Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Pencapaian Terbaik 2008

ALHAMDULILLAH akhirnya dengan izin Allah dan berkat doa rakan-rakan aku telah mendapat ganjaran di atas kecemerlangan aku pada tahun 2008 dan majlis APC telah diadakan pada 18 November 2009 yang disampaikan oleh YB Menteri Kewangan Ke-2 iaitu YB Dato' Seri Ahmad Husni b Mohamad Hanadzlah. Tapi ini adalah penilaian BOS aku kepada aku bukan penilaian rakan-rakan atau orang yang pernah bekerja dan berurusan dengan aku.
Orang kata...rezeki masing-masing. Tidak kira samada aku mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang itu disebabkan oleh SENIORITY, bos sgt kasihan sbb dah dekat 10thn jadi PA, dah takde calon lain nak kasik, sebab aku memang BOLEH buat kerja, aku ampu BOS, bagi sebab kesian atau bla bla aku tetap BERSYUKUR. Mulut orang tak boleh kita tutup so apa juga ngomelan orang yang tak sangka aku dapat APC aku hanya boleh katakan....mungkin ini rezeki aku. Aku tetap aku...tetap MALAS macam biasa, tetap amek cuti EMERGENCY kalau anak sakit huhuhu, tetap buat kerja last minute, tetap mengchat tapi jarang mengular takda maknanya aku nak PURA-PURA jadi rajin sebab dapat RM1000 ini. Aku tak rancang lagi nak buat apa dengan RM1000 ini tapi aku nak selesaikan dulu bil-bil tertunggak kah kah kah, nak beli baju untuk anak-anak dan juga nak simpan...belanja officemate nanti dulu bukan kedekut tapi aku kena berbelanja dengan berhemah.

7 ulasan:

missONline berkata...

CONGRATULATIONS !!!! *hugs*

Kan rezeki tu datang dari ALlah .. penilaian manusia lain tak samo dgn Allah .. hari2 tadah tangan minta Allah beri rezeki, anak2 doa sama .. DIA berilah .. now, aLOng amik sikit dari rezeki tu pulangkan pd jalan Allah .. kat mesjid ka, anak yatim ka .. tak payah banyak ikut yg aLOng ikhlas .. RM10 pun kalo benar2 ikhlas, pahalanya berterusan .. insyaAllah.

Selalu bangga dengan pencapaian aLOng .. TAHNIAH aLOng!!

bilaakumenulis berkata...

TAHNIAH !!!! SIAPA KATER WORKING MUM TIDAK BOLEH BERJAYA...HEHEH

DaniTheGirl berkata...

Terima kaseh kerana menyokong perjuangan Along ini...jasa kawan2 ttp ku kenang tak kira kenal di chatroom/susuibu.com/officemate/jiran sebelah rumah/musuh ketat/sahabat ketat hehehehe....*sambil julang piala* TERIMA KASIHHH!!!

fin berkata...

Tahniahhhh ! rezeki anak2 ehehe

Adwawa3 berkata...

Tahniah Along...Selamat nyambut raya korban!

NOR HASMAH berkata...

Tahniah..Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah utk dani from aimi anugerah tertinggi utk kakitangan awam ....caiyukkk terus maju