scudmami berkata...

you go girl... i know u can do it..
bertuahnye Anis & Aisyah ada mama yg kuat semangat cam ni...
never give up kay...

Adwawa3 berkata...

Chaiyyookk...
Cayalah, Along dh bangun semula!! Demi anak mcm2 kita akan buat kan...

note: Along ade try tak Teh Kurma Merah Segera dengan Longan? Wawa bli kat carrefour Alam n bagi wawa mmg berkesan utk increased kan susu.

DaniTheGirl berkata...

Wawa tak pernah cuba lagi longan bahkan rupa paras longan pon tak tahu camner kekekek. Tapi Along tengah tunggu Shaklee ni...nantilaaa pas Along makan nanti Along akan bagi review kat sini. Kurma mmg makan laa ni tak beli dah..ingat nak blei jugak lagipn boleh buh lam bubur Ecah juga. Thanks Wawa!

MomColleCtionS berkata...

salam...jemput ke blog saye k...http://www.my-little-kiosk.blogspot.com

ibu wawa berkata...

tahniah! teruskan usaha mu...

wannorashikin berkata...

Alhamdulillah susu Azrina dah makin increase. Mudah2an akan semakin banyak tau. Jangan stress2 yea