Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semuaaa yang membaca blog ku ini macamlah ramai sgt baca ahaks
Raya tahun ini adalah paling membosankan sebab malam raya lagi Aisyah dah demam pastu OK pastu demam pastu OK OK pastu demam balik. Takleh jadi ni sebab aku dah bawak ke klinik tapi tak kebah-kebah gak at last aku bawak sekali lagi rupanya tonsil dia bengkak pastu terus OK. Lagi seminggu Aisyah nak masuk 8 bulan dan sekarang dia ada menunjukkan ciri-ciri nak merangkak dan dah boleh duduk tanpa dipegang tapi kalau tiup mesti jatuh keh keh.
Pada entri aku yang lepas aku ada cerita masa bulan ramadhan susu aku keluar dengan meriah sebab Aisyah kurang menyusu dan sempat juga buat stok dan selepas je ramadhan Aisyah terus kuat menyusu, heran kan? Besarkan kuasa Allah tu! Masa ramadhan paling sikit aku leh dapat 5oz dan kadang-kadang boleh cecah 8oz tapi naik jer bulan syawal terus merundum hasil tenusu ku dan kembali ke normal....paling banyak boleh cecah 4.9oz. Agaknya semenjak kebah dari demam ni Aisyah kuat minum sampai sakit belakang aku menyusukan sepanjang malam. Makan pon macam dah kurang mungkin juga sebab bengkak tonsil tu dan paling kelakar sekarang si Anis suka betul makan bubur Aisyah walau aku tak buh perasa.
Masa masuk kerja tadi bertembung dengan officer kat lif dan macam biasa sesapa yang kenal aku mesti tanya pasal beg SPECTRA3 aku tu, ingat aku bawak laptop tapi aku mesti segan nak explain bukan laptop tapi beg mengepam hihihi. Yang paling best dorang mesti tanya aku "anak dah berapa bulan?" pastu dengan muka terkejut "aikkkk minum susu badan lagi?"....Tadi officer tempat aku boleh cakap "cayalah 8 bulan minum susu badan lagi mesti bukan kerja yang mudah, kan?" aku senyum jerr tapi dalam hati bangga dan riak lagi hahaha dan lagi bersemangat nak mengepam.
1 ulasan:
wahh... idup susu badan!!! keh keh keh.....
tu la.. org laen bangga-riak bwk beg leptop sampai senget2 bahu...
kita lak idung-tinggi-melangit bwk susu utk anak tersayang...
tak gitu cik ana oi???
Catat Ulasan