Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tempoh Penyimpanan Susu Perahan

Entri ini khas untuk AKMA81....ku doakan semoga dia dapat menyusukan bayinya yang bakal keluar pada November ini sehingga 2 tahun dengan sukses... 



Chest freezer jenama ELBA
ku beli dengan harga RM700++



 Pandangan hadapan

Stok susu beku bulan Ogos 2009 dan juga 4 keping ice pack MLO di tingkat atas

Hihihi dalam plastik tu pulak hasil tangkapan suami aku di kolam pancing
Yang jadi masalah sekarang macamana aku nak defrostkan chest freezer aku ni
dalam tu ada stok susu beku bulan Ogos, September dan Oktober 2009 tak sampai 100 pon tapi adalah rezeki si Ecah gebuz tu..

Human breast milk should be stored at refrigerator temperatures for no longer than two days, according to the results of a small trial published in the October issue of the Archives of Diseases in Childhood, Fetal and Neonatal Edition. Storage for longer periods or at colder temperatures causes the milk to lose antioxidant activity.
"Human milk, which contains compounds beneficial to infants, is often expressed and stored before use. Changes in its antioxidant activity with storage have not [previously] been studied," write N. Hanna, from the UMDNJ–Robert Wood Johnson Medical School in New Brunswick, New Jersey, and colleagues.
"Preterm infants are born relatively deficient in antioxidant defences, and ingesting human milk rapidly increases antioxidant concentrations," according to Dr. Hanna and colleagues. "This may partly explain the protection afforded by human milk in the development of necrotising enterocolitis and retinopathy of prematurity."
Within 24 hours of delivery, 16 breast milk samples from mothers of term and preterm infants were divided into aliquots. Fresh samples were immediately tested for antioxidant activity based on their ability to inhibit the oxidation of 2,29-azino-di-3-(ethylbenzthiazolinesulphonate) to its radical cation compared with Trolox, a strong antioxidant that is a derivative of vitamin E. The remaining aliquots were stored at –20°C (freezer temperature) or 4°C (refrigerator temperature) for analysis at 48 hours and at seven days.
Both refrigeration and freezing significantly decreased antioxidant activity, but freezing resulted in a greater decrease than refrigeration. Storage for seven days decreased antioxidant activity in breast milk more than did storage for 48 hours. Although there was no difference in antioxidant activity in milk from mothers who delivered prematurely or at term, formula milk had significantly lower antioxidant activity than did fresh human milk.
Study limitations include small sample size and inability to ascertain which components of milk are affected by storage.
"Fresh human milk has the highest antioxidant capacity, which decreases with storage over time. To preserve antioxidant capacity, milk should only be stored for a short time at refrigerator temperature and not frozen," the authors write. "The antioxidant capacity of infant formula did not change with storage, which is consistent with previous studies suggesting stability of fat soluble vitamins with storage. Thus it is likely that antioxidant enzyme activity of human milk degraded with storage."


Perkara pertama yang bakal ibu harus tahu ialah bagaimana caranya untuk menyimpan susu perahan kita.

- Susu ibu yang belum dibekukan dan berada pada suhu bilik boleh bertahan selama 8 jam. Walau bagaimanapun jika susu telah disejukkan, sebaiknya dibawa pulang di dalan bekas yang sejuk juga kerana dikhuatiri perubahan suhu pada susu tersebut boleh merosakkan kualiti susu.

Ku tak pernah biarkan susu yang diperah melebihi 4 jam sebab ku tak YAKIN. Sebab aku katakan begini...kajian ini dibuat di Barat so korang boleh bandingkan cuaca Malaysia dengan cuaca dorang yang sana. Pepaham ajerlah cuaca kita panas terik so kalau boleh janganlah simpan sampai 8 jam unless kalau kita dipejabat yang ada aircond ku rasa boleh bertahan sampai 8 jam tapi aku tak GALAKKAN sgt. Kajian manusia ni sering berubah so nasihat aku ialah....aku biasa guna dalam masa 3 jam sahaja.


-susu yg diperah boleh disimpan di dlm fridge (bhg bwh  rak paling atas sekali) selama 24-48 jam shj...ia boleh disimpan di dlm freezer (bhg atas) selama 2 minggu - Ini adalah untuk peti ais 1 pintu

-susu yang diperah boleh disimpan di dalam fridge (bahagian bawah tp rak paling atas sekali) selama 5 hari (saya tak menggalakkan)...di dlm freezer (bhg atas) selama 3 bulan - peti ais 2 pintu

-Deep freezer /chest freezer boleh disimpan sehingga 6 bulan

p/s: jangan shaking susu perahan kita kerana ia boleh merosakkan struktur susu itu dan ditakuti kandungan zat itu berubah so juz goyangkan jer okeh (jgn goyang inul pulak yer ibu-ibu) dan susu perahan kita boleh di campur-campur (tapi ku tak galakkan juga sbb ku pernah hadiri kursus penyusuan susu ibu di mana kita tidak boleh campur susu tapi agak sukar kita hendakkan dpt amount yang anak kita minum so ku longgarkan sikit kaedahnya boleh CAMPUR tapi di dalam suhu yang sama di dalam masa 24 jam)



Tambahan:


Ini ku copy paste dari posting mama (sebab ku tak reti karang ayat)




Joined: 2004/3/26
From: Bandar Baru Bangi
Posts: 785
Re: Tempoh penyimpanan

Puan, tahniah kerana puan berazam untuk menyusukan anak puan sepenuhnya.
Mengenai kemusykilan puan tentang kualiti susu yang disimpan, memang benar terdapat kajian dibuat mengenai tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.

Kajian ini baru sahaja di buat dan diterbitkan artikelnya pada Oktober, 2004. Cadangan dan kaedah penyimpanan susu bagi ibu bekerja pula telah lama wujud sebelum kajian ini dibuat. Itulah sebabnya terdapat sedikit percanggahan maklumat di dalam perkara ini.

Sebagai jalan tengah kepada permasalahan ini, SusuIbu.com mencadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, puan bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu puan di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya begini, katakan puan telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari puan berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dair koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, puan dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak puan.

Diharap kaedah ini dapat dicuba dan memberi manfaat kepada puan dan anak puan serta ibu-ibu bekerja yang lain.


Tiada ulasan: