Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Menyusu Akan Menyebabkan Breast Kita "Jatuh" atau Mengendur?


Mama...nanti Ecah besar Ecah bagi duit Mama pi senaman erobik tu taww....hihihi

Semua idea-idea ini ku cilok dari SUSUIBU.com tapi ia amat bagus untuk ku kupaskan bawang tajuknya dan mendapatkan reaksi dari pembaca-pembaca blog aku yang tak seberapa ini ku maseh tidak dapat menandingi blog kak SENDUK itteww huhuhu yang pengkomennya hampir mencecah puluhan huhu. Takpelah kalau takde orang mengomen...biar aku mengomel...ku taip dan ku jawab sendirik ngeeeee!

Adakah menyusu membuatkan breast kita jatuh atau mengendur? labuh sampai ke lutut?Tembak!! Bagi aku TIDAK!! Aku sendiri tak kesah kalau breast aku labuh ke lutut hahahaha (adakah aku KESAH? kesah sebenarnya!!?). Aku kena buktikan menyusu tidak mengganggu kecantikan ku semulajadi ini ngeeeee!! Apa yang penting sila nyanyi versi Wonder Pets kita sebagai isteri kena jaga seperti pakai krim ker...urut ker...janganlah dah susukan anak semua tak jaga tak pasal suami komplen cam haku ler tu uwa uwa uwa. Lagipon kalau kita menyusukan anak breast kita takkan lembik dan kendur unless kita stop menyusu memang benar breast kita akan jatuh skit...pointing down le tu... tapi ada senaman-senaman yang membolehkan kita UPkan semula breast kita seperti yang pernah aku ikuti kelas erobik semasa zaman anak dara ku dahulu ataupon kalau ada duit lebih boleh invest beli push up bra okeh...apa pon kecantikan bukan terlihat pada fizikal semata-mata tapi terlihat di hati....LAYANZZZ!

nak update sedikit info mengenai breast "jatuh". Apakah menyebabkan ia "jatuh" atau kendur??

1. Peningkatan usia
2. Merokok
3.Saiz payu dara yang besasr
4. Kekerapan mengandung

Jangan jadikan menyusu badan punca breast kita jatuh atau mengendur dengan harapan tidak mahu menyusukan anak kita...ingatlah...jangan menafikan HAK anak anda...Boleh baca artikel ini di SINI.

3 ulasan:

ibu wawa berkata...

akak setuju dgn Dani...

sebenarnya kalau menyusukan anak badan kita akan sentiasa langsing. mana taknya, semua makanan yang kita makan dah jadi susu.

lagipun bila susu membengkak, breast kita lebih cantik daripada pelakon2 Hindustan tu...

anak ketiga akak inilah yang baru betul2 akak menyusu anak sepenuhnya dgn susu badan. akak tak kisah apa orang nak komen ttg kecantikan. yang penting anak akak dapat khasiat susu ibu sebaiknya.

dani main kutu medela FS dengan aishah group 7 ke?

DaniTheGirl berkata...

iyer akak saya main kutu dengan aishah tapi saya tak pasti grup berapa cuma last month tu takde orang tapi kami ttp bayar....ermmm kalau akak ada duit lebih boleh masuk kot tapi kena bayar balik yang sebelum tuh ler..kiranya saya second last...selepas saya takde orang tapi kami ttp bayar.

DaniTheGirl berkata...

Lupa nak bagitau...saya dah link blog akak kat blog saya..sorry tak bagitau hihi