Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Susu Ibu dan Susu Botol

Tiada siapa dapat menyangkal bahawa susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. WHO (World Health Organisation) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia sendiri menggalakkan penyusuan ibu.

Bagaimanapun tidak semua ibu memilih untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu. Pada masa ini, banyak pilihan susu dari lembu yang diproses dan dapat memberikan alternatif terbaik dari segi penyerapan dan kandungan zat-zat yang diperlukan.

Di bawah ini adalah beberapa isu yang perlu diteliti untuk membantu anda memilih yang mana satu sesuai untuk anda.


Penyusuan sendiri

  • Meningkatkan perhubungan bayi dan ibu dengan sentuhan kulit-kulit yang kerap
  • Menentang jangkitan. Antibodi yang didapati dari susu ibu membantu bayi menentang beberapa penyakit seperti jangkitan kuman di bahagian telinga, alahan, batuk, batuk disebabkan pneumonia dan pelbagai masalah pernafasan yang lain. Secara keseluruhannya, bayi yang disusukan sendiri oleh ibunya mengalami jangkitan yang lebih rendah berbanding bayi yang disusu dengan susu formula.

  • Pencernaan yang baik. Enzim dan bahan-bahan lain di dalam susu ibu memudahkan proses pencernaan dan membantu di dalam penyerapan zat-zat makanan. Susu formula kini semakin canggih dan dapat meniru susu ibu tetapi ada beberapa bahan di dalam susu ibu yang terlalu kompleks dan tidak dapat dibuat di makmal dan ada juga yang belum dapat dikenalpasti.

  • Murah. Ia tidak melibatkan kos tetapi ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil 500 kalori lebih daripada ibu biasa setiap hari.

  • Menghalang kegemukan. Kajian terbaru mendapati penyusuan ibu dapat menghalang bayi dan budak menjadi gemuk (childhood obesity).

  • Tidak mengandungi kuman. Ini berbeza dengan botol yang mungkin mengandungi kuman jika tidak disteril dengan baik.

  • Suhu susu adalah pada paras yang ideal.

  • Bagaimanapun, untuk kes-kes tertentu seperti ibu yang mengalami penyakit AIDS atau hepatitis, atau menjalani kemoterapi, dsb tidak dinasihatkan untuk menyusukan bayi. Ini kerana ada ubat-ubatan yang digunakan akan dikeluarkan dalam susu dan memberikan kesan buruk kepada bayi tersebut. (Sila rujuk dengan doktor anda)

  • Ibu perlu mengurangkan pengambilan minuman berkaffein seperti kopi, nescafe, dsb. Ibu disyirkan mengambil minuman berkaffein dalam kuantiti kurang daripada 300mg setiap hari (bersamaan dengan tiga cawan kopi)

  • Perlu selalu memberi minum. Selalunya bayi yang menyusu badan perlu minum dengan lebih kerap.
  • Sukar melakukan aktiviti lain seperti bekerja, dsb. Bayi juga perlu sentiasa bersama dengan ibunya dan tidak boleh berenggang, contohnya ditinggalkan di rumah saudara.


Penyusuan formula


  • Mudah. Ia boleh dilakukan oleh semua orang - ibu, bapa atau pembantu.
  • Lebih fleksibel di mana ibu boleh melakukan kerja-kerja lain
  • Kurang antibodi. TIDAK ADA SATUPUN ANTIBODI YANG DIDAPATI DI DALAM SUSU IBU ADA DI DALAM SUSU FORMULA. Oleh itu daya tahan sakit bayi yang disusu formula ini tidak kuat berbanding dengan bayi yang disusu badan.
  • Mahal. Di samping harga susu, ibu juga perlu membeli barangan lain seperti botol, pengepam susu (breast pump) dsb.
  • Mungkin ada bakteria jika tidak dibasuh dan di steril dengan baik
  • Lambat. Ia perlu disiapkan dahulu atau di suamkan (sekiranya telah diperah dan diletak di dalam peti ais) sebelum diberi kepada bayi.
  • Mungkin menyebabkan masalah angin dan sembelit.

  • Komen Pembaca:

    Terima kasih di atas artikel yang bertajuk 'Susu Ibu dan Susu Botol'. Informasi yang ditulis dapat memberikan ibu membuat pilihan dengan minda yg terbuka, samada untuk memilih susu ibu atau susu formula. Tetapi, saya kurang setuju dengan beberapa kenyataan di dalam artikel ini:

    1. Sukar melakukan aktiviti lain seperti bekerja; seperti yang kita tahu, kini terdapat pelbagai jenis 'breast pump' di pasaran yang boleh digunakan untuk memerah susu ibu di tempat kerja. Susu ini boleh disimpan di dalam peti sejuk dan diberikan kepada bayi pada keesokan harinya. Jadi tidak timbul masalah sukar bekerja bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu.

    2. Penyusuan formula: 'kurang antibodi'. Sepatutnya ditulis 'tiada antibodi', kerana kenyataan ini lebih tepat.

    3. Penyusuan formula: 'Mahal. Di samping harga susu, ibu juga perlu membeli barangan lain seperti botol, pengepam susu (breast pump) dsb'

    Bagi susu formula, breast pump tidak diperlukan.

    Sekian, diharap mendapat maklumbalas yang positif dari pihak tuan.


    Terima kasih.

    Yang benar,
    Dr. Nazatul Shiha Bachtiar,
    Pensyarah,
    Jabatan Fisiologi,
    Fakulti Perubatan,
    Universiti Malaya.



    Entah macamana ketika ku masuk satu laman portal ini ku baca artikel mengenai penyusuan susu ibu dan susu botol, sungguh ku BANGKANG. Apa komen anda? Ku tahu itu pasti komen dari kak Shiha kita. Aku tak setuju dengan fakta pasal penyusuan susu ibu nampak macam menyusahkan, andaikata ibu-ibu baru yang baca tentulah mereka akan berkata menyusu adalah menyusahkan sedangkan berapa ramai wanita bekerja yang dah berjaya menyusukan anak mereka.



    4 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    *hugs* panjang umuq aLOng ni .. baru pagi tadi duk tanya mana p tak nampak along online dah... dah dia muncul kat blog .. hehehe i demam you!! tapi ni dah OK dah. alhamdulillah.




    missOnline.

    fin berkata...

    selamat berpuasa Dani..lama tk jenguk sbb ada warning plak tiap kali nk jenguk sini ! adult content segala ! isk

    DaniTheGirl berkata...

    Sorry, aritu gatai tangan duk ubah2,hupdate blog dah jadi lain pulak patutlah tak nampak korang berdua mengomen lam ni...

    nonMember berkata...

    Merdeka!! Merdeka!! selamat bercuti aLOng ..




    missONline