Papa Dan Anis Syahida

Papa Dan Anis Syahida

Merekalah Kekuatan Ku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Reverse Cycle


Mama, Ecah penat ni malam kang Ecah nak nenen mama OK

Reverse cycling tu maksudnya bayi banyak menyusu waktu malam (assuming the mother works during the day). Banyak menyusu malam tu biasanya sebaik saja ibu balik dari bekerja, mungkin dalam pukul 6pm sehingga sebelum waktu tidur bayi. Mungkin bayi tu akan menyusu setiap jam, atau setiap setengah jam, atau setiap 15 minit, dan sebagainya. Kalau ibu tak galakkan bayi utk banyak menyusu pada waktu2 tersebut, kemungkinan bayi tu akan banyak berjaga malam tu tinggi, untuk ganti balik missed feedings dia during the day.

Ini yang ku baca di dalam SI.com yang  ku copy paste dari rakan SI.com iaitu dayangku. Thread ini telah dibuka pada 5/11/2008.



Nahhh...inilah yang berlaku pada anak daraku si Si Ecah gebuz bukan nama sebenar hahaha. Sejak 2 minggu kebelakangan ini rentak penyusuan si Aisyah dah bertukar. Baru aku tahu bila kita berikan susu badan kita sendiri kepada bayi kita sebenarnya kita lebih mengenali dan memahami peel anak kita di samping mengeratkan hubungan ibu-anak berbanding semasa aku berikan Anis si kakaknya susu formula dan inilah ia dinamakan bonding(pengikat kasih-sayang). Asal siangnya si Ecah gebuz ni sekarang kurang minum dan sekarang ku hanya bekalkan 5botolX3.5oz (semakin menurun keperluannya dan bolehlah aku buat stok) dan aku berikan Ecah bubur nasi 3 kali sehari. Dulu aku bagi 2 kali sehari semenjak Ecah kuat menyusu di malam hari aku tambah lagi sekali di waktu petang kuhnunnya bila kenyang kuranglah si Ecah gebuz itu menyusu malam wahh teruknya haku..tembak! Memula bila si Ecah gebuz ini menukar rentak musik terkini rentak penyusuan boleh dikatakan setiap kali tidur dia akan meragam...ku check sana sini tang prot, tang montot dan sebagainya kot-kot sakit rupanya dia nak tidur bernenen dan hasilnya malam tidurku terganggu dan memang sakit nipple aku dibuatnya sebab Ecah gebuz takmo lepas tapi takpelah nakkk....mama berkorban asalkan kamu lena dan tak sakit tapi mama yang sakit nak oitt. Yang aku perasan sekarang bila Ecah gebuz kerap nenen di malam hari dan membawak ke pagi breastku selalu engorged!!!! Alhamdulillah...memang betul mengosongkan breast dengan mengepam dan dengan hisapan bayi memang lain...lagi puas bila bayi direct feeding. Lupa aku nak ingatkan....dayangku di dalam postingnya juga berkata bayi akan start reverse cycling bila ia sudah memulakan solid foodnya dan selalunya berumur 8 bulan ke atas...dan....memang si Ecah gebuz ni dah 8 bulan dan lebih banyak makan dari minum di siang hari. Takpelah nak....asal Ecah gebuz sehat...mama pon senang hati walau kadang-kadang mama sakit sikit..yang penting..anak-anak mama sehat kan...hihi..

2 ulasan:

Nik Ha berkata...

Wah, glemer nama samaran tu, acik suko..he..he..Adnin mmg kerap nyusu mlm dr dulu, 1/2 jam-1jam sekali mesti bgn. Jrg2 je yg tahan sampai 2-3jam tp sblh siang tak tentu, kdg2 habis 5 botol kdg2 3 je. Mcm2 ragam bdk nak bsr ni.Time nak nangis serba tak kena, tp ada hari tu ok senang je.Moody ikut mak dia ka..ha..ha..

DaniTheGirl berkata...

Acik suko yoo....Along pon suko hehehe. Poning palo skrg ni Nik...sepanjang malam si Ecah menyusu *si papa dah jeling* hahahahaha. Itulah budak nyusu badan ni cam2 peel atau omak dia memang tak tahu itulah peel dio. Tapi Along suko sobab rasa lebih close kan kan. Lopaih ni tak tahu apo rontak si Ecah ni jangan kasi mama dio pengsan sudah hihihih

p/s: udah speaking nogori pulak haha