Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Kerja dan Penyusuan Susu Ibu


Tips ini aku bagi kepada ibu baru dan juga tidak baru tetapi ingin memberi susu kita sendiri. Kebanyakan yang aku lihat ibu-ibu lebih memikirkan katil baby apakah yang  warnanya santeks, warna baju dan warna sarung tangan dan kaki apakah yang matching, lebih memikirkan susu formula apakah yang terbaik dan mahal, lebih banyak shopping dan explore tentang botol susu yang berjenama dan tidak menyebabkan kolik (aku percaya walau kita beli botol susu yang kelim dirinya tidak sebabkan kolik, percayalah si bayi ttp akan kekolikan) dan lebih memikiran hendak bersalin hospital swasta yang mana menawarkan keselesaan, makan yang sedap dan nurse atau doktor yang tidak garang dari memikirkan hospital yang menyokong Penyusuan Susu Ibu. Adakah kalians pernah terfikir adakah susu aku dapat menampung kehendak bayi aku, bagaimana aku hendak mendapatkan susu yang lebih berkualiti, berzat, bagaimana hendak memaintankan susu badan sehingga 2 tahun dan seterusnya? Ada juga ibu yang sanggup menambah cuti bersalin tapi sayang bila naik bekerja SUSU FORMULA juga diberikan.  Tepuk dada tanya diri anda sendiri. Janganlah kitas ebagai IBU menahan hak ANAK KITA untuk mendapatkan susu kita....

Bagaimana untuk menggabungkan kerja dan penyusuan ibu?

Mula menyusu pada jam pertama selepas bersalin, dan setiap dua jam pada waktu siang dan sebelum pukul 12 malam, dan setiap 3 jam selepas pada tengah malam. Menyusu bayi anda sepuasnya pada satu payu dara, dan penyusuan seterusnya selepas 2-3 jam pada lagi satu payu dara. Pastikan posisi bayi adalah betul (bayi meniarap pada tepi dan mukanya menghadap payu dara) dan pautan hisapan yang baik (bayi menghisap pada puting dan kirakira 1 inci pada areola untuk mengelakkan kesakitan puting). 

Berlatih mencapai kesempurnaan. Mula berlatih memerah dan menyimpan susu ibu dua minggu sebelum kembali bekerja. Perah dan beku satu pek susu ibu sehari agar anda akan memiliki 14 pek susu ibu sebelum anda mula kerja. Jumlah susu biasanya agak sedikit pada peringkat permulaan tetapi akan semakin bertambah selepas beberapa percubaan. 

Menyambung memerah susu bila mula bekerja. Perah pada pukul 7 pagi, 9 pagi, 1 petang, 5 petang dan 8 malam agar mempunyai simpanan susu agar bayi mempunyai susu untuk hari berikutnya.

Buat pilihan anda. Anda boleh memerah susu menggunakan tangan atau pam payu dara manual atau elektrik. Pam elektrik dengan kit pengepaman kembar mungkin lebih cepat, tetapi ia lebih mahal. Memerah dengan tangan pula adalah cara yang lebih murah dan kurang menyakitkan payu dara. Tidak kiralah apa jua cara dipilih, pastikan ianya selesa dan memudahkan anda. 

Beritahu majikan anda. Beritahu majikan anda tentang keperluan anda. Tempat kerja yang mesra ibu adalah penting bagi wanita yang mengamalkan penyusuan ibu. Ini termasuk tempat untuk memerah dan menyimpan susu ibu, waktu rehat untuk penyusuan ibu dan persekitaran yang membantu.

Membuat persediaan. Anda mungkin memerlukan peti ais untuk menyimpan susu jika kerja anda memerlukan anda ke sana ke mari. Ada baiknya jika anda memakai pad menyusu jika tiada masa untuk memerah susu daripada membiarnya meleleh keluar dan membasahkan pakaian anda. Anda juga boleh menyilangkan tangan dan menggunakan penumbuk tangan untuk menekan pada puting dan payu dara untuk menghentikan pengaliran susu. 

Letakkan tarikh pada susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk beku dan nyahbekukan beberapa paket pada malam sebelumnya untuk digunakan pada keesokan hari. Pastikan anda sentiasa mempunyai senarai untuk perkara-perkara yang perlu dilakukan.

Pengurusan masa yang baik. Sememangnya penting untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, terutama sekali bersama bayi dan pasangan anda. Hubungan yang erat menjamin rumahtangga yang sihat. Maka, tentukan keutamaan anda dan jika perlu, sediakan satu jadual.

Dapatkan sokongan yang anda perlukan. Minta ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memberi bantuan tambahan semasa anda menyusu ibu. Bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi sokongan emosi kepada ibu yang menyusu.

    Sumber dari Positive Parenting .

    8 ulasan:

    Intan Azmira berkata...

    Suka baca info ni..ini juga yg intan lakukan..cuma intan mulakan keep stok dr hari ke 4 pas bersalin...

    Zimah berkata...

    good info..
    alhamdulillah, saya telah 8 bln BF anak..harap mencapai 2 thn..insyaALLAH..

    NOR HASMAH berkata...

    Along,info yg sgt berguna utk ibu2 yg bf..luv u along!!

    RASHLIANA berkata...

    along... info yang cukup berguna... TAHNIAH...

    doakan agar kita dapat menyusukan adlan sehingga sekurang2nya 2 thn... Insya'Allah...

    ibu wawa berkata...

    bestnya info ni. pas ni akak akan pam susu 4 jam sekali agar stok susu aqil cukup.

    thanks untuk info ini...

    Elin berkata...

    Thanks yer sudi jengah blog saya & tgglkan comment.. thanks for the advise too.. saya dah pun baca kat blog ni cara2 nyer.. tula saya memang tgh menyimpan nak beli pump elektrik.. saya dah try schedule kan jadual pam saya.. tp mesti termiss nyer sebab kerja.. camna yer.. dahla nak pump kat ofis ni xde tempat yang privasi.. selalu saya pump dgn keadaan terganggu.. agak2 tu kot yg wat susu kurang yer..

    nonMember berkata...

    wallaaaa AloNGG oooi ... i teruja nak menghisap nen nengok gambo tuuu .. anyway good article. tak sabor nak ada baby isap nen i plak ..



    missOnline

    Tanpa Nama berkata...

    salam mamaAna,

    boleh ayu copy paste info ni tak.. ayu nak share ngan kawan2 yg lain...
    tq in advance...

    ayukhairy...