Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Hasil Tenusuku


Ini ialah SUSU FORMULA jenama Dutch Lady langkah 1 iaitu 0-6 bulan. Dulu Aisyah adalah pengguna SUSU FORMULA tapi ku beli susu ini rasanya baru 2 kali, 1 ku letak di nursery dan 1 lagi ku letak di rumah tapi alhamdulillah kini TIDAK lagi. Jimat woooo ba yangkan tin ni harganya adalah rm18.90, bagi ku ia tetap mahal tapi bagi orang lain mungkin tidak so terpulanglah pada citarasa memasing.







Inilah hasil tenusuku yang ku simpan di bahagian sejuk peti ais pintu 1. Setiap hari Aisyah akan minum 3ozx5botol itupong dia tak habeh sebab sekarang dah banyak main. Dulu dia mampu habehkan 3.5ozx6botol, ku risau jugak kalau -kalau berat dia jatuh tapi alhamdulillah berat dia konsisten seperti graf di kad merah dia tu. Dulu aku ingat SUSU FORMULA dan SUSU IBU ni kiraan dia sama tapi rupanya tidak. Walaupun ku bekalkan dia 3oz tetapi ia adalah mencukupi kerana SUSU IBU mempunyai semua khasiat yang tidak ada di dalam SUSU FORMULA (of courselah susu lembu mana sama dengan susu manusia). SUSU IBU mengenyangkan dan mudah di hadam sebab itu bayi dalam masa 2 jam pasti akan hendak susu lagi berbanding SUSU FORMULA lambat dihadamkan dan bayi boleh tidur selama 4 jam!! Akan tetapi ibuk-ibuk sekalian SUSU IBU akan berubah mengikut keperluan bayi sedangkan SUSU FORMULA sama saja keperluannya walaupun bayi meningkat dewasa oleh itu katakan TIDAK pada SUSU FORMULA. Lagi satu nak habaQ mai....bayi yang meminum SUSU IBU poo poo dia maseh suci hahahahaha....poo poo dia berwarna kuning cair tidak sama seperti SUSU FORMULA yang berkalerful dan buatkan bayi sembelit. SUSU IBU ni kalau bayi tidak poo poo selama seminggu pun tidak menjadi masalah kerana ia mungkin menyerap ke badan bayi tersebut dan tidak akan buatkan bayi sembelit unless ibuk-ibuk ada makan makanan yang membuatkan bayi ibuk tidak selesa.



Paparan ini bukan bertujuan untuk RIAK atau TAKBUR tapi untuk memotivasikan kepada ibuk-ibuk lain bahawa setiap daripada kita mempunyai susu dan tidak logik kalau kita bagitau yang kita tidak mampu susukan bayi kita kerana kita TIDAK ADA SUSU!! Susu tu bukan keluar dengan meriahnya suka-suka hati dia tapi kita hendaklah mengstimulatekan payu dara kita agar susu kita akan keluar dengan meriahnya. Bagaimana kita hendak mendapat susu yang banyak tidak lain tidak bukan ialah dengan kerap menyusukan bayi kita, bagi ibu yang berkerja hendaklah mengepam sekurang-kurangnya 3x sehari di pejabat sebagai menggantikan penyusuan dengan bayi anda serta hendak selalu berfikiran positif. Cam emosional lak ayat aku hahahah. Lupa ku nak habaQ kat korang stok frozen aku dah bertambah ke 20 botol....horeeeeee harap akan bertambah setiap hari bagi bersiap sedia untuk bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini. Ini pun aku dah setat ada penyakit M, dah mula skip-skip mengepam huhuhu.

6 ulasan:

Nik Ha berkata...

Salam mamaAna,
Beli deep freezer ek?kite pun peti sejuk 1 pintu je.Risau stok cukup2 utk sehari dua je.nak wat stok frozen takleh sbb jangkahayat kat freezer 1 pintu kan 2minggu je.pastu hubby suh defrost la.mula2 buang je yg frozen tu sbb bg yg fresh kat bb.rasa nak nangis je,then tuka strategi guna frozen byk sikit tp sygla takde stok kan.risau gak takut susu merudum time posa @ peod.
Sowy,pjg lak.

Hidup Aku berkata...

Nik Ha,

Saya pong pengguna peti ais satu pintu, cube servey2 kat kedai sekenhen yang nak tolak deep freezer. Ada rakan SUSUIBU.com beli dengan harga paling murah rm50 lagi tapi kena pandai carik ler. Seeloknya banyakkan yang fresh, takpe pasni Nik Ha kene giatkan mengepam k.

NuRuL DhiA berkata...

salam aza,
yeah seronok tgk hasil tenusumu.
jeles nurul hihihi...xpe la susu tgh meriah ni rerajin la ngepam, lawan cik M tuh. biar banjir susu, jgn kemarau susu nnt bukan senang nak banjirkan semula

ummu berkata...

assalamualaikum mamaAna..seronoknya.kalaulah saya pun boleh wat cam tu .. tahniah tahniah...

DaniTheGirl berkata...

nurul..penyakit M dah sampai...tolong!!

DaniTheGirl berkata...

ummu Masyitah...terima kasih tapi skrg penyakit M dah ada ni hehe