Pam
Direct feeding
Pam
Direct feeding
Pam Direct feeding Pam Direct feeding.....
Itu sahaja jalan penyelesaian kepada kemerunduman susu kita. Kalau semua usaha-usaha telah dijalankan dan masih tidak menampakkan hasil jalan terakhir ialah dapatkan pil motilium atau pil maxolon dengan mendapatkan nasihat dan pengawasan doktor. Jangan ambil tanpa memintak nasihat doktor kerana ia ada side effect seperti depressed, loya, pening, kejang dan ia bergantung kepada badan seseorang.
So, cara yang agak natural tanpa merosakkan badan dan otak silalah amek langkah-langkah berikut;
-Kosongkan breast 3 jam sekali, jangan tunggu breast rasa penuh baru nak pam
-Gunakan double pumping so boleh dapat dan rasakan let down refleks serta dapat jimatkan masa
-Positifkan minda
-Relaks, bertenang
-Banyakkan direct feeding, dapatkan nasihat daripada LC tentang latching yang betul
-12 tengah malam hingga 6 pagi digalakkan untuk mengepam kerana di waktu ini hormon prolaktin sgt tinggi dan pada ketika ini juga susu banyak mengandungi lemak di mana ia untuk menaikkan berat badan bayi
-Makan dan minum dengan gembira dan apa yang dapat membantu membanyakkan susu seperti jantung pisang, lobak putih, kurma, kobis, horlick, oat, soya,
-Kena try and error setiap apa pengambilan makanan/minuman kerana setiap orang badannya berlainan untuk bertindak balas
-pil halba atau fenugreek
-Jenis breastpump juga membantu kita untuk mendapatkan output dengan banyak seperti manual, bateri atau elektrik dan ia terpulang kepada kemampuan kita
SELAMAT MENGEPAM!!
mama jangan lupa mengepam tau..jangan pandai nasihatkan orang nanti lupa buat stok beku untuk Ecah hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan