Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Chicken Pox

Kesian Ecah sejak hari Ahad lepas satu tubuh badan anak aku dipenohi chicken pox dan paling ketara banyak bila Isnin petang ni ku ambil dia dari nurseri. Tak sangka pula Ecah kena chicken pox seawal 8 bulan dan kena yang besar-besar pula tu. Apalagi kawan tu asal malam jer meragam ler sebab badan sentiasa panas dan kejap-kejap aku bangun untuk pastikan panas Ecah tidak terlalu tinggi. Aku pula sejak hari Selasa-Jumaat memang aku tak bekerja, lantak le bos nak cakap apa yang penting anak aku sehat. Walau bos tak cakap apa takut orang lain pula yg bercakap kat belakang...biasalah...bila dah jadi PA pastu beranak 2 pula tu mestilah orang lain akan tengok performance kita dan nak banding2kan kita dengan yang bujang. Kalau aku ada maid pon aku tetap ambil cuti...dari hilang anak baik hilang kerja kalau itu pilihan yang diberi. Kalau ikotkan aku nak cuti 2 minggu tapi mana boleh sedangkan cuti aku tinggal 9 hari so terpaksalah aku mengimport mak aku dari kampong yg tak kampong tu hihihi untuk jaga Ecah yang tak gebuz dah.




Gambar ketika comei



Gambar berchiken pox
Mama, pasni Ecah kena buat botox laa huwaa


Gambar Hiasan
Wajah si Kakak yg tak ayu ni kena gak letak kalau tak kang dia jeles sbb asek interframe si Adik Ecah jer hihi


 



5 ulasan:

ezan berkata...

betul3x.. kalo ezan pun anak sakit lebih pentingkan anak dr keje.. lantakkan org nk kata.. hehehe..

ecah.. cepat sihat ek.. aunty ezan doakan aisyah cepat baik dr chicken pox.. amin..

Amor Rizan berkata...

sy pun doakan dia cepat sembuh k

missONline berkata...

aLOng .. semoga ecah cepat sembuh. dah beri air kelapa ka? mak dulu kata air kelapa menyejukkan ..

DaniTheGirl berkata...

ezan,
Thanks memanyak.

amor_rizan,
Thanks memanyak dan sudi ziarah blog saya ihiks

miss,
Dah bagi ayaq kelapa tu kuar banyak...dah nak sehat dah

Norhafiza Wahab berkata...

baru dapat berlama-lamaan sket depan komp ni...weekend lepas balik kl, jadi tak sempat nak mejenguk tenet sangat...emm, patutla minggu lepas Along tak de update blog (sebab biasanya tiap-tiap hari ada update baru...hehe...), rupanya ecah tak sihat...tapi baca komen atas tu Along bagitau dah nak sehat ye, alhamdulillah... :)