Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Bonus Punya Cerita


Usah terlampau harapkan pemberian bonus

Sumber dari Utusan Malaysia
3 September 2009

DALAM keghairahan membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba kira-kira 17 hari lagi, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) usah terlalu mengharapkan kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam.
Dalam suasana ekonomi sekarang, warga kakitangan kerajaan perlu memahami kedudukan kewangan dan keutamaan yang harus diberikan oleh kerajaan kepada rakyat keseluruhannya dan negara.
Seandainya kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pemberian bonus dalam masa terdekat ini, itu bukan bermakna kerajaan tidak prihatin soal kebajikan penjawat awam.
Jika tidak diberi sekarang, mungkin bonus akan diberikan hujung tahun sebagaimana lazimnya.
Sikap tidak terlalu mengharapkan bonus perlu ada dalam jiwa supaya tidak timbul perasaan kecewa dan marah kemudian hari.
Tidak salah jika kita katakan bahawa kerajaan Malaysia paling prihatin di dunia terhadap penjawat awamnya.
Sudah banyak kemudahan yang lebih besar nilainya daripada pemberian bonus diberi kepada mereka. Bayangkan pelbagai bentuk kemudahan disediakan untuk penjawat awam baik pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan dan perubatan hospital, kemudahan melanjutkan pelajaran dan pelbagai elaun.
Jika dibandingkan dengan penjawat awam negara lain waima di negara maju pun, ia tidak dapat menandingi kemurahan hati kerajaan Malaysia.
Kepada 1.2 juta kakitangan kerajaan dan 75,000 pesara - mereka jangan terlampau mengharapkan bonus Hari Raya.
Selain faktor ekonomi semasa dan pertumbuhan yang perlahan, mereka perlu bertimbang rasa dengan bebanan kewangan kerajaan selepas pemberian kenaikan gaji yang agak tinggi pada 2007.
Malah kalau dihitung jumlah pendapatan yang dinikmati oleh mereka hasil kenaikan gaji itu, ia sebenarnya sudah melebihi jumlah bonus satu bulan gaji.
Jadi ada kewajaran seandainya kerajaan tidak memberikan bonus kepada penjawat awam untuk perbelanjaan menyambut Hari Raya tahun ini.
Kita percaya, jika tidak diberikan bonus kali ini, kerajaan tahu bila masa yang sesuai untuk memberikan 'hadiah' itu.
Oleh itu semua penjawat awam perlu bersabar. Fikirkanlah betapa kakitangan awam di negara-negara jiran tertentu tidak pernah pun sekali menerima bonus.
Pemikiran penjawat awam Malaysia perlu berubah. Apakah apabila sudah mula dibayar bonus, mereka mesti diberi bonus tanpa mengira kemampuan ekonomi negara?
Kita mohon agar penjawat awam patut bersyukur bahawa kerajaan masih mampu membayar gaji setiap bulan dan tidak menyusahkan rakyat ketika negara bertungkus-lumus memulihkan dan merangsang ekonomi negara. Dahulukan rakyat dan utamakan pencapaian di kalangan penjawat awam untuk bersaing menghadapi suasana globalisasi, era teknologi maklumat dan lain-lain cabaran global.


Komen aku: Memang tersangatlah bersyukur tapi kalau dapat pon lagi bersyukur. Jangan kata rakyat tak bersyukur yang tak bersyukur tu pak menteri, pak timbalan menteri serta pegawai atasan. Cuba CUEPACS kaji gaji menteri2 dan high level ni lagi tak patut. Bermacam2 dan berbagai2 elaun yang mereka dapat. KERETA Kerajaan bagi, KAD Touch n Go Kerajaan top up, HP Kerajaan bagi, bil HP Kerajaan bayar, dapat lagi Elaun Keraian, Elaun Selenggara, Elaun Pembantu Rumah, Elaun itu Elaun ini, Elaun saja dah ribu riban tak masuk gaji pokok lagi.  Kalau pak-pak menteri ni drebar ada siap ada Elaun drebar lagi, boleh kawen 2,3, 4 even kakitangan bawahan pun kawen 4 hahaha,  pastu banyak lagi kemudahan untuk orang ATAS ni. Kalau orang bawahan dapat minima RM1000 bonus tapi kalau untuk high level minima bonus mereka bersamaan GAJI POKOK.  Bayangkan kalau GAJI POKOK dorang jer RM7ribu maka bonus dorang pon RM7ribu, yang kami orang bawahan baru nak mintak dah kene sound cakap tak bersyukur...akai ada ka??? RM1000 pon nak ungkit?

3 ulasan:

JajaPLuG berkata...

wah.. garang gile weiii....... siap bold lagi.. seram aku!!

sabar!!!!! ko masih keja gomen...

aku yg keja swasta ni??? nganga je tgk korg dpt bonus.. siap kutuk staff gomen lagi... hahahha ko kutuk org atas... sok2 ko dpt bonus.. org swasta lak kutuk ko.. mcm aku... kekkekeke..

tapi sbnarnya salah sape?? yg pasti dan nyata...

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG... HAHHAH

Azrina bt Mohd Tajul Ariffin berkata...

Jaja, sape yang keje swasta tu salah SENDIRI hahahahaha. FYI, aku ditawarkan bekerja di KERAJAAN hahahaha. BONUS hak kami dan lantak le korang nak kutuk ape pon korang yang penat kami tak penat yang aku tahu dapat BONUS muerhahahaha. Realitinya....orang keje swasta tak tahu aper tahu MENGUTUK je.

p/s: bukan salah ibu mengandung tapi banyak sangat minum susu FORMULA muerhahaha

Tanpa Nama berkata...

bonusssss bonusssssssss bonusssss