Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Susu Ibu atau Phototherapy untuk Demam Kuning (Jaundice)

Sumber daripada Puan Kamariah, moderator SUSUIBU.com. Sila klik di Jaundis dan Phototherapy


"Demam kuning atau Jaundice adalah satu fenomona yang amat biasa dialami oleh bayi yg baru lahir. (Rujukan artikel tentang Demam Kuning). Ia dikatakan biasa kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan, kandungan sel darah merah didalam tubuh bayi yang mengandungi komposisi hemoglobin janin(hemoglobin yg wujud semasa bayi masih dalam kandungan) perlu dimusnahkan. Secara semulajadinya, apabila proses pemusnahan ini berlaku, bilirubin dihasilkan. Bilirubin ini akan dikeluarkan dari aliran darah bayi tersebut melalui hati dan dikeluarkan dari badan melalui najis yang berwarna kehitaman(mekonium). Walau bagaimanapun, bayi yang baru lahir atau yang lahir tidak cukup bulan lazimnya mempunyai hati yang kurang matang (belum boleh melakukan tugasnya dengan sempurna), maka bilirubin yang berlebihan ini diserap masuk semula ke dalam aliran darah. Kehadiran bilirubin yang tinggi dalam darah inilah yang dipanggil Jaundice atau Demam Kuning.

Oleh itu, sekiranya bayi diberi lebih kerap susu (INGAT hanya susu ibu sahaja dapat diberikan sekerap mungkin kerana komposisi susu ibu cepat dihadamkan dan tidak terlalu mengenyangkan bayi untuk jangka masa yang lama) maka proses pembuangan air besar dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung mempercepatkan pengeluaran bilirubin dari sistem badan bayi tersebut. Kandungan susu awal ibu juga yang kaya dengan kolustrum dikatakan boleh bertindak sebagai pelawas yang dapat membantu bayi lebih kerap membuang air besar. Elakkan daripada memberi air kosong kepada bayi kerana ini membuatkan bayi cepat kenyang dan hanya banyak buang air kecil (hanya sedikit sahaja bilirubin yang dapat dibuang melalui pembuangan air kecil). Walau bagaimanapun sekiranya keadaan berlarutan bawalah anak kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana rawatan menggunakan phototherapy memang dapat membantu mengurangkan bilirubin dengan cepat. Dalam keadaan biasa bayi yang tiada alahan terhadap susu ibunya boleh segera pulih hanya dengan mengamalkan jemuran diwaktu pagi pada cahaya matahari dan kerap memberi susu ibu."


