Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Shaklee Trial Pack (Part II)

Selamat pagi Malaysiaaaaaaaaaaaaaaaa.......apa kekdahnya aku meroyan berblog jam 4.15 pagi ni

Kali ni aku nak cerita promote lagi Shaklee. Kalian nampak tak tiba-tiba saja aku bersemangat berblog di pagi buta yang tenang ini owh aku masih lagi di dalam mood yg tenang, geli-geli sorang diri serta bersemangat untuk hidup huhu. Sambil menaip di blog ni aku mengepam susu taw kalians serta aku juga sesambil mencuci pakaian anak-anak yang berlambak itew. Apakah maksudnya itu? Maksudnya Shaklee yang aku ambil ini telah sedikit-demi-sedikit menampakkan keberkesannya. Aku juga sudah nampak output aku apabila mengepam ada pertambahannya dan jangan jelesss lebih kurang seminggu lebih ini aku sudah berupaya untuk membuat stok beku aku sendiri adalah di dalam 13 botolX4oz....ALHAMDULILLAH! Sedang aku menaip ni tetiba aku dapat let down....Along sukAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Meh aku nak citerkan apa yang ada di dalam pakej untuk ibu yang menyusukan ini.....
1.  Vitamin C(500mg) - Mencegah kalenjar daripada rosak dan berdarah, penting untuk pembentukan kolagen, bertindak sbg anti-oksidan dan bertindak mengikut pelepasan masa.
2.  B Complex - B for beauty - true beauty radiates from within, perlu bagi urat saraf, membantu meninggikan sistem pertahanan badan dan membantu mengurangkan stress dan bertindak sbg penenang (kan den dan cakap yang ini buat den senyum sorang-sorang, rasa aman, tenang walau anak-anak buat sepah, suami pi memancing walau den tak suko tapi den raso poie laa bang den redha hahaha)
3. Vita-LEA - Mengandungi 12 vitamin 7 galian yang diperlukan oleh tubuh badan dan ia adalah formula lengkap bagi zat besi ( pas ni den boleh angkat berat sorang-sorang tanpa bantuan orang hehe)
4.  Alfafa - RAJA SEGALA TUMBUHAN. Sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milik booster bagi ibu yang menyusukan anak. Ia juga membantu di dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
Semua ini kita akan makan dalam masa sebulan dan mengandungi 30 biji pil vitamin.

Tapi ingin aku tegaskan di sini jika kalians makan vitamin ini sahaja tanpa mengambil berat soal pemakanan yang seimbang dan berzat aku rasa outputnya untuk susu dan untuk kesihatan badan tidaklah begitu memberangsangkan. Apa-apa vitamin pon kita hendaklah ambil dengan pemakanan yang seimbang. Tapi aku juga syorkan kepada kalians yang suka skip-skip makan, tak sempat makan, tak sempat nak masak makanan yg berzat so ambillah vitamin ini TAPI aku sangatlah menggalakkan jika kalians dapat memberi badan kalians makanan yang seimbang dan penuh dengan nutrisi tak perlulah ambil vitamin. Cuma setiap orang mempunyai berbeza-beza pendapat dan fungsi ttg vitamin. Bagi aku pula, aku inginkan badan aku sentiasa bertenaga, sehat luar dan dalam dan aku juga bukanlah seorang yang menjaga sangat pemakanan so alternatifnya aku memilih Shaklee. Orang kata tepuk dada tanya poket....pilihan di tangan anda. Yang penting sekali aku dapat menyalurkan susu badan yang berkualiti, menjaga kesihatan diri dan dapat rasa sentiasa syok sendiri dan geli-geli selalu hahahahaha.

n.ota: Hasmah suka tak entri Along ni kekekekekek. Jika kalians berminat untuk mencuba Shaklee Trial Pack sila klik di New Life With Shaklee.

5 ulasan:

IbuHakimHaikal berkata...

Yezzzaaaa...i likeeeee!!! along shaklee lah long bkn shakley..typing error..

DaniTheGirl berkata...

Isk salah ker bukan sudah tukar kaaa Hasmah kekekeke. Suka-suka ati jer nak buh Shaklee ke Shakley Along ni hahahaha.

Zimah's Depart berkata...

salam..
nape ek xbleh mkn KFC..hehe..
sorfar susu say xde le merundum sgt..cume mcm cair je..nak try gak le camne..bg anak cpt kenyang..tq for the phone number..

DaniTheGirl berkata...

Zimah, kalau boleh dapatkan makanan yang kaya dengan sumber asli hahaha poyos ni. Bukan aper kalau kita rajin amek fast food banyak yg tak elok dari elok kan....lagipon apa yang kita makan supply pada susu kita. Kenny Rogers ok kot hahahaha...i laike Kenny Rogers. Zimah banyak mana kita mkn untuk banyakkan susu kalau kita stress, moody, kurang mengepam susu ttp tahap itu jer. Happy Breastfeeding!

Zimah's Depart berkata...

saya pun suka kenny rogers compare ngn KFC..hehe..tp ok ker kalo saya pam 4 kali sehari..ke perlu tmbh? b4 this mmg sy pam 8 kali sehari..sejak anak sy masuk 6 bln..dia jd makin kurang minum susu..pastu skrg ni asal kat rumah je x tenang nak pam..anak asek nak menempel je..hari cuti pun dpt pam 2 kali je sehari..pas bgn tido dan seblm tido..ok ke ek camtu..