Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Apa nak jadi dengan SUSUIBU.com?

Sebab ini blog aku so aku boleh tulis apa yang aku suka kan as long takde lagi orang yang saman aku hehehehe. Apa yang aku perasan ler trend forumer di SI ialah suka meluahkan masalah rumahtangga di dalam website yang ku sanjungi tu. Aku tak kesah kalau orang kata aku gila kuasa, gila posting, gila title, gila gile, gila nak jadi MOD, gila nak jadi webmaster ke hape ker tapi aku memang gila ILMU kat SI.com tu. Mama aka Puan Kamariah pon takde suruh aku jaga SUSUIBU atau bagi aku elaun/royalti/upah kalau aku jaga SUSUIBU tapi ianya datang daripada kesedaran diri sendiri untuk meletakkan SUSUIBU.com ke tempat yang teratas agar menjadi pusat rujukan terbaik, terkini, terlengkap, termoden dan segala TER lagi. Apa nak jadi kalau kita biarkan sahaja thread-thread itu dibuka tanpa membaca MOTIF/MISI/OBJEKTIF SUSUIBU.com. Aku dulu pon bodoh gak masuk2 jer SI terus bukak thread meluahkan masalah aku tanpa aku membaca polisi di situ. Kalau kita tengok ada satu FORUM untuk iaitu FORUM UNTUK KUMPULAN IBU-IBU masyaallah merapu meraban semua campak kat situ. Walaupon di situ tempat untuk IBU-IBU berforum APA APA AJELAH tapi kene INGAT....ia maseh berkisarkan SUSU IBU bukan citer pasal buang anak, citer suami curang (ya allah jauhkanlah tapi kalau terjadi juga renung2kanlah diri sendiri ini), pasal nak masuk keje gomen, pasal ayam berlaga dan sebagainya udah jadi caca-marba. Kini ku memahami apa perasaan orang lama bila tengok SI jadi camtu.....sedey taww. Sebab itu aku suka UPkan tajuk2 lama sebab pengisiannya ada, tidak merepek-tepek, kurang shortform dan straight to the point dan yang paling penting aku suka baca posting kak Shiha our moderator dan juga mama aka our WEBMASTER SI.com.

Wahai kawan-kawan yang sayangkan SI marilah kita bersama-sama menjaga kesucian SI daripada dicemari citer merepek-tepek. Kalau setuju angkat KEYBOARD!!

p/s: ku tahu pasni aku pasti ditembak di ruangan KOMEN hehehe.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aLOng .. bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah. kalangan kita ni kekadang tu salah pemahaman ja .. kekadang tu sebab suka dengar dan terus terima pakai ja citer orang .. kekadang tu mmg suka cari pasai nak sakit hati orang lain .. tapi apapun, sendiri mau ingatlah .. hidup sementara .. takdak faedah nak sakit2 hati or marah2 tu .. kan? semua orang nak yang terbaik untuk diri, keluarga dan rakan2 .. insyaAllah.

bagi sayer, kawan yg baik .. bila nampak or tahu kesilapan kawan lain .. dia menegur secara terbaik, cara berhemah .. cam aLOng tegur sayer lah... bukan dengan menyindir or mengata dibelakang2 .. itu kijer orang yg tak takut dosa!! abaikan saja ..

SABAQqqq ..

missONline

DaniTheGirl berkata...

miss...u still the best! hehe

fisa othman berkata...

oooooo mcm2 kesah rupanyer...ku dh jarang2 online kat SI..uhukss x berkesempatan...adeyyy kelas laktasi ku dh jd carca marba kaa...errrmmm...

DaniTheGirl berkata...

dude, mu joint kelas laktasi kat mana? wahh bagusnya...boleh share ilmu nanti.

Tanpa Nama berkata...

mm.. tu pasal aku dah jarang masuk SI.com.. ntah pepe..... anyway, tak semua teguran tu bersifat dendam, tunjuk pandai etc. orang yang menaip tu menaip ikut intonasi dorang, kita yang membaca ni terkadang menggunakan intonasi berbeza. lebih baik baca je dari meninggalkan sebarang komen kalau komen tu nanti bakal menjadi kontroversi.. okay??

nonnie78

babycomel berkata...

Saye prefer jd silent reader...mana2 yg rasa nak komen saya antar PM..klu nak post reply tu fikir berkali2 bknnye apa takut tersalah kata...

Sejujurnya saya rasa sedih sgt tgk SI.com yg telah 'terpesong' jauh dr matlamat asal iaitu memperjuangkan SI...Nak tegur takut terasa hati, dibiarkan makin menjadi2...Harap sgt Mod dpt buat sesuatu agar 'kesucian' Si.com TERPELIHARA....