Kita sering dimomokkan atau disogokkan dengan petua-petua orang lama yang kadang-kala sama sekali tidak relevan (maaf aku bukan hendak mempertikaikan orang lama tapi janganlah sampai kita mempertaruhkan nyawa anak sendiri dek kerana nak jaga hati orang tua sangat). Aku mempunyai pengalaman tentang pro-long jaundice ini. Kedua-dua anak perempuan aku disahkan mengalami pro-long jaundice hampir 2 bulan. Pengalaman pertama banyak mengajar aku dan aku tidak mahu mengulangi kesilapan ini lagi. Pada hari ketiga selepas bersalin aku telah mula makan jamu. Selepas aku makan jamu kepala aku sakit macam nak pecah...ya Allah sakitnya Tuhan saja yang tahu. Aku telah melahirkan Anis Syahida semasa kandungan aku 35 minggu dengan berat 1.96kg di hospital Putrajaya. Proses melahirkan adalah tersangat mudah dan senang tetapi selepas melahirkan barulah aku menghadapi dugaan yang amat berat. Dengan pusat Anis Syahida yang mula membusuk (salah pihak hospital kerana semasa aku discharged nurse lupa nak bagi ubat tanggal pusat so suami dan emak aku juz bubuh minyak gamat...tolong jgn ikot macam aku akibatnya pusat anak aku mula membusuk). Selepas itu aku start consume jamu hari ke-3...bayangkan jika aku makan boleh sakit kepala bagaimana pula anak aku yg pra-matang itu hendak menyingkirkan pengeluaran bilirubin. Masa itu aku tidak ada knowledge langsung tentang susu ibu...ZERO!  Semasa hari ke-3 Anis Syahida telah mula menampakkan kuning tapi disebabkan kebodohan aku dan kejahilan emak dan suami serta bidan yang mengurut aku cakap jangan bawak anak ke hospital kesian nanti asyik kena amek darah...pantau dari rumah jer so aku pon dengan bangangnya ikot ajerlah. Jururawat datang check aku di rumah masa hari ke-5 dan bila dia check Anis dia suruh aku cepat-cepat ke hospital kerana kuning Anis tinggi. Macamana nak pergi masa hari tu jatuh pula Hari Raya Haji so dia syorkan aku terus ke hospital Sg. Buloh ke bahagian kecemasan. Lantas aku bawa Anis ke bahagian kecemasan dan bacaan TSB Anis ialah 394. Aku blur...394 itu tinggi ke apa...tapi bila jururawat situ mula kecoh baru aku rasa semacam tak kena. Aku ingat kena tahan di Hospital Sg. Buloh rupanya aku dan Anis akan dihantar ke Hospital Selayang kerana mereka tidak mempunyai kelengkapan yang moden seperti di Selayang. Aku BLUR...apakah....???!! So aku terus dihantar dengan ambulans ke Selayang dan terus dimasukkan ke NICU. Ya ALLAH rupanya anak mmg dalam keadaan yang agak kritikal...TSB dia mulai naik lagi hingga cecah ke 400, aku panik dah le aku datang seorang sahaja sbb masa itu suami aku terpaksa bekerja. Beberapa doktor pakar pediatrik mengelilingi aku di katil. Siasatan mula dijalankan terhadap aku....adakah aku dah makan jamu, kenapa dari Putrajaya aku ke Selayang, bagaimana aku menyusu dan paling terkejut aku dimarahi oleh doktor....pusat anak aku mula membusuk dan ia menyebabkan jangkitan kuman serta meninggikan lagi TSB anak aku. Ya ALLAH berjurai-jurai airmata aku....BODOHNYA aku...ibu apakah aku ini. Bila suami aku sampai kami diterangkan prosedur yang sepatutnya anak aku akan hadapi. Doktor pakar menerangkan bahawa anak aku terpaksa ditukarkan darah jika bacaan kuning dia masih di level yang tinggi tapi dan mungkin esok pagi proses itu dimulakan kerana Selayang terpaksa menunggu bekalan darah daripada Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku lihat muka suami aku berubah, kami bergaduh di depan doktor, suami aku menyalahkan aku dan aku menyalahkannya. Doktor telah meleraikan pergaduhan kami. Mereka tidak akan melakukan proses tersebut jika kami tidak bersetuju tetapi dia telah menerangkan apakah kesan-kesannya jika anak aku itu ditukarkan darahnya. Itulah kali pertama aku melihat suami aku menangis teresak..aku lagi laaa...rasanya aku boleh meroyan di situ. Serasa semua kesalahan terletak pada aku. Suami aku tidak dapat kelulusan untuk bercuti so dia berulang dari Selayang-Melaka, mmg tension!! Dengan beban kerja yang banyak dan anak yang ditahan NICU bagaimana kami hendak hadapi semua itu?? Malam itu aku dipisahkan dari Anis Syahida. Nurse yang menjaga Anis Syahida, setiap 2 jam aku dipanggil untuk menyusukan. Bagaimana aku hendak tidur jika anak aku begitu.

"Biasanya kecenderungan bayi mendapat kekuningan adalah kerana organ dalaman yang memproses bahan kumuhan belum cukup bersedia. Oleh itu biasanya demam kuning sering diperolehi oleh bayi yang lahir tidak cukup tempoh(dalam kebanyakan kes). Namun ada banyak lagi sebab musabab kenapa demam kuning terjadi ke atas bayi baru lahir. Apabila bacaan bilirubin terlalu tinggi, biasanya bayi perlu diletakkan di bawah sinaran ultra ungu sebagai rawatan. Rawatan ini biasanya di buat di hospital. Namun sekarang telah ada rawatan yang boleh dibuat di rumah sendiri dengan menggunakan Bilibed - keluaran Medela. Di Kuala Lumpur, pihak pengeluar barangan Medela sedang mengusahakan agar, ibu bapa boleh menyewa peralatan ini dan menggunakannya di rumah. InsyaAllah dengan kemudahan ini, ianya dapat digunakan untuk memudahkan ibu bapa merawat bayi sendiri dari rumah dan dapat memudahkan penyusuan susu ibu."

Rasanya semua ibu-ibu di situ tahu kisah kami...kalau aku menangis pon mmg orang sebelah akan dengar sebab dinding kami mmg nipis...cam papan playwood kalau kentut pon boleh dengar inikan kalau menangis!! Anis di bawa ke bilik kerana doktor hendak memotong dan membersihkan tali pusat Anis yang busuk dan meletakkan antibiotik. Memang kasihan aku tengok dah ler kecil lepas tu setiap 4 jam kena ambil darah. Ohhh aku memang tak sanggup tengok anak aku begitu..dah ler halus...nak cari urat pon susah sampai nurse pon cakap kesian pada Anis.Esoknya TSB Anis turun....ALHAMDULILLAH. Selama 4 hari aku berkampung di NICU. Selepas 3 hari di rumah kuning Anis naik semula....aduhhh!! Aku ke kecemasan Selayang semula dan ditahan di NICU selama 4 hari lagi. Semua orang kenal Anis Syahida termasuklah nurse dan doktor di situ. So kali ini aku dah bersedia macam sebelumnya. Tahu tak doktor-doktor di Selayang tersangatlah concern gila sampai aku boleh nak bertumbuk laa dengan doktor di bahagian kecemasan. Aku mmg kaw-kaw kena marah kenapa aku biarkan Anis jaundis lama. Hangin betul, mana ada ibu yang biarkan anaknya sakit lama-lama. Situasi aku ialah suami aku tentera, aku dah beritahu emak nak drive sendiri ke Selayang semua tak benarnkan so situ jer dah makan masa...aku terpaksa tunggu adik ipar aku balik dari kerja dan jiran2 lain. Semua orang bekerja siapa nak hantar aku ke emergency?? Kali ini biarlah Anis betul-betul sihat baru aku minta balik. Kali ini suasana berjalan dengan tenang tidak seperti pertama kali dahulu tapi aku tahu emak sedih melihat keadaan aku. Akhirnya selepas keluar dari wad anak aku terus dirujuk ke pakar untuk mengetahui apa perkembangannya...alhamdulillah dalam 3 bulan baru kuning Anis betul-betul hilang. Yang penting banyakkan menyusu dengan susu ibu dan juga fototherapy memainkan peranan yang penting untuk mengusir bilirubin. Bukan susu kambing, mandi segala daun boleh turunkan jaundice, bagi sengkuang cina dan bla bla bla lagi TIDAK ADA LAGI KAJIAN DIBUAT MENGATAKAN SEMUA ITU MEMBANTU MENURUNKAN KUNING YANG PENTING BANYAKKAN MENYUSU SUSU IBU. 

Yang ini aku quote dari Dr. Ezzura iaitu rakan SI.com juga...


"Jaundice bg bayi yg baru lahir boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
-pathological (berlaku dlm masa 24 jam setelah lahir)
-physiological (berlaku pada hari 2-3 dan hilang pada hari 10-14 bg baby yg term atau 2-3 minggu bg baby yg premature)

selalunya yg berkaitan dgn susu ibu ni ada 2 jenis:
=breastfeeding jaundice - due to dehydration and underfeeding of baby
= breastmilk jaundice - ini disebabkan dlm susu ibu ada beta glucorinadase yg menybabkan bilirubin akan mengalami enterohepatic circulation yg lama (berada dlm hati baby) sbb sistem baby belum matang lg...

dlm kes breastmilk jaundice, ibu digalakkan utk meneruskan penyusuan...hanya bial bilirubin terlalu tinggi, penyusuan harus dihentikan sementara..

jadi, kalau anak puan jaundice, eloklah dibawa ke hospital terus utk lihat kandunagn bilirubinnya dan exclude other pathological diseases cthnya biliari atresia, blood incompatibility, enzyme defects (G6PD deficiency), jangkitan kuman, hyputhyroidism..."



4 ulasan:

szarihan berkata...

salam,
saya setuju dgn rawatan foroterapi....disebabkan anak saya dpt rawatan fototerapi kat hospital la doktor dpt detect dia ada masalah lain yg lebih serius...
dan saya mmg krg percaya kaedah rawatan tradisional...

nonMember berkata...

pengalaman menjadikan aLong orang yg lebih berilmu .. setiap kejadian tu ada hikmah sebenarnya .. ia mendidik kita kan aLOng kan? see now aLOng dah boleh kongsi dgn orang lain supaya tak mengulangi kesilapan yg sama.. alhamdulillah.


missONline

Unknown berkata...

Anak saya sudah hari ke 81 ..masih lg jaundice..still bf dia..muka dia still nampak kuning...baby sy baby prem 34wiks..sy darah o n rhesus +ve..prnah admit wad skali..masuk hr ni esok kluar coz result drh ok..g jmpa doc skli lg slps tu.
Nyaris admit..tp x jd..lps ni ada kn ambik drh lg..huhu..n jumpa paed..
Antr ujian drh yg prnh d ambil..
Fbc..retic count..sbv...coombs test..apa lg tah...kdg2 ..yelah..medical term..x pndai n x tahu sgt..

mkamar berkata...

another alternative utk rawatan bayi kuning (jaundice) ialah menggunakan phototherapy rawatan dirumah. Saya pernah menyewa phototherapy utk anak buah yg kena kuning lepas lahir dari satu syarikat bumiputra..sangat berkesan, yg best tidak ada panas dan no side effect pada kulit baby. Mereka memnawarkan sewa LED Phototherapy. After 2 days , hospital confirm bacaan jaundice baby turun to normal...Alhamdulilah. Saya share contact bagi siapa yg memerlukan sewa phototherapy.. ..www.hometherapyy.com 0123404007 or 0163404626