Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Penjelasan Kaedah Campur EBM

Kelakar pula fikir bila dikatakan ku membuat ibu2 huru-hara, terkasima, tergamam, terkejut dan terkedu bila ku postkan "penemuan terbaru" kaedah campur EBM. Ku dah berulang(10x) taip dalam posting ku ku "maseh menggunakan kaedah campur EBM kerana ku tidak dapat membuat amount yang secukupnya untuk anak aku menum". Tapi dengan rasa jujur dan ikhlasnya aku juz nak "sharing, caring and loving" (ini yang selalu di taip2 oleh mereka le) dengan ilmu dari kursus "murah" yang ku pergi itu. Ku tahu ramai dari ibu2 mempunyai kursus LC yang memang mahal dan sememangnya ku tak mampu nak pergi. Bukan aku nak membantah, membangkang ilmu yang ku dapati dari senior2 di situ walau aku dah beranak 2(tapi ilmu maseh cetek) berbanding mereka yang anak 1 tapi ilmu mereka sangatlah tinggi dan aku amat berterima kasih kepada mereka yang sudi melayan panggilan, pertanyaan ala ala bodoh ku suatu ketika dahulu. CUMAnya....ilmu yang ku dapat buat apalah aku nak simpan, itulah dinamakan FORUM tapi sejujurnya ku katakan TIDAK ADA seorang manusia pun tidak akan terasa mana2 posting di situ kerana kita tidak nampak rupa paras penulis yang menulis, betul tak??

Sebelum aku pergi ke kursus yang "murah" ini ku sering membaca risalah2, poster2 atau apa2 saja maklumat apabila aku membawa anak ku check up bulanannya di Klinik Kerajaan Putrajaya ataupun di Hospital Putrajaya dan aku tidak pernah terbaca memana pon daripadanya yang mengatakan kaedah campur EBM itu ada...semua tertulis di situ tidak boleh dicampur (ingin aku tunjukkan bukti tapi benda tu semua terlekat di dinding klinik dan hospital dan insyaallah aku akan cuba minta daripada nurse di situ). Ini adalah kaedah di Malaysia. Yaa aku tahu di Barat mereka banyak membuat kajian sebab ilmu mengenai SUSU IBU tidak akan terhenti di situ saja, banyak lagi yang kita tidak ketahui apa kandungan di dalam SUSU IBU yang ALLAH jadikan untuk kita kaum HAWA. Aku tidak pernah terniat untuk membuat semangat para ibu dan mereka yang EXCLUSIVE PUMPING ini jadi down, tidak bersemangat, ragu-ragu dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Cuba fahami ayat yang aku taip, ku ulang(10x) cakap ku maseh menggunakan kaedah campur EBM dan ku berharap apa yang ku lakukan dahulu anak aku Aisyah mendapat khasiatnya.

Aku tidak mahu pertikaikan lagi kaedah campur EBM ini kerana setiap orang ada pendapat, pandangan dan semuanya berpengalaman berbanding aku. Aku mohon maaf jikalau posting aku itu agak membuat semangat ibu2 di situ tergoyah, ragu2 dan segalanya. Itulah yang dinamakan berFORUM kita dapat berdiskus, mengeluarkan pendapat dan kita jadikan guideline untuk teruskan perjuangan penyusuan susu ibu itu. Sesungguhnya ilmu tidak pernah terberhenti dan kalau boleh share-sharekanlah apa yang anda tahu bagi kami yang maseh dahagakan ilmu ini.

4 ulasan:

nonMember berkata...

sobar yo lah aLong ... masaalah orang2 kito nih dio tak faham apo makno diskusi tu .. apo makno kongsi tu .. EMO tak terkawal sebab kurang femahaman tontang subject ...

Tabik spring kat aLOng ... kentalLL

DaniTheGirl berkata...

Thanks miss. Yang buruk itu daripada Along sendiri sebagai manusia yang baik itu adalah daripada ALLAH semuanya. Jiwa mesti kental hehehe.

fisa othman berkata...

salam alongg...
sbr jer la beb...ati manusia lain2...pemahaman pun lain2...uhukkksss leh kasi tau pe citer...ku bz laa lately nie..;)

Tanpa Nama berkata...

aku ada baca gak. agak kelam-kabut thread tu dan sedikit sebanyak bakal menggoyah semangat mereka2 yg dahulunya percaya pada satu2 fahaman. tapi tidak AKU. aku tetap dengan cara aku, selagi susu itu berada di dalam lingkungan 24jam dan mempunyai suhu yang serupa, maka bolehlah ianya disatukan. fullstop! masih ada yang tak clear???
dorang2 ni suka besar2kan benda kecil.. tak pe.. belajar mengenal hati manusia.. Allah tu ciptakan pelbagai perangai supaya kita dapat nilai yang mana baik dan yang mana buruk. percaya dan ikut kata hati lebih baik dari mempercayai tapi menyesal kemudian hari.. challo!

nonnie78