Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu

Berita : Program Sukarelawati Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu.
Posted by mama on 2009/9/30 12:14:49 (156 reads)

SusuIbu.com akan melancarkan Program Sukarelawati Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu. Objektif Kumpulan ini adalah untuk melaksanakan aktiviti sokongan penyusuan susu ibu bagi memastikan seorang bayi itu dapat disusui dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun atau lebih disamping makanan pelengkap.

Terdapat 2 kategori sukarelawati yang sedang kami cari:

1. Pembimbing Ibu ke Ibu, PII (Peer Support)
2. Moderator Kumpulan Sokongan, MKS (Leader)

Syaratnya amat mudah!

Untuk menjadi PII, individu tersebut haruslah memenuhi kriteria berikut:
1. Pernah menyusui anaknya sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama kelahiran.
2. Berminat untuk membimbing ibu-ibu lain di dalam lingkungan kawasan tempat tinggal atau di tempat kerja.
3. Menjalani kursus pendek pengurusan laktasi bersama SusuIbu.com yang akan diadakan di kawasan anda atau kawasan berdekatan.

Untuk menjadi MKS pula, seorang individu haruslah memenuhi syarat berikut:
1. Telah menjadi PII sekurang-kurangnya 1 tahun**
2. Berminat menjalankan aktiviti Kumpulan Sokongan di dalam lingkungan kawasan tempat tinggal atau di tempat kerja.
3. Menjalani kursus kaunseling bersama SusuIbu.com yang diadakan di tempat berdekatan anda.
** Individu yang telah mengikuti kursus pengurusan laktasi 18/20 jam juga boleh dipertimbangkan

Apa yang anda akan perolehi dengan menjadi PII atau MKS?
Sebagai PII dan MKS,
1. Anda boleh berkongsi maklumat-maklumat penyusuan susu ibu yang terkini dan terbukti / berdasarkan kajian-kajian bersama ibu-ibu lain dan membantu mereka jika menghadapi masalah tertentu.
2. Anda berkongsi pengalaman anda membantu ibu-ibu bersama rangkaian PII dan MKS yang dibentuk ini dan mencetus idea dalam menangani permasalahan yang lebih sukar.
3. Anda akan dibekalkan sesi latihan secara berperingkat mengikut tahap yang diperlukan dari masa ke semasa.

MKS pula mempunyai beberapa fungsi istimewa yang lain, iaitu:
1. Menjadi sumber rujukan semua PII dalam lingkungan kawasan berdekatan.
2. Berganding bahu dengan PII di kawasan anda untuk menjalankan aktiviti Perbincangan Kumpulan Sokongan (Support Group Meeting)
3. Mengenal pasti dan menggalakkan PII untuk menjadi MKS di dalam kawasan berdekatan.

Mulakan langkah pertama anda hari ini dengan menyertai Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu SusuIbu.com!
Hantarkan maklumat berikut kepada webmaster@susuibu.com :

********************************************************
1. Nama:
2. Alamat:
3. No Telefon:
4. Email:
5. Kawasan sokongan yang ingin dilitupi:
6. Tuliskan secara ringkas pengalaman anda menyusukan bayi dalam 150 patah perkataan

********************************************************


SANGAT BERMINAT TAPI ILMU TAK TINGGI MANA DAN CUMA DAPAT SOKONG DARI BELAKANG JER....

Tiada ulasan: