Salam warga bloggers tidak kira di mana kalians berada yang sentiasa rajin mengikuti blog aku yang perasan ramai peminat ni huhu *hai hasmah* *ampon cik sal ku ikot gaya mu menaip* hihihi
Dah lama aku tidak bercerita pasal cloth diaper ni kan. Sejak aku give up meng 'cloth diapering' Ecah terus aku bertukar ke penggunaan DD (dispo diapers) *aku terpaksa terangkan term-term ini sebab blog aku juga diikuti oleh orang bujang seperti cik Miss dan cik Safina *ampon hahahaha*. Aku berhenti pakaikan Ecah CD masa dia 4,5 bulan gitu. Masa itu aku rasa aku memang tak boleh nak handle hal rumahtangga berseorangan, Ecah asek nak mengepit jer so memang agak sukarlah aku hendak menumpukan perhatian kepada cara-cara cucian cloth diaper ni. Sebenarnya bagi ibu yang jatuh cinta dengan cloth diaper ni tidak ada perkataan susah untuk memakaikan kepada anaknya bahkan ia menjimatkan sebenarnya. Salah aku juga kerana sewaktu aku memilih untuk berCD aku tidak membuat sedikit kajian atau membuat sedikit homework kelasss akak punya ayat kan? bagaimana tatacara penggunaan CD ini. Sejak Ecah dah pandai main sendiri, dah besar sikit ini tetiba hati aku terbuka kembali untuk berCD. Sebenarnya banyak CD-CD aku telah jual kepada rakan SI tapi maseh ada juga yg berbaki so aku guna kembali CD yang lama terperap di almari itu.
Memang Ecah alah kepada material jenis fleece dan suede tapi yang aku perasan dia sangat-sangat mudah dinaiki ruam bila guna CD fleece. Aku dapat rasakan montot gebuz Ecah kelihatan berpeluh di situ dan aku rasa itulah punca ianya dinaiki ruam. Aku cuci semula CD-CD lama Ecah yang masih berbaki dengan air panas. Memang ku sental dengan gigih segigih ruam itu naik semula. Nak kata masa Ecah pakai DD tidak beruam...tidak juga bahkan lagi teruk hinggakan doktor bilang kepada aku yang Ecah kena jangkitan candida di mana ia sebenarnya bakteria yang sama orang dewasa kene jika berlakunya keputihan yang banyak. Memang buruk rupa 'flower' Ecah huhuhu. Dahler dengan bekas-bekas chicken pox di tambah pula dengan bekas ruam yang amat buruk itew. So aku rasa baik ku mulakan berCD tapi kali ini aku kene banyak membaca, meneliti cara mencuci dan jangan terburu-buru membeli CD dalam pakej yang banyak. Aku start oder semula CD Lunatots. Untuk ibu-ibu baru ku strongly recommended CD Lunatots paling de best dan ku berikan 5 bintang. CD Lunatots memang lembut, getahnya yg sangat grip dan sukar untuk bocor walaupon kita tidak prewash (ibu-ibu jangan tiru saya eh saya mmg suka pakaikan terus tanpa mencuci dahulu). Sebenarnya CD ini semakin kerap kita mencuci so semakin baguslah kadar serapannya.
Kali ini aku cuba dahulu material jenis bamboo untuk Ecah. Ini adalah kerana bamboo adalah anti bakteria, sangat lembut dan tidak membuat anak aku berpeluh. Bagi anak-anak yang alah pada material fleece or suede aku suggestkan untuk mencuba bamboo tapi bamboo punya pasaran tidak sebanyak CD fleece dan suede. So far dalam simpanan aku ialah Little Shrimp dan Wuddah. Tapi aku sangat suka pada CD Wuddah sebab inner dan insert bamboonya sangat tebal dan lebar. Along SUKEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!! Kali ini Insyaallah aku tidak akan mudah mengaku kalah pada rashes Ecah...tunggu ko rashes akan ku basmi hingga titisan akhir *sebenarnya aku dah melabur banyak pada bamboo so apa pon aku kene buat yg terbaik*.
4 ulasan:
Wahhh....mantoppp..
akak baru nak mula berCD. akak try dulu jenis Babyland. Memang CD Lunatot kawan akak cakap yang paling the best dan mahal.
Jika anak akak alah teruk barulah akak try pulak CD Lunatot.
SELAMAT berCD SEMULA...
salam akak,
Kalau anak akak start ada rashes saya suggestkan CD Bamboo Wuddah. Bamboo ini bersifat anti bakteria, serapan dia lagi bagus dan sejuk bila di kulit bayi. Akak test dulu satu-satu jgn amek banyak2 nanti rugi dan takut pula anak tak serasi. Selamat berCD!
errr kurang paham..adehhhh banyak juga nk kena belajar kalau jadi ibu nih ! iskk
Catat Ulasan