Semalam kami sekeluarga bawa Aisyah bersunat di Az-Zahra, Bangi. Kalau di kampung-kampung bayi perempuan disunatkan semasa dalam pantang lagi tapi kalau kat bandar ni dah jarang orang nak buat cara camtu. Masa Anis dulu kami sunatkan dia semasa berumur 6 bulan, suami ku pernah juga cadangkan lepas bersalin tu terus sunatkan masa mak bidan mai berurut tapi aku tak yakin dengan mak bidan ni. Sorrylah kalau ada yang terasa bukan apa aku tak yakin kebersihan pisau/gunting yang mak bidan tu nak guna takut nanti pas sunat ada jangkitan kuman lagipun dorang mana guna apa-apa...eee NGERI aku. Masuk je bilik doktor aku dah cakap aku takmo tengok Aisyah disunatkan sebab aku ni jenis tak sampai hati...masa Anis dulu aku yang pegang dia walau aku rasa cam gerun kali ni aku taknak...tak sanggup mak!!! Punyalah 2 orang jururawat yang pegang Aisyah tapi Aisyah memang kuat meronta lelebih lagi di suruh baring dan dikangkangkan bukan lucah eh lagilah aku tak sanggup. Doktor yang nak sunat tu aku tengok cam teragak-agak nak gunting ujung tutttt Aisyah sebab Aisyah banyak bergerak sambil menangis...ishhh lamanya aksi lucah ni tak sanggup aku. Masa disunatkan Aisyah menageh sekuatnya...alahai..sakit ke nak dan selepas itu doktor tunjukkan aku cebisan kulit yang di potong. Bagi bayi perempuan cara bersunat ialah dengan memotong sedikit asalkan keluar darah sbg syarat. Bersunat ini adalah sunat muakkad maknanya tak buat pon takper, buat pon tak salah...betul tak, kalau tak betul tolong perbetulkan. Alahai anak omak....sudah jadi anak dara pon hhhhhhhahahahaha. Insyaallah kalau ada rezeki kami sekeluarga nak buat aqiqah untuk Anis dan Aisyah serta kenduri doa selamat sedikit lepas ini.
Rancang Persaraan Anda
-
Rancang persaraan anda.. Persaraan sememangnya ditunggu setiap pekerja.
Malah sudah banyak yang direncanakan untuk waktu berkenaan seperti bercuti,
menunai...
7 tahun yang lalu
1 ulasan:
ooo nak buat kenduri ek???
aku mmg suka mkn2 ni... hahhahha
nota kaki: lain macam je bunyik nye nih!!!
Catat Ulasan