Malam tadi pukul 10.02 malam aku terima sms daripada pengasuh Aisyah....Teacher Anis..
"Salam akak...sori kaco tengah-tengah malam ni...x sedap plak tak bagitau. ni keputusan macam drastik jugak lak..next week minggu last anis keje..."
Terkedu aku...adoi...aku baru nak rasa lega dan lapang dada bila Teacher Anis kata nak keje sampai ujung tahun ni tup tup dia cakap nak benti next week. Ermmmm....camner ni. Dalam banyak-banyak pengasuh aku PALING SUKA dengan Teacher Anis ni. Walaupun dia baru berumur 21 tahun tapi aku suka sebab dia boleh ditegur dan boleh diajak berbincang pasal anak-anak aku dan juga mudah di ajar especially cara-cara nak handle EBM (expressing breastmilk). Ingat senang ke nak cari nurseri yang pengasuhnya boleh handle susu perah ni...SUSAHHHHH...itulah dilema ibu macam aku ni. Aku pon tak faham ler owner nurseri ni tak hantar ker pengasuh dorang pergi kursus sedangkan aku tanya rakan SI yang pergi berkursus katanya mereka di ajar bagaimana untuk mengendalikan susu perahan. Bagaimana kita nak menggalakkan ibu-ibu di Malaysia ni memberikan susu badan mereka sedangkan kita di Malaysia tiada sokongan dari pihak nurseri sendiri. Ehhh aku melalut ni. Okeh STOP! Aku memang berura-ura akan menukarkan anak-anak aku tapi bukan sekarang, start next year. Seperti kata Teacher Anis, akak jangan risau Aisyah dah besar dah mudah jaga dia lagipon dia dah pandai buli budak lain pulak huhuhu....baru 8 bulan dah pandai buli orang lain ehh dik...takpelah...apa pon aku redha ajerlah pemergian Teacher Anis.....
4 ulasan:
betul tu memang susah nk ari org yang pandai uruskan EBM sekarang ni. nasib baik la nursery sarah ok. kalo x jenuh jugak... :)
saya pon setuju.. alhamdulillah nursery anak2 sy boleh and pandai handle EBM Faris. Though bebudak yang jaga tu sume muda2 belaka, tp sume pandai and suka dgn budak..
mmg bagus sbb nursery ni under Koperasi Putri so, semua aktiviti mmg kena pantau.. and diorg pon bukan suka2 accept sume budak yg nak anta.. baby pon tak amik ramai2 sbb pejaga ada 4 orang je.. rase baby bawah 1 thn ada 3 orang je kot...
nway nursery ni mmg kena nengok bebtul mana yang bagus supaya tak jadi perkara yg ttak diingini na'uzubillah
Salam Azrina,
Mudah2an teacher aisyah yang lain dapat handle EBM ini.
p/s ; Memang susah nursery nak handle EBM ni. Bagi diaorang leceh kot. Padahal taklah sesusah mana. Just panaskan susu tu je.
Anyway jgn stress sgt nanti makin teruk migrain. Dah lama tak jumpa azrina. Masa gathering susuibu tak datang kan
betul tu scudmami payah nak carik pengasuh yang pandai handle EBM ni
wan,
Memang dah lama tak join gath...time gath ada jer aktiviti lain heheheh. Migrane dah kurang harap tak menyerang dah le hehe.
Catat Ulasan