Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Citer Sedih di Nurseri Si Comel...

Patutlah seminggu 2 ini ku rasa hati ku tak sedap bila hantar anak-anak ke nurseri rupanya ada sesuatu yang berlaku. Hal ini terbongkar bila ku ajak Teacher A untuk menjaga anak-anak ku last weekend. Aku terlibat dengan game di Bahagian aku dan suami ku pula outstation dari 8/8/2009 sehingga 19/8/2009 ini. Memang sedeh sebab aku dan anak-anak sering ditinggalkan tapi apakan daya suami seorang tentera hendak atau tidak aku terpaksa lalui kehidupan sebegitu. Aku TERPAKSA mengupah Teacher A untuk menjaga anak-anak ku. Sejam ku bayar rm10....lumayan ku rasa. Teacher A adalah teacher baru bagi anak ku Aisyah (6bulan). Walaupun dia baru sebulan menjaga anakku so far aku puas hati sebab dia mudah di ajar dan mudah faham bagaimana nak handle EBM. Ini antara beberapa cerita yang terbongkar di nurseri si COMEL itu....

1.Aisyah penah dibiarkan menangis berjam, tidak diberi susu hingga kekembungan. Katanya Aisyah adalah kategori "bayi yang bermasalah" sebab letak lama sikit nangis hendak berdukung. Dulu ku bekalkan EBM Aisyah 3ozX6botol dan pernah beberapa hari dia hanya menum 3 botol sahaja dan ku ingatkan Aisyah kena nursing strike rupanya Teacher dia yang nursing strike...

2. Teacher-teacher tidak suka jaga Aisyah sebab Aisyah minum EBM. Leceh nak jaga EBM dan aku pula di COP ibu yang cerewet...

3. Aisyah pernah juga diberi minum tak sampai 2 jam dan pernah juga kekembungan sebab terlalu banyak menum. Ku ingat dia kena growth spurt tapi rupanya Teacher dia yang kene growth spurt...

4. Aisyah sering dimarahi kerana dia kuat berak. Ermmm....apalah naseb anak ku ini

5. Anis tidak berapa di hiraukan sangat sebab katanya Anis kurang comel dan hitam. Teacher2 di situ lebih suka kanak2 yang comel, puteh, gebu dan sebagainya.

6. Pernah masa ku ambil Aisyah...pampers Aisyah sudah lembik sbb najis terlalu lama hingga timbul ruam. Aku juga dikondem kerana memakaikan Aisyah CD katanya aku pengotor sebab CD tu yang ada najis diperap di dalam beg

7. Teacher yang jaga Aisyah sebelum ini amat baik pada ku rupanya dia adalah TALAM 2 MUKA....depan aku semua kelihatan sempurna tapi dibelakang aku dibuatnya Aisyah...patutlah tiap kali ku amek Aisyah dari nurseri suara dia serak..rupanya dia menangis lama di nurseri...

Sebenarnya banyak lagi penderaan Teacher2 si Comel lakukan kepada anak-anak ku tapi ku sebak nak cerita. Apa yang mampu ku lakukan ialah berdoa agar anak-anak ku sentiasa di lindungi oleh Allah keselamatan dan kesihatan mereka semasa ketiadaan aku. Aku sedang berusaha untuk menukarkan anak-anak ku ke nurseri yang lebih selamat tapi sehingga kini 2 nurseri dah reject...dorang taknak amek baby...takkan aku nak asingkan kakak dan adik...diorang tu rapat...tak sanggup aku nak hantar asing2 lagipun susah nak hantar 2 nurseri sure aku akan lambat ke pejabat...

13 ulasan:

Unknown berkata...

ish ish..kesian dan tak patut. Dulu ku memberontak nak pergi berkerja. Tapi bila baca cite2 mcm ni..hmm.,terus lama2 jadi lemau dah!

DaniTheGirl berkata...

Yatie, itulah dilemma oleh ibu2 bekerja...kalau nak yang sempurna maknanya kene berhenti kerja tapi kalau aku berhenti kerja mmg takleh survive leee. Aku tgh usaha nak tukar nurseri tapi banyak nurseri rejek baby minum EBM dan takmo jaga budak bawah setahun...susah ler...

Unknown berkata...

kenapa ko tak cari pengasuh jer?cuma byr lebih skit la tapi..haha..sorilah aku bab2 ni kurang faham skit takda pengalaman...

DaniTheGirl berkata...

Yatie, hari tu aku mmg carik pengasuh tapi dia mintak rm250 dan bubur aku masak. Bab masak ni aku dah tak kesah mmg niat aku nak bagi Aisyah mkn hasil air tgn aku tapi bab bayaran ni aku kene berkira sedikit. Honestly aku mmg tak mampu kalau rm250 tapi aku sedang usahakan gak kalau2 ada pengasuh di rumah hendak dan carik juga memana nurseri yang nak terima. Tapi aku dah tanya kawan2 aku yg bagi EBM..pengasuh ckp susah...pening betul..

wannorashikin berkata...

Azrina,

Ada ahli susuibu namanya ainrahahmad nak jaga baby. Cubalah try tanya dia.Dia pun tinggal di Putarajaya. Wan ada baca dlm blog dia dia dah g Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak.

Bagi wan , memang elok Azrina cari nursery atau babysitter lain.

Jgn tensen2 k. Bacakan berdoa. Moga ALLAH akan bagi keluar jalan.

syikin berkata...

hmmm sabar la ye, depa ni sesuka hati je buat kat anak org...

mcm saya, yg kakak (3 tahun lbh) hntar ke taska, kira masuk kelas tadika, boleh blaja2 skit sementara kami p kerja
adik (5 bln lbh) hantar pengasuh

maleh nk hantar taska, sbb depa jaga ramai, saya khuatir depa tak boleh handle ebm

DaniTheGirl berkata...

Wan, saya dah call Ain...dia dah ada sorang baby 7bln dan dia tak mampu handle sorang lagi baby...ermm..takpelah takde rezeki. Rumah kami pun dah dekat tapi nak buat camne...

wannorashikin berkata...

Azrina,

Tak pe maybe leh cari nursery atau babysitter lain. Yg nursery lain yg private ada kan kat sana.Cuma biasalah fee mahal sikit.

Tapi untuk anak terpaksa berkorban kan.
Mudah2 an anak-anak kita akan menghargai pengorbanan ibu bapanya

Fiza Rahman berkata...

Salam mamaAna, sian anak²mu, ada double standard plak, tak patut btul, nasib baik mu tahu awal. Ini lah dilema ibu yg bekerja kan, nak cari nursery yg sesuai tu agak payah.

Azrina Mat Talib berkata...

Azrina, if u don't mind boleh sy tahu bape u bayar kat nurseri si comel utk anis & aisyah?

Mcm sy hantar kat umah pengasuh, mmg biasa kalau dr baby smp belum pandai berjalan kene charge RM250 sebulan. tp anak sy even dh 1thn setengah & dh lama pandai jln tp still dia tak kurangkan. maybe sy hantar awal pg dlm jam 6.45 dan ambil dlm jam 5.30 ptg.

nurseri si comel ni under gomen gak ke? biasa gomen staf yg hantar anak kat nurseri kat jabatan² tertentu tu kat mana?

Azrina Mat Talib berkata...

anak u comel² la. yg kakak tu sweet je muka dia. teruk betul la diaorg tu. sedih sy baca pasal ni. semoga Allah beri pembalasan pd org yg buat anak² u mcm tu.

Nik Ha berkata...

Ya Allah sampai mcm tu sekali.Boleh report kat kementerian tu kalau dah ada bukti2.Mmg kena spot check sket br tau kejadian sbnr kan.Doa2 dipermudahkan segala urusan Rina.

hasyani berkata...

teruk betul neseri yang double standard macam tu,ader ke patut,disebabkan kulit gelap,depa malas nak layan sangat budak tu...tak mesra kanak2 betullah...sumer kanak-kanak comel aper...tak kira hitam ke putih...benci betul neseri tu....sorry teremosi sikit,sebab ku dulu selalu juga dikriminasikan di kelas semata2 kulit ku gelap